Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

Akeome

Selamat tahun baru,

Akemashite Omedetou Gozaimasu tu ucapan dalam bahasa Jepun bg ucapan tahun baru...kalau nak pendekkan jadila akeome..tu bhs pasar habis la tu. Ucapan ini adalah kemestian di Jepun apabila tahun baru. Selalunya ucapannya mesti ada tiga baris ayat begini:

Selamat Tahun Baru,
Terima kasih di atas segala-galanya pada tahun lepas.
Tahun ini pun saya ingin meminta kerjasama daripada anda.

Akemashite Omedetou Gozaimasu
kyonen iro iro arigatou gozaimashita
kotoshimo yoroshikuonegaishimasu

Perayaan tahun baru di Jepun merupakan perayaan yang agak besar. Semua balik kg. ada makan besar, ziarah kubur dll.

Hari ini niat di hati nak tulis panjang lebar tapiiii....saya busy tgh buat assignment master yang nak kena present sabtu ni.

Ya Allah berilah tabahkanlah hatiku utk membelek buku dan menaip slide tuk presentation...byk betoi dugaan. brain freeze...

idea..idea..dan semangat....where are you?

Monday, 15 April 2013

Kehidupan selepas bersalin

Salam semua,

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana saya dah selamat melahirkan anak yang kini sudah pun berumur 6 bulan. Nak start makan bubur pun. Cepatnya masa berlalu, tapi ngilu rasa sakit nak bersalin tu masih terasa.hihi trauma2. Bukannya apa kali ni proses nak bersalin cepat. tak sempat ubat pain killer tu nak berjalan sudah mau bersalin. Tips kalau nak bersalin kat Hosp pantai kena terus bagitau nurse yg you ni jenis bersalin cepat so suh depa panggil doc2 mai awal2.

Bukaan saya 5cm ke 9 cm tu dalam 20 mins je. bayangkan dah 9 cm baru nak panggil doc yg baru nak bertolak dari rumah..haiyaaa...silap saya jugak yg tak bertegas sikit cakap yg SAYA SUDAH MAU BERSALIN!!.. hihi. bayangkan dah bukak 9cm suruh hold jgn teran.sebab doc x sampai lg...alahaiii memang sakitnya tak terkata. Saya rasa kalau doc dtg cepat sikit mungkin proses nak bersalin tu x sakit sgt. Push sikit je dah keluar beby. So saya masih lagi trauma nak bersalin buat masa ni.

Cuma alhamdullilah sebab luka lepas bersalin tu x teruk sgt. So nak recover pun cepat sikit. Nasib baik dipermudahkan-Nya sebab saya berpantang sorang2. Mak mertua dan mak saya dua2 masih busy kerja. Inilah nenek zaman millenium. Nak jaga cucu pun x de masa. Dah la tu sekrg ni pun kalau nak pencen sampai 60 thn. memang kejamm!!! Agaknya masa zaman saya pun macam tu. Nak jaga cucu sendiri x de masa.

So far semuanya ok. Anak2 yg penting semuanya sihat.Ini ada perkara yg nak share pasal

Breastfeeding:

Anak kali ini saya berjaya fully breastfeed. Yaaay! Tapi memang harus tabah dalam nak susu badan ni.Anak saya kena demam kuning pula tu. So duk kat hosp lama. almost seminggu. Tapi hosp private kan, so memang bahagia.hihihi. anak depa mandikan semua. ada menu makanan tuk org berpantang pula tu. mandi pun air panas. ada water heaterla katakan. cuma tak larat duk hospital sebab beby duk bwh lampu UV tu. kena monitor selalu. kalau dia tidur lama sgt kena bangunkan sebab takut dehidrated duk bwh lampu tu panas.
Kalau anak demam kuning kalau boleh time anak tidur kita pam susu. Nak tahu caranya: pam guna tangan aja...hahaha. sebab susu masih x byk waktu tu. try guna breast pump tu tapi sikit je yg keluar dan byk bertakung kat corong2 dan lekuk2. Rugi2. so pam tgn je. bayi hanya perlukan 30ml shj!!
Jadi pam guna tgn. memang lenguh. tapi dalam sejam boleh dpt 20-30 ml. Kita kena breastfeed direct juga pada bayi, tapi kalau dah sejam lebih dok nyot-nyot tak habis2, macam mana nak elok sebab x duduk bawah UV punya lampu tu. So kita susukan dia dulu, kalau rasa x kenyang, bagilah dia susu yg kita pam tu. dpt 10 ml pun x pe yg penting kita tau dia dah minum.

Hosp private nila bagus. Depa rajin melayan. dapat pam 10ml pun derang simpankan susu tu tuk kita dalam peti ais dan bila nak bagi pada bayi depa berikan guna cawan khas.Dengan cara ni beby tak selalu bergayut dengan kita, dan kita pun boleh berehat. Bila menyusukan anak buat minggu pertama ni banyak dugaan. Nipple crack la apa la. memang cam tu. Tapi jgn risau sebab lepas tu beby akan biasa dengan kita dan kita pun dah tau cara nak breastfeed dengan betul.

Kalau nipple crack saya syorkan sapu Bepathen. Bayi boleh telan losyen tu. Jadi selamat utk ibu dan bayi. So far inilah losyen yg saya rasa cepat heal. Bila beby hisap pun tak rasa sgt. Dulu try juga vaselin dan jenama apa ntah tapi x berkesan sgt. Beepathen tu berkesan cuma takdelah ko letak hari ni esok dah baik. 2,3 hari pas tu ok la. Bila dah terror breast feeding tu sakit pun dah berkurang.

Anak yg first tu ada pakai nipple protecter. Bila susukan anak, dia ada silikon tuk lindungi kulit kita daripada gusi bayi yg tajam tu. Tapi kalau nak bergantung pada ni nanti anak kita pun dah terbiasa dgn rasa plastik tu dan tak nak hisap direct tanpa shield. So leceh nak gi mana2 nak kena pakai sebelum bagi susu pada bayi. Jadi kali ni saya tak pakai, just sapu Bepathen dan tahan jela rasa sakit sikit. Tapi tak lama 2,3 minggu dah ok dah. dah tak sakit n beby pun dah pandai hisap.

sampai sekarang beby saya masih bergantung pada susu ibu. saya nak puji diri sendiri sikitlah sebab berjaya.hahaha. bukan senang tau. kena ada motivasi yg tinggi. Pam susu malam2, bangun pagi pukul 4,5 semataa-mata nak buat stok susu. Sekrg ni dah busy so x sempat sgt.

tips nak stok susu:

Mulakan awal. Sebulan lepas bersalin dah start stok susu. Pam awal2 pagi subuh2 cam tu dan bila2 rasa breast penuh. Saya ni memang tak rajin pam, tapi saya akan wajibkan diri saya pam pukul 5,6 pagi. sambil tu tgk tv la kan so tak bosan sgt. jadi satu hari akan dapat satu botol ,sebulan buat ada 30 botol. jadi sebelum saya start kerja ada 30 lebih botol stok dalam fridge. Bila dah masuk kerja pam waktu kerja jugak tgh hari dan ptg. Pam waktu pagi pun diteruskan akalu beby tak meragam malam tu. Kalau beby menyusu sepanjang malam, pagi tu susu kita pun kurang. Dependla nnt korang dah cuba baru tau time bila korang rasa susu korang penuh, pamla time tu.
Saya guna cara cam tu alhamdulillah dah 6 bulan saya berjaya menyusukan secara ekslusif anak saya. Sekarang dia dah makan so x de la pressure sgt stok susu x de.

Namun saya faham anak lelaki dan perempuan berbeza. Anak saya kali ni perempuan so x byk sgt minum susu. Saya simpan stok satu botol 60ml shj. Org kata kalau kita pam susu kita kalau ada 60 ml shj mmg byk tula yg beby minum. Payudara kita akan keluarkan jumlah susu yg beby minum. so jangan putus asa kalau kita pam susu tak dpt 120ml ke.

tips dia nak tau beby kenyang tak, tgk tahi dia. kalau lepas 3,4 minggu tahi dia kuning dan air kencing dia byk so cukup la tu dia minum. Jangan tengok dia kerap menangis ke tak. Yang tu tak leh dijadikan ukuran sbb beby menangis atas macam2 sebab. Perut kembung ke apa ke. Jadi kalau pampers dia berat(30ml punya ammount) dan berak pun ok....cukupla tu susu kita.




Friday, 3 August 2012

Pregnancy


Salam Ramadhan buat semua,

Alhamdulillah puasa kali ini tak banyak ragamnya dalam pregnancy kali ni. Setakat ini baru tinggal puasa 2 hari sebab memang tak larat sgt dan kesihatan tak berapa ok. Batuk2, pening2 etc.. so tak mo amik risk  terpaksala juga tinggal puasa 2 hari. Ok la dari pregnancy time anak first tu lagi byk kena tinggal.

Entry kali ni nak cerita pasal preparation setakat ni tuk bersalin nanti.
Time mengandung Aliff dulu byk fokus kepada keperluan anak sampai keperluan ibu cam byk terabai. Bukannya apa byk yg tak tau. So kali ni byk fokus pada diri sendiri yang sarat mengandungkan beby ni.

Benda first yg saya cari ialah bengkung moden utk memudahkan saya membenkung perut sy ni lepas bersalin. Dulu kat hospital tak pakai apa2 benkung pun lepas bersalin tu. Rasa tak selesa betul perut. Dahla kena stay kat hospital dekat seminggu sebab beby demam kuning. So sepanjang masa duk kat hospital tu perut tu memang x de support apa2 pun. Nak kata sakit, tak la sakit. Cuma sengal2 dan tak selesa. Mak tanya, ko tak pakai apa2 ke kat perut tu. Mana la kita tau kan. Ada beli bengkung traditional yg ikat2 tu tapi kat rumah la n leceh betul kena ikat2 sebab time tu kat hospital kan. Kalau kat rumah selesa sikit. Ni kat hospital dahla anak kita kena jaga sorang2. Memang tak selesa. So kali ni saya pun cari la bengkung moden yang boleh lekat2 je pakai strapss n senang nak buka n adjust. Time berpantang di rumah mak saya dulu mak saya pinjamkan dia punya. Tapi mak saya punya tu bukan tuk bersalin dia utk senaman punya tu yang straps kat perut tapi sebab itu tuk senaman punya kan dia tebal, n panas. Saya tak boleh nak pakai lama2, berpeluh2 n gatal2 jadinya sebab berkuap.
Seb baik saya jumpa bengkung moden ni dijual di kedai mumsdream. Harganya pun berpatutan. RM55

' NEW ~ Bengkung Velcro With Belt Free Size
Benkung Moden Velcro

Bengkung ini dia cam support lebih sikit sebab dia ada 2 kali ikat. strap besar n strap belt panjang. so 2 kali ikat jadi kemas sikitlah perut tu. Ada yang Bengkung sekali straps je. Yang itu murah lagi around RM30. Cam gambar bwh ni. So its up to you nak pilih yang mana satu. Kalu tengok permukaan bengkung ni pun ada lubang2 n boleh bernafasla kulit kita ni. tak de la lemas n berpeluh2 nanti.




Benda kedua yang saya cari ialah bantal utk breastfeeding nanti. Bantal ni senang digunakan utk menyusukan anak. Dulu cam tau ada bantal tuk memudahkan breastfeeding ni, tapi tak ambil berat sgt sbb byk beli brg fokus pada brgan anak shj. So in the end nak breastfeeding tu lenguhnya. Kali ni saya nekad nak beli jugak bantal tuk jadikan breastfeeding ni mudah. So beli breastfeeding pillow ni  mom's little ones brand.

Maternity & Breastfeeding Pillow - Leopard Dark
Bantal ni harganya RM139. Tapi saya beli time parenting ekspo di midvalley hari tu dapat 20% off. So ok la. Mula2 ingat nak beli yg murah lagi, tapi sebab bantal ni ada 3 fungsi. boleh buka ikatan dia dan jadikan bantal ketika mengandung tuk support tummy.Bantal kecil kat atas gambar tu sebenarnya boleh disambungkan dengan tali tuk support belakang kita semasa breastfeeding supaya belakang kita tak lenguh dan selesa ketika menyusu.

During Pregnancy : Nurturing Pillow is so comfortable to be used during leisure or while sleeping where it is a great help to support pregnant mother's back while lying down. It can be placed under mommy's belly or even in between mommy's thighs & legs for maximum comfort.

After giving birth : Mothers can even use the Nurturing Pillow after labour to help reduce the pain & pressure after episiotomy procedure so that they can sit comfortably.

During Breastfeeding : Nurturing Pillow with Back Support is a great help to support mothers in positioning their babies better & comfortably during breastfeeding your precious baby. The Back Support is also a great help to reduce mommy's lower back pain giving mommy maximum comfort.

Tips : Nurturing Pillow with Back Support can be used creatively to support under mommy's thigh for maximum comfort!
Saya sangat SUKA bantal ini kerana perut dah besar ,nak tidur pun susah, mcm2 position kena ubah sebelum nak tido tu. Bantal ni memang bestla senang nak cari position tidur yg selesa.Hopefully nanti dah bersalin boleh guna tuk menyusukan anak dengan mudah juga. hihi.

Barang ketiga yang saya cari ialah tempat bathtub beby yang ada jaring tuk support beby ketika mandi. Sebelum ni saya pinjam dari kak ipar je. Best betul bathtub dia. Sebab beby tergantung atas jaring tu. so tak yah susah2 nak pegang beby n tak takut kalau beby licin ke tergelincir ke. Jadi anak kali ni saya ingat nak beli la terus senang. Tak yah pinjam2 lagi.
Saya beli brand first year.Harganya RM 162. Agak mahal tetapi memang senang tuk digunakan. beby baring di atas jaring tu n air basuhan dia pun jatuh ke bawah. So bersihla beby tak kena air dan sabun2 kotor yg kita dah cuci beby tu. Beby bila dah besar sikit dia tend to lonjak2 n lompat2, jadi dengan baringkan dia dalam bath tub berjaring ni senang la nak control beby ketika mandi.

The First Years Sure Comfort Deluxe Newborn-to-Toddler Tub - Learning Curve  - Babies"R"Us
The First Years Sure Comfort Deluxe Newborn-to-Toddler Tub - Learning Curve  - Babies"R"Us

Mungkin ada pendapat yang mengatakan bhw kebanyakan barang kat atas ni tak perlu pun. Bak kata org tua2 derang ok je tak de bantal2 nursing pillow ke ape ke elok je nak susukan anak or tak payah nak beli bathtub mahal2, yang murah tu pun ok je nak mandikan anak. Tapi bagi saya kalau ianya memudahkan kerja kita dan yang penting buat kita rasa selesa apa salahnya kalau beli. Kalau ibu selesa, anak pun akan selesa.

Jadi, kali ini sy byk fokus pada brgan yang akan memudahkan saya nanti.
Wah2 lagi 2 bulan lagi nak bersalin.Grrr...





Friday, 10 February 2012

Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak

Cuti yang panjang hari tu saya dan keluarga kakak ipar saya pergi bermandi manda di kolam air panas dekat Perak. Di Perak dengar kata ada macam2 tempat hotspring ni. Tempat yang saya pergi ni tidak kurang hebatnya. Nak masuk bayar RM12  rasanya. Ada kolam terbuka mandi manda ramai2 dengan private room.

Kami bertolak seawal 6:45 pagi ke Perak nuh. Sampai kol 8 lebih cam tu then terus masuk ke kolam private tu. Harganya RM75 /jam. Kami masuk sejam je. Tempat dia sgt selesa. Ada tempat persalinan, tandas, kipas, shower, and off course Jakuzi. Mmg membuak2 airnya. Sangat best , dan selesa.Tapi kami ni tersilap plan. Sepatutnya kami masuk private kolam air panas tu lepas mandi manda di kolam public dulu. Ntah tak terfikir pulak time tu. Kakak ipar kata dulu masa tempat tu baru buka, bayaran dia tidak ikut per hour. sekarang ni dah lain. Dulu sekali masuk, ko nak rendam lama mana pun tak pe dalam private onsen (Hot springs) tu.Biasala bila dah terkenal dan ramai pengunjung, harga pun dia dah ubah.



Kolam air panas yang public punya tu kami tak pergi.Selepas sejam mandi manda dalam private onsen tu kami pergi ke kawasan kolam yang ada air pancut, gelongsor macam kwsn ala-ala Taman Desa Waterpark tu.Tapi air dia tak panas la. Dia ambil air dari sungai. Sejuk airnya. Cuma mandi kat situ saya tak berkenan. Sebab ianya air sungai, so it is not treated water. Memang airnya kotor, nampak jejentik ke ape ke yang berenang2 dalam air tu. Eiii geliii. kalau sungai tu tak pe lagi tau sebab air dia mengalir. Tapi kolam tu ,airnya dahla bertakung.Tak taula dia keluar balik ke sungai ke atau tak.. orang yang mandi pun ramai. Saya masuk sekejap je then terus keluar. Gelii2. Kakak ipar, husband n anak saya tu syok je main. Derang tak kisah.Tu je la kot yg tak best tentang tempat tu.Tapi kwsn tu ada byk lagi pilihan kalau tak nak masuk tempat mandi manda yang ada air pancut n gelongsor semua tu bolehla pergi ke public kolam air panas. Syok juga.

Tempat tu juga ada kolam utk rendam kaki. Ada byk la juga dia sediakan tempat utk rendam kaki di dalam kwsn tu. And ada tempat boleh masak telur lagi. Kakak ipar saya bwk roti n sedikit kari. Then dia bwk telur mentah2 tu. Sampai sana rebus telur, letak black pepper n buat la sandwich sendiri di situ. Itu jela makanan piknik kiteorg hihihi.



Cuti hari Raya Cina tu pun kiteorg gi mandi manda di Taman Desa Waterpark. Orang semua balik kg kan. So kiteorg yg kg nya sememangnya kat bandar ambil kesempatan la. Orang Cina memang sikit time tu. Jumlah pengunjung pun bolehla tahan. Kira boleh naik gelongsor air yang tinggi tu banyak kali la. Tak payah nak beratur panjang2. Best betul. Saya ni penakut kalau tempat tinggi2 ni. Roller coaster pun takut nak naik. Tapi kak ipar ajak jugak naik. Memang rasa geli betul kat perut bila gelongsor turun dari atas. Tinggi jugak n laju bila dah slide down tu.


Monday, 16 January 2012

Aktiviti

Pantai

Hari tu ada la kami pergi pantai. Anak saya la yang excited.Bila nampak je laut dia sebut air, air .. Bu air. Hihi sy tersenyum. sy terang pd dia tu laut syg. Lepas tu br la dia sebut laut. Kalau ada lori ke kereta ke yang halang pandangan dia nak tengok laut dari dlm kereta tu, dia akan sebut "Tepi,tepi". Comel. Tapi bila pergi ke pantai tu nak main air, penakut budaknya. Main sikit2 je. Pastu asyik nak berkepit, takut nak main sendiri2. Overall seronokla. Mandi manda di kolam hotel jugak. Kolam hotel tu anak saya  seronok sebab pakai pelampung dan kiteorg bawak bola sekali tuk dia main. Happy sesgt dia main bola dalam air.Bila suruh keluar dari kolam tu nak balik bilik hotel balik, dia geleng2kan kepala dia."Tak mau, tak mau" katanya. Tapi bila dah puas main, dia naik jugak akhirnya.Gambar takda sebab mostly amik guna handphone hubby.

Mandi kolam

2minggu lepas, kak ipar saya ada belikan kolam mandi ni dari Toys 'r' us. Nak pam kolam ni punya la lama sebab dia besar. Tapi bila dah siap cantik, kolamnya, boleh pancutkan air lagi dekat bahagian atasnya. Ada gelongsor semua and of course yang paling excited ialah budak2. Adik ipar dan anak-anak sedara la yang paling happy. seronok betul la mereka mandi mana tu. Ni kiteorg pasang dekat umah ayah mertua saya.

Tengok belakang tu ada taman permainan. Hihi. Sebenarnya playground tu kak ipar saya punya. Dia buka taska di Kajang. Tapi baru2 ni tuan rumah taska tu nak balik rumah dia. So dia pun terpaksalah keluarkan semua barang2 dari taska dia tu. Most of them dia jual. Cuma ada la a few things yang dia tak dapat nak jual seperti playground yang besar tu. Nasib baik la rumah ayah mertua saya ni luas jugakla halaman dia. Bolehla letak. Kira private playground la ni. Hihi. Anak saya memang suka kalu singgah rumah ayah mertua saya tu.


Warna kolam ni ceria betul




Ada bola dan aksesori sampingan yang disertakan bersama kolam tu. Syok lagila budak2 tu main.

Ni muka anak saya yang tersgt happy. Seronok main gelongsor2 ni. Apatah lagi dalam air. Lagila suka.
Pakai seluar biasa je. Ibu dia lupa nak bawak swimming trunks.

Ni anak kak ipar saya, Maryam namanya. Tapi sebab kakak dia pelat, jadi Mayam bunyinya.

Happening betul hari tu. Mak mertua saya pula kebetulan masak sup gear box. Fuhhh sedap betul. Masa nak setting kolam ni awal2 tun nak kena tunggu kolam habis dipam dulu so, saya melantak sup gear box tu dulu. Memang terbaikk! Sambil2 tengok budak2 ni main kiteorg ahli keluarga yang lain duduk kat tepi2 halaman sambil makan budah dengan colek rojak buah. Sedap betullah.


Masterchef

Hari ahad lepas, adik beradik husband saya datang lepak kat rumah kiteorg. Saya masak nasi ayam utk mereka. As for dessert saya masak sagu dengan air gula serta santan. Ini dessert kesukaan saya..Saya belajar dari mak mertua saya. Tak pernah makan dessert ni sebelum ni. Tengok mak mertua saya buat, sedapla pulak. Nak buat pun senang.

Kemudian yang jadi acara masterchef nye pulak sebabnya kak ipar saya teringin nak makan daging Wellington rendang ala masakan Chef Norman dalam TV tu. Bersemangat mereka bawa bahan2 yang diperlukan utk memasak tu. Daging batang pinang 500gm, RM100 lebih derang beli. Wow! Ni kalau tak sedap masak ni tak tau la.

So lepas dah relax2 sekejap selepas makan nasi ayam saya masak tu, so mula la acara masak memasak di dapur. 3, 4 chef semuanya dalam dapur tu. Masing2 tolong potong la, goreng la dll. Husband saya tolong jaga bebudak kat depan. Husband kak ipar pun masuk dapur tolong. Kira ni acara memasak berkumpulan masterchef hahaha.  

Leceh jugak nak buat resepi tu ya. Kena ikat la daging tu, perap, buat sos, bakar, buat pastri dll. Fuhh kiteorg kata ni memang fail la nak masuk masterchef ni. Masak lebih dari satu jam... hihi. So hasilnya inila dia tara!!...


Ini hasil selepas keluarkan dari Oven.
Daging ni dibaluti dengan pastri

Bolehla kan.. ni rupa selepas dah potong. Bila nak potong tu dia memang rapuh. Tapi gambar yg Chef Norman buat tu lagi lawa la. Memang kena ada skill yg tinggi la nak buat cantik2.

Sambil2 masak daging tu kiteorg buat Tiramisu. Tak ambil la pulak gambarnya tapi okla rasanya.

Sebelum ni pernah buat acara masak memasak ni jugak. Kiteorg masak ayam turkey. Seekor gedebuk dalam Oven tu. Tapi sedap la. Berbaloi jugak la saya beli Oven yang mahal tu. Masak ayam turkey tu pun tak payah nak terbalik2 kan. Just set menu dan tekan start

Lepas ni nak buat resepi apa pula ya..



Wednesday, 4 January 2012

Welcome 2012

Bila orang sebut pasal tahun baru mesti orang akan sebut apakah azam tahun baru pula. Hmm bagi saya ntahla sebab tiap2 tahun macam tak ada azam yang tertentu je. Just go with the flow I guess. Ada rezeki grab , takde cari jalan lain cam tu la kot. Dan saya ni macam tak ambil sesuatu tu secara serius sangat. Macam entry pasal rumah saya sebelum ni pun. Rumah saya tu kan nak ajak orang datang umah pun segan benarnya sebab rumah tu macam kosong. Perabot kurang. hihi. Mula-mula masuk rumah tu lagi la sofa kat ruang tamu bawah pun takde. Ada meja makan kecil je, sebab dulu duduk umah apartment so, perabotnya pun comel2 je. So bila pindah rumah 2 tingkat ni semua nampak kecil dan rumah pun sampak kosong. Dinding pun berlubang2 sikit sebab kesan tuan rumah sebelum ni gantung gambar etc kat dinding. Saya  tak gantung satu apa pun.

Mainan untuk anak saya pun saya tak beli pun sampailah umur dia setahun lebih kot barula beli satu mainan yg ada music2 sikit bila tekxan untuk Aliff.. Sebelum tu memang tak beli pun. Pakai orang bagi punya je. Saya dengan husband sama je senpoi je. Saya ada SLR punya kamera ( beli sebelum balik dr Jepun dulu), ada video cam ( free gift bila beli TV), ada ipod sampai 2.... tapi kan semuanya tak guna sgt pun. Perangai saya n husband sama je. Malas nak explore. Tak rajin nak download lagu ke movie ke. Nak guna kamera yg besar SLR tu pun leceh. Rugi je beli kan.


Tahun 2010 dulu baru bersalin anak first so semuanya macam kelam kabut n banyak focus pada anak saja,

So sepanjang 2011 ni setelah ada seorang anak, anak pun dah besar sikit, saya n hubby pun makin kenal each other. Keserasaian tu makin bertambah. Dan perangai masing2 pun dah faham sgt dah. Haha. Kenal sebagai suami dengan kenal sebagai kekasih semasa bercinta dulu lain tau.

So 2012 ni pula diharap hubungan kami sebagai suami isteri akan terus utuh. Semoga keluarga kami akan terus dirahmati-Nya. Banyak yang ingin saya ucapkan syukur kepada-Nya di atas rezeki dan anugerah yang Allah kurniakan kepada kami sepanjang 2011 ni:

1. Aliff membesar dengan sihat
2. Saya berjaya mengambil sijil untuk menjadi guru bahasa Jepun di Japan Foundation
3. Sudah genap setahun kerja sebagai guru bahasa Jepun dan suami pun dah genap setahun kerja di tempat baru.
4. Berjaya menghasilkan buku teks bahasa Jepun.
5. Beli rumah
6. Hidup mak saya pun makin happy dengan kehadiran cucu baru.

So, pelan seterusnya untuk 2012

1. Nak terbitkan lagi buku.
2. Buat penyelidikan mengenai bahasa Jepun lagi
3. Sambung belajar Master!!!
4. Anak second?????

So pelan di atas tu pun sebenarnya bukannya azam pun.haha kalau ada rezeki adalah tu. hihihi. Tak mahu take something so serious nnt tak enjoy.Cuma bab nak sambung belajar tu memang dah kompem. Dah daftar dah pun amik Master of Applied Linguistics ( bi)

Jadi 2012 memang akan BUSY!!!

Sunday, 1 January 2012

Setahun berlalu ,2011

Sudah genap setahun saya masuk ke rumah yang saya duduki sekarang. Mula2 masuk rumah tu sgtla happy sbb mcm dpt rumah idaman. Boleh dikatakan ia mempunyai ciri-ciri yg saya suka.luas, dapurnya pun luas dan kitchen cabinetnya pun cantik.harganya pun bolehla yg kami mampu miliki. Klu nk yg cantek n lebih canggih lagi byk tp harganya mahal. Rata2 rumah sekrg ni dah mencecah 400ribu sbg min price.terutama sekali kwsn tumpuan lagi la 5,6 ratus ribu. .rumah sekrg harga melambung.alhamdulillah dpt beli rumah ni dgn proses yg x byk ragam jugakla. Bank loan, lawyer, owner sblm ni pun semua baik n berjln lancar. Kalau dah rezeki tu senang je nk jadi milik kita kan. Tiba2 rasa emo pasal rumah ni sbb kami buat kerja baikpulih sikit kt living room tingkat atas rumah tu. Tiles dia tercabut n tercongket. Dah lama dah jadi cam tu. 2,3 bln lepas lg. tp sbb kekurangan fulus kena tangguh japs. So alang dah hujung tahun n dpt duit lebih sikit kn, so kiteorg pun decide nk betulkn jubin di living room kat tongkat atas tu. Mula2 panggil sorang contractor ni dia buat quotation 6 ribu. Mak aiii mahalnya kn. Seb baik la call org lain pulak dia charge 2 ribu. Mahal gak tu benarnya tapi dah malas nk fikir buat je la. Tiles lama kena kopak n simen bwh tu kena bersihkn n licinkn then barula lekatkn simen baru n tiles baru.byk kerja la. So 2 ribu ok kot. Sementara kerja2 dijlnkn sy tidur kt umah keluarga mertua. Dekat je satu bandar je. Seb baik. Ada gak tempat tuk menumpang bab kerja2 tukar tiles tu mmg la sgt berhabukkk. Ada anak kecik so tak elok duduk dlm umah ni time kerja dijlnkn. Lama gak la duk kt umah mertua tu. Sbb lepas ketja tukar tiles tu siap, kena kemas rumah tu sebab satu rumah berhabukkkkk. im talking about The Whole House berhabukk. Sampai ke dapur tauu habuknya. Masuk rumah rasa pasir je kt kaki ni. Dahsyat tul la. So disebabkn berhabuk sgt kipas , langsir, sofa n semua benda kena lap n cuci balik.kipas kt dapur, ruang tamu bwh , atas, dlm master bedroom, guest room, n bilik mainan Aliff.semua kena lap. Almari , lampu, cermin tingkap, grill. Mmg cuci habesla satu rumah tu. Penat yg amat. 4 hari amik masa nk settle kn semuanya tu. Toys aliff pun kena basuh n cuci sbb berhabuk. Sgt tak sangka berhabuk sampai camtu sekali. Kalau tau kiteorg coverla dulu apa yg patut sblm tukar tiles tu kan. Ni la dia tiada pengalaman dlm hal ubahsuai umah ni. Naseb baikla perabot dlm umah tu x byk sgt. Kiteorg mmg X make up umah tu apa2 pun sejak pindah masuk umah tu.tunggula lg 5 thn lg kot. Huhu. Langsir dlm rumah tu pun pinjam mak mertua punya. Malas nk fikir. Bukannya apa mahal tu nk buat langsir. Mau nak sribu lebih. Rumah cam tu terutama sekali langsir tuk sliding dook ruang tamu tu kena tempah. Saiz dia besar n tinggi.macam2 hajat di hati ni nak cantikkn rumah. Nak cat baru. Nak pasang almari baju yg besar n cantik sikit dlm master bedroom tu. Tp tula tunggu dulu la. Semua tu tak penting lg sbb belanja anak ni pun dah mahal. Kena jimat2 . Yg penting dah ada umah sendiri.beli sofa cantik2 sekrg pun x ok jugak bab ada anak kecil. Mmg rosakla sofa mahal2 nnt. Tumpahkn susu ke, kena conteng ke. Insyaallah ada rezeki lebih nnt bolehla nk cantikkn rumah tu lg. Home sweet home. I love my house.

Wednesday, 2 November 2011

Kesihatan

2 tiga menjak ni kesihatan asyik terganggu. Saya mempunyai cyst di bhg bahu. It is just a small cyst yang tak sakit dan hanya ketulan sahaja. Cyst ni sebenarnya ketulan darah sahaja. Its not cancer or something yg merbahaya. Tapi ianya kena buang kalau kena infection. So al-kisahnya cyst saya tu kena infection dan membengkak sikit macam bisul tu. Sakit betul, bedenyut2. So kena bedah. Tapi sebelum nak bedah doc bagi ubat antibiotik yg kuat dulu bg ketulan dia kecut sikit dan kwsn yg kena infection tu tak besar sgt.Kalau tidak kawasan yg kena bedah tu pun besar jugak nanti.

So after makan antibiotik selama 4 hari ,pergila cuma doc balik. Then doc decide bedah je sebab size tempat yg kena infection dah kecik sikit. So buatla minor operation. Saya buat ni kat klinik je. Klinik tu bagus. Lagipun its a minor operation. Bila bedah tu doc guna bius so tak terasa sgt. Just rasa sakit time nak cucuk jarum tu je la.Bila ubat bius tu dah jalan tak rasa pun. So doc pun buangla cyst dan kawasan yg kena infection tu. Kiranya berlubanglah bahu ku sekejap. Doc tunjuk bhg tempat bedah tu kat saya melalui cermin..hihi kalau boleh sy tak mo tengok.takut.. so doc dah nak tunjuk so tengok je la.. ingatkan operation just buang surface cam tu je. mmg berlubang la jugak bahu ku ni. ala besar lubang dia macam besar duit 20 sen cam tu la dan jauh ke dalam. ngeri gak la..haha

balik dr buat operate tu siap drive kereta balik umah lagi. so lepas tu makanla pain killer doc bagi. sebab luka operate tu dia tak jahit balik.Memang dia biarkan bahu tu berlubang dan nnt akan ada daging baru yg akan tumbuh balik dan akan jadi seperti biasala kulit tu. Tak ada parut semua.Doc tu bg saya pain killer yg kuat. Saya dah cakap dah yg saya ni ada sakit gastrik. Tapi doc tu bg jugak pain killer kuat tu sbb saya ni kan baru lepas operation dan bahu tu pun berlubang so kalau makan pain killer biasa takut tak boleh cover sakit tu nnt.

second day after operation tu kena pergi balik klinik tu sebab luka tu kena cuci tiap2 hari supaya daging yang tumbuh pun akan jadi elokla. Time operation tak sakit sgt sbb pakai bius bila time nak cuci ni ha mak aihhh pedihnya bila dia cuci.Lagi2 bila letak iodin tu fuhhh meresap jauhh ke dalam rasa pedihnya. Tapi time ni ok lagi sebab tengah makan pain killer kan sakitnya pun bolehla tahan. Selepas 2 hari cam tu makan pain killer yg doc tu bagi, saya kena sakit gastrik yg agak teruk sampai tak boleh tido malam. Saya memang ada gastrik tapi tak pernahlah pulak sakit perut cam tu sampai nangis2 la. Malam tu mmg tak boleh tido langsung memulas2 dan pedih sesangat perut ni. So saya stop makan pain killer tu n doc bagi ubat gastrik bertimbun2.Tapi biasala kalau once dah kena gastrik ni apatah lagi yg teruk punya memang lambat nak baik.Aduhh... memang rasa macam sakit contraction nak beranak pun ada sebab perut tu dia menyucuk2 je sepanjang masa.Kejap datang ,pastu kejap hilang sakitnya. Memang macam nak beranak da..

So sebab saya dah stop  makan pain killer, bila gi klinik nak cuci luka operate tu pun kena tahanlah sakit pedihnya.Tapi kan sebab perut saya pun time tu pun sama naik sakitnya.. macam dah imun pulak dengan rasa sakit. Bahu dan perut sakit serentak.. hurmm selawat je la banyak2.Banyak kot dosa aku ni. Time2 sakit ni la baru nak banyakkan selawat.. insaf2.

Semalam adalah hari terakhir saya pergi klinik tu tuk cuci luka. Luka dia dah kecik dan boleh cuci sendiri kat rumah.Lama jugak la saya berulang alik ke klinik tu sebelum tu. dekat 3 minggu gak lah setiap hari gi sana.Naseb baik company husband ku tu boleh cover semua perbelanjaan.Kalau dulu keja kilang mak aii sekali pergi klinik dah berapa kena charge. Ubat2 yg doc bagi pun semuanya yang mahal2 belaka.
Alhamdulillah ...walaupun Allah memberikan dugaan sakit ni pada saya ,at least bebanan pembayarannya saya tak tanggung. Ok la tu. Kalau nak fikir2 balik macam mana la dengan orang lain yang dahlah sakit duit habis pulak tu kan. Insaf2...

Saya sempat bertanya pada doc tentang masalah saya ni. Doc kata cyst terjadi mungkin salah satu sebabnya ialah darah kita kotor. Saya pun tanyalah doc dengan lebih lanjut kan,ye lah kalau darah kotor macam mana nak cuci. Takkan setiap kali kalau ada cyst dan kena infection kena buang. Aduiii sakitnya.
Doc kata kalau darah kita terganggu dan terkumpul ia bermakna sistem pengangkutan nutrien dalam badan kita tak ok. Bukankah darah membawa nutrien dan zat2 ke seluruh badan kita.
So doc tu advise supaya ubah cara pemakanan.

  1.  Jadi doc kata kalau org macam saya ni memang tak boleh makan berminyak, kalau makan makanan yang bergoreng tu tak boleh guna minyak yang banyak kali dah digunakan. Sekali goreng ayam, minyak tu dah kena buang.Tak leh recycle. So elakkan makan luar banyak sangat. ye la kita kan tak tau macam mana cara derang masak.
  2. Makan banyak sayur-sayuran. Contohnya salad yang boleh membuang toksin dalam badan. Makanan yang banyak mengurangkan toksin dalam badan ialah buah-buahan seperti belimbing.Green tea juga merupakan satu minuman yang bagus untuk membuang toksik2 dalam badan.
  3. So doc pesan makan makanan yang berkhasiat sahaja. Doc kata umur saya yang masih muda lagi ni tak elok ambik supplement macam kapsul ke jamu ke lagi. Amik makanan yang semulajadi dan salah satu yang doc syorkan ialah makan kiwi warna kuning tu.Kandungan vitamin c dia lebih tinggi dr buah oren.Cuba buat smoothies ke. Blend sayur-sayur dengan buah2.Kalau rasa tak sedap boleh tambah yogurt. Jadikan amalan harian.Harganya mahallah sikit nak beli bahan-bahan cam tu tapi, doc kata basically benda yang berkhasiat ni mahal harganya.Cth salad tu kan sayur biasa je kalau gi makan kat kedai tu harga dia 5,6 ringgit. Tapi tu la kita kena bijak melabur untuk masa depan.Kalau dah sakit ni ha tak ke lagi byk kena keluarkan duit.

Saya rasa bersyukur jugak la dapat sakit sekarang supaya boleh beringat2 sebelum tua nanti. Lagi satu yang penting kena bersenam.Hihi ni la part yang malas sekali. Kena mula sikit demi sedikit dari sekarang.

Friday, 7 October 2011

Sudah siap!

Seperti yang dimaklumkan sebelum ni saya sudah menerbitkan buku bahasa Jepun yang akan digunakan oleh pelajar di universiti saya ni. So inilah hasilnya tara....


Buku teks tentang penulisan Hiragana. Kalau sensei2 yang mengajar bhs jepun ni mmg derang selalu kekurangan bahan bila bab nak mengajar hiragana dalam bhs jepun ni.sbb tak byk buku teks yg ada kat luar tu pasal hiragana ni.kalau bab grammar tu semua dah byk dah kat pasaran.Selalunya sensei tachi akan buat table hiragana sendiri n practice sheet sendiri tuk students buat latihan. Tetapi font dalam comp dengan font tulisan tangan lain. Cth huruf ki ,sa etc.Kalau tulis guna comp garisan dia bersambung atas dan bawah.Cth さ。Tapi sebenarnya kalau kita menulis dengan tangan, garisan atas dan bawahnya tak bersambung.
Kalau yg belajar bhs Jepun tu pahamla kot.So dalam buku teks ni juga ada memaparkan font yang sesuai tuk students ikut dan praktis. Sebahagian contoh bhg praktis menulis dalam buku ini.

Dalam buku ini juga ada menerangkan serba sedikit tentang asal usul tulisan Jepun, budaya Jepun dan perkara-perkara asas tentang cara menulis Hiragana ini. Lengkap la kiranya. Cthnya kalau student tanya kenapa huruf konsonan [k] ada ka,ki,ku,ke,ko tetapi kenapa huruf konsonan [y] dia hanya ya,yu,yo sahaja, yi dan ye tiada ke? Haaa...macam mana nak jawab tu.
Jgn risau dalam buku ini juga ada penerangannya.Kami menggunakan karakter yang menarik juga dalam buku ni. Ambil inspirasi dari makanan Jepun.Norimaki sensei, sandoitchi san, onigiri san dan hambaagaa kun. Yang sandoitchi ( sandwich ) san dan hambaagaa( hamburgera) kun tu sebagai foreign student la. Yang norimaki sensei dan onigiri san tu sebagai nihonjin.
Menarikkan :) Harap2 student2 ku tak laparlah bila baca buku ni.Hehe.
Bangga jugak la nama ditulis di hadapan buku sebagai pengarang



sorry blurr, hp saya ni pixel dia tak cantik sgt.

Sebahagian dari bahagian membaca di dalam buku ini.Comel kan lukisan dia credits to the illustrator
http://mewgoesthewolf.blogspot.com/
Thanks so much sherry di atas pertolongan dan usaha gigih ko siapkan gambar2 dalam buku akhirnya berjaya gak buku ni disiapkan.Sapa nak hire dia bolehlah gi kat blog dia.Currently dia ada di Bristol,UK.Boleh contact through email shj. Sgt proffesional.
Layout, page design semua dia yg buatkan.Sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja dia.
My Best Friend Ever!!!! Rindu la kat ko cepatlah balik sherry.


Bahagian penerangan dia yg diolah dengan menarik supaya students syok nak baca.

So inilah dia hasil kerja gigih kiteorg sepanjang beberapa bulan yg lepas. Tapi kerja kami tak habis sampai di sini sahaja.Hasil buku ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan yang kami sedang jalankan.Kena ambil maklum balas students dan kena publish journal lagi nak kena present paper ni lagi..Huaaa banyak lagi kerja sebenarnya.Tapi apa-apa pun lega rasanya sebab buku ini siap on time. Fuhhh ... Alhamdulillah.Yang lain2 tu boleh buat slow2.

Terima kasih Hubby yang memahami selalu teman dan hantar gi kelas mengajar bahasa Jepun tu setiap minggu tu.Ganti ibu jaga Aliff yang semakin nakal tu. Thank you jugak sebab terpaksa mendengar keluhan isterimu ini tentang masalah dan kesulitan dalam menjalankan penyelidikan ini.Terima kasih sayang atas sokonganmu selama ini.Love you!!

Esok ada Japanese Education Conference di AAJ.Group kami akan membuat pembentangan tentang penyelidikan yang kami sedang jalankan sekarang.Siapa yg berminat dtg la kat AAJ nnt. :) Semua sensei tachi dr pelbagai intsitusi akan hadir.じゃね!

Wednesday, 14 September 2011

Anak

Anak saya sudah pun berumur 1 tahun 8 bulan dah sekrg. Makin nakal! Tapi chomel, selalu buat ibu dia rindu kat opis mengenangkan Aliff yang berada di taska tu. Sekarang ni kan dia sudah reti turun naik tangga! Rumah saya tu 2 tingkat so tangga kat atas tu dah pasang dah safety grill tuk beby supaya dia tak dapat nak turun.Tapi anak saya ni makin lama makin bijak budaknya.Ntah macam mana dia boleh selit between grill tu turun tangga.Sebab bhg penyambung antara grill dengan dinding tu ruang dia agak besar sikit.x boleh nak adjust dah.

Kali pertama saya tahu dia dah pandai menyelitkan diri dia membolosi grill tu masa kami tengah tengok tv kat living room di tingkat atas.Tengah syok2 tengok tv tiba2 dengar suara budak kecil tu gelak kat tangga.Aik saya punyalah terkejut. Macam mana dia boleh pergi kat bahagian tangga tu sedangkan pintu grill tu tertutup.

Cepat2 pergi grab dia...aduiiii!! Lemah jantung ibu ni Aliff.

So sekarang memang kena tengok dia 24 hours lagi2 kalau kat living room tu.Sekarang ni kiteorg ajar dia naik dan turun tangga sendiri.Bila naik/turun kena pegang kat railing tangga tu betul2. Kalau anak saya tu lepaskan tangan dia,saya tegur dia. Kena ajar jugak sebab takut dia turun /naik sendiri tanpa disedari.At least dia dah reti nak naik/turun tangga dengan selamat.

Sejak hari itu dah a few times, tengok2 si Aliff tu dah ada kat atas time saya tengah busy2 basuh pinggan and uruskan dapur.Fuhh!

Sekrang ni dia jugak dah pandai panjat katil.
Geramnya. Sebab dia bila dah ada atas katil tu , ganas budaknya.lompat2, guling2 aishh takut jatuh je kang. Sejak dia dah reti panjat atas katil mula la bila nak tidur pun sibukk je nak tidur sekali dengan mak and ayah dia kat atas katil. Bukan tak bagi tapi Aliff tu tidurnye lasak, dia suka guling2. Pusing badan sana sini. Jatuh katil kang baru tau. Mak ayah dia kalau dah tidur tu memang tak sedar dah la kan.

Selama ni Aliff tidur kat bawah je. Ada toto khas tuk Aliff tido. Dia selalu bangun tengah malam nak susu. Dulu dia selalu menangis bila nak susu. Tapi sekarang ni dah makin besar dah kot anak saya ni, dia dah tak nangis bila nak susu.Dia akan jalan pergi ke tepi katil saya dan dia tepuk2 tangan saya suh saya bangun. Hihi....ntah2 dulu Aliff pernah melalak menangis pun ibu tak bangun2 tidur nyenyak sgt kot.Tapi comel sangat rasa tangan dia yang kecik tu kuis2 tangan kita.

Anak saya ni dia sangat suka main bola sepak. Ikut ayah dia kot suka tengok channel bola.Kalau dah tgk bola tu mmg tak leh kacau dah anak beranak ni. Anak saya tu tendang bola je jerit Goall!! Tapi kan dia tak reti sebut huruf g so bunyiknya jadi 'dolll'!!Haha comel sgt.Mana2 pergi la memang pantang nampak bola dia sepaknya dengan penuh gaya. Betul! Dia akan undur sikit badan dia then baru dia sepak macam nak sepak penalti kick daaa... kalau gi taman tu memang kena kawal dia sebab kalau dia nampak ada orang tengah main bola sepak tengah padang tu dia pun nak join.Haish budak2 tu dah besar panjang n bolanya pun besar ada hati anak saya yg kecik tu nak pergi rebut bola.

Tak apa Aliff, nanti bila Aliff besar boleh masukkan dalam kelab bola sepak junior Bangi hihi.Aktif gak tau kelab ni. Siap ada match lagi.

Alamak dah rindu dah kat Aliff ni. Tak sabar nak gi amik dia dr taska petang ni. Muahhh love u honey!!

Wednesday, 18 May 2011

Working is fun

Assalamualaikum semua,

Lama tak update setelah entry pasal dilema yang melanda tuk sambung study tu.Still dlm dilema lagi sekrg tp malas nak fikir lagi.Hari ni nak cerita pasal my work aka my life lately.

Teacher training

Seperti yang sudah sedia maklum saya sudah pun menjalani kursus untuk teacher's training di Japan Foundation tu.Penuh input yg diperolehi.Lecturer dia nama dia Fujinaga sensei. Ada 4 org Japanese participant, yang lain Malaysians that have the same interest which is teaching Japanese.We are in the same boat , semua lack of experience. Dalam kelas we can share many opinions from each other.Seronok sebab boleh jumpa pelbagai org talking the same interest and nayami ( problems).

For those yg tak pernah pergi ke Japan Foundation tu pergilah.Ada byk info yang berguna di situ especially untuk org yg nak amik JLPT. Di sana ade byk buku rujukan utk JLPT.Boleh pinjam. Bawa gambar 2 keping dan yuran RM10 dah boleh pinjam buku up to 5 books.Ade CD tuk latihan chokai juga. Sangat membantu untuk pelajar2.Ada juga junior saya tanya nak cari mana buku rujukan tuk JLPT, so I hope this information can help them.

Selepas kelas tu habis , mesti gi midvalley dulu nak makan sebelum balik~~ lapar!! Kelas habes 12:30 hari sabtu pulak tu so midvalley tu punyala crowded sgt. Last2 pergi beli bento kat jusco je. Sedap jugak ade onigiri, teriyaki chicken dan mcm2 lagi. Dan harganye berpatutan. Ianya bento so you buy and eat terus. Tak payah nak kena servis charge ke macam makan kat restoran tu. Menjadikan makanan dia mahalnye la.

Conference

Last week we have international conference yang di anjurkan oleh universiti saya di Hotel Equatorial. Many speakers come and gave their speech. So much information. Linguistics is an interesting field. Bila seronok tengok macam2 presentation tentang research mereka tentang dunia bahasa ni . From linguistics you can see many aspect of one society. Ada a few speakers from oversea also.Dari Jepun, Aussie, Korea, dll. Ada juga prof negara kita yang mengajar di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang bahasa Malaysia dan sejarah Malaysia. So proud of them.Untuk perasmian majlis tu His Royal Highness Raja Zarith Sofia dari Johor datang. hihi.. dapat jugak merasa bersalaman dengan kerabat Di-raja. From the conference and presentation session saya boleh tahu serba sedikit tentang research lecturer lain. Ada satu research lecturer ni menarik perhatian saya. Bidang dia lebih kepada Linguistics at work. Menarik.. because it is applied linguistics area.Kalau nak buat master boleh buat under dia ke.Will think about that later. During that day also I met Japanese Language teacher from other universities. Ada yang dah ade master dan PHD. So boleh tanya2 mereka bagaimana mereka further study dulu dalam bidang Japanese ni. Apa bidang yg patut di ambil and so on.
Conference hari tu sangatlah banyak manafaat pada saya. Besides the food is superb..byk betol makan.Makanan hotel lah katakan ...yummmyy...



Teaching

During the conference, I met Prof. Kosaku Yoshino.He is a professor of sociology at Sophia University and previously a professor at University of Tokyo ( TODAI ).He took a PHD at the London School of Economics and Political Science.Right now he is doing research about the impact of " Englishisation" on various social process and network in and out of Asia. Such an interesting area. Dia mengkaji kesan penggunaan English di Asia.Terutama sekali byk bezanya dengan negara yang pernah dijajah Inggeris atau pun tidak. Seprti Jepun yang tidak pernah dijajah Inggeris, so English dia pun kurang mantap. Tapi persoalannya perlukah soal bahasa Inggeris ini dijadikan bahasa dominen yang menguasai semua aspek di dunia ini.Yang mana kita ini tidak dijajah lagi oleh Inggeris tetapi kita masih dijajah oleh bahasanya . Dalam konteks ini dia menyatakan sebagai " English language Imperialism " .Disebabkan kita menggunakan bahasanya so byk jugalah sistem Inggeris yang kita guna pakai cthnya dalam law, business and so on. Menarik kan topik dia.Topik ni kalau kupas satu per satu mesti akan jadi kajian yang menarik. You all rasa ade solution tak tuk bende ni? Marilah pikir sama2.

Ada satu perkara yang tidak diduga semasa conference tu iaitu Prof. ni minta tolong saya ajarkan dia bahasa Malaysia. Wahhhh.... sangat excited. Gementar pun ada sebab yela dia kan professor yang sangat banyak ilmunya..kecutt... nihongo saya pun tunggang langgang.
So saya sudah pun mengajar dia BM sebanyak 2 kelas dah sekrg ni.Hihi...seronok gak mengajar dia. Pandai dia ni..kejap je dah tangkap. tapi yang syoknya I get paid. Bila kita buat kerja yang kita suka and on top of that get paid for that, the feeling is awesome. So like my entry's title today **Work is fun** yeayy...looking foward to teach him again.

Lepas dapat payment ari tu terus gi makan kat Miyagi restaurant di Bangi.It is a Japanese Restaurant. Makanan dia bolehlah.Tapi mahal sgtlah.. I rather eat bento di Jusco. Saya makan udon and tempura set dengan nasi , miso shiru .Rasa dia lebih kurang sushi King punya set jugak. Sushi dia Im not sure because I am not a fan of sashimi. Org kata sashimi kat kedai mahal n kedai murah cam Jusco tu rasanya berbeza, so I dunno. Maybe you can come to Miyagi and check for yourself the taste.

Bila makan di Miyagi ari tu kan...saya teringat kembali zaman di Jepun dulu makan makanan dia. Which I missed? No i dont miss that.Why because semasa saya duduk di Jepun dulu time working there, makanan di kantin tempat kerja tu tiada pilihan selain onigiri, udon dan kalau bento set dia tu seafood boleh lah makan. Its so stressful because ko dah kebulur nak mampos tapi setiap hari makan onigiri tak pun Udon saja.. tensiiion betollah.Time jadi student dulu tak kisah sgt makan makanan Jepun ni sbb kita ade masa nak masak n balik rumah between kelas. Tapi time kerja dulu mana sempat pagi2 lagi dah gi kerja..balik petang, tu pun kalau takde overtime.Balik umah memang penatttt sgt....then baru nak masak...letih..kalau tak masak takkan nak makan bento, udon or onigiri di kantin lagii... aaa enough is enough...

Bila teringat balik memori tu...hurmmm nak sambung study balik di Jepun...errrr later la.. masih terasa tensionnya tu.

Monday, 18 April 2011

Shopping


Haa~~ its the time again when my desire to shop membuak2.hihi... After ada family tu kenalah jimat2 n save2 sikit mana yang patut.Susu beby je dah RM 89++ untuk seminggu lebih. Pampers and so on.Hurmm...but... teringin nak beli one long maxi skirts yang chantek. Tgh survey2.... part paling best bile Aliff tgh tido time saya tgh window shopping..Syoknye. Sometimes suka gak bawak anak gi window shopping ni.Ye la kita just nak tgk2 survey2 kan bukannya nak try on pun tapi ade setengah2 kedai tu ikut je kita dari belakang n persue us to try it on in the fitting room la.Sometime harganya mahal sgt nak try on pun takuts.Kalau bawak anak ni senang sikit.Jwb no Thanks , kena jaga beby ni.Dalam hati cuci mata pun dah cukup...hehe.

Last week is the first time saya pergi Pavillion.High standard punya shop bykla.But ok la tak ramai orang and it is comfortable for me to bring my son along.Sekarang dia dah pandai jalan.Lari sana sini kerjanya.Kalau tempat tu tak ramai orang bagusla.Senang sikit nak monitor. And my son can run freely as he wish.Kitala yang penat nak mengejarnya. I call it as part of the excersice hehe... ok la tu kan busy jaga anak ni berat badan pun dah byk turun kalau nak compare time baru lepas bersalin tu...hihi.baru-baru ni jumpa kwn lama she said "hey, ko dah kurus balik.Aku tgk gambar ko dulu chubby sikit" hehe.... syoknye ade org puji dah kurus balik.hihi... but of course tak bleh la nak kurus macam sebelum mengandung kan. Masa mengandung dulu naik 70Kg then pas bersalin turun 60 Kg.Hurm ..10 Kg je turun tapi sekarang ni baru2 ni ade timbang berat dah 56 Kg ( o^_^o)...ok la tu kan. Tak bersenam pun. Jaga anak je .Maklumlah anak lelaki lasak dia tu Fuhh buat kite tercungap2..Nak pakai pampers pun kena berkejar2...Everytime! Huh..mane tak kurus.Ni la dia muka terbaru budak kecik yang makin

comel dan nakal tu dah pandai mengamuk dah sekrg nih.Isk2 babab kang!



Ni gambar dia tgh potong rambut,ingatkan dia akan menangis ,tapi dia duk senyap2 je n ikut je ape yang orang potong rambut tu suruh..comel..N cikgu taska dia cerita sejak dia potong rambut botak ni dia makin nakal...haha.













Wednesday, 30 March 2011

Nihongo no sensei ( Japanese Language teacher )


Kehidupan sekarang lebih teratur dan tenang sedikit kerana kelas semua sudah habis!! Tinggal nak marking kertas exam je nanti.Hrp2 students tu semua pahamla ek apa yang diajar.hihi.But hearing they said that my teaching is easy for them to understand sangatlah happy.hihi.Apa lagi yang mengembirakan sensei kalau bukan anak muridnya paham dan make use of the knowledge kan.Eventhough saya ni bukanlah mengajar students yang nak pergi Jepun ke apa ke,just as elective subject it is good bila dengar mereka bercakap sesama kawan mereka dalam nihongo.


Mengajar students yang bukan nak pergi Jepun ni saya rasa sangat seronok.Why? Sebab mereka boleh mendengar pengalaman saya di Jepun dan maybe itu akan membuatkan mereka teringin nak pergi or at least ada exposure tentang Jepun dan make them lagi berminat nak mendalami nihongo.Itu yang mencabar tu.Harus menarik minat mereka untuk belajar bahasa yang sukar difahami ni pada mereka yang tidak tahu.Kena belajar betul-betul.






Hari tu ada International language day di fakulti saya.Siap masuk suratkhabar lagi tu gambo.Bukan gambo sayala, gambo sensei lain.Saya tengah sibuk melayan tetamu dari Japan Foundation dan tetamu yang datang.Ada one group of Japanese people datang buka booth juga.Mereka mengajar membuat taketonpo ( ala yang macam korang tgk doraemon pakai kat kepala tu- takekopta!! ang,ang,ang!! ) .That day sangat meriah.Ramai yang datang booth kami tryout the yukata ( japanese traditional cloth during summer).Student yang tolong di gerai pun pakai happi ( Japanese cloth for festival event).

First and second day kiteorang buat okonomiyaki.Sedappp!!! Third day kiteorang tukar menu buat soba/udon pulak.


Memang penat sangat!!! Tapi seronok tengok students cam excited dapat pakai baju Jepun, tryout the food and all.And during the closing ceremony our Japanese class buat presentation.The title is Costume play.They dress up like a character in the manga and anime.


So cute and getting big applause from the audience.Thumbs up to them.Penat derang practice tu.Baju-baju costume tu pun ada yang derang jahit sendiri!! wow!.


Semakin seronok kerja as nihongo no sensei ni.hihihi.


I think the road not taken that I take right now is the right path for me. Alhamdulillah!


Below is some picture of me wearing Kimono ( for winter ),Hakama ( for graduation day )Yukata ( for summer )!!





KIMONO






HAKAMA



YUKATA