Cuti yang panjang hari tu saya dan keluarga kakak ipar saya pergi bermandi manda di kolam air panas dekat Perak. Di Perak dengar kata ada macam2 tempat hotspring ni. Tempat yang saya pergi ni tidak kurang hebatnya. Nak masuk bayar RM12 rasanya. Ada kolam terbuka mandi manda ramai2 dengan private room.
Kami bertolak seawal 6:45 pagi ke Perak nuh. Sampai kol 8 lebih cam tu then terus masuk ke kolam private tu. Harganya RM75 /jam. Kami masuk sejam je. Tempat dia sgt selesa. Ada tempat persalinan, tandas, kipas, shower, and off course Jakuzi. Mmg membuak2 airnya. Sangat best , dan selesa.Tapi kami ni tersilap plan. Sepatutnya kami masuk private kolam air panas tu lepas mandi manda di kolam public dulu. Ntah tak terfikir pulak time tu. Kakak ipar kata dulu masa tempat tu baru buka, bayaran dia tidak ikut per hour. sekarang ni dah lain. Dulu sekali masuk, ko nak rendam lama mana pun tak pe dalam private onsen (Hot springs) tu.Biasala bila dah terkenal dan ramai pengunjung, harga pun dia dah ubah.
Kolam air panas yang public punya tu kami tak pergi.Selepas sejam mandi manda dalam private onsen tu kami pergi ke kawasan kolam yang ada air pancut, gelongsor macam kwsn ala-ala Taman Desa Waterpark tu.Tapi air dia tak panas la. Dia ambil air dari sungai. Sejuk airnya. Cuma mandi kat situ saya tak berkenan. Sebab ianya air sungai, so it is not treated water. Memang airnya kotor, nampak jejentik ke ape ke yang berenang2 dalam air tu. Eiii geliii. kalau sungai tu tak pe lagi tau sebab air dia mengalir. Tapi kolam tu ,airnya dahla bertakung.Tak taula dia keluar balik ke sungai ke atau tak.. orang yang mandi pun ramai. Saya masuk sekejap je then terus keluar. Gelii2. Kakak ipar, husband n anak saya tu syok je main. Derang tak kisah.Tu je la kot yg tak best tentang tempat tu.Tapi kwsn tu ada byk lagi pilihan kalau tak nak masuk tempat mandi manda yang ada air pancut n gelongsor semua tu bolehla pergi ke public kolam air panas. Syok juga.
Tempat tu juga ada kolam utk rendam kaki. Ada byk la juga dia sediakan tempat utk rendam kaki di dalam kwsn tu. And ada tempat boleh masak telur lagi. Kakak ipar saya bwk roti n sedikit kari. Then dia bwk telur mentah2 tu. Sampai sana rebus telur, letak black pepper n buat la sandwich sendiri di situ. Itu jela makanan piknik kiteorg hihihi.
Cuti hari Raya Cina tu pun kiteorg gi mandi manda di Taman Desa Waterpark. Orang semua balik kg kan. So kiteorg yg kg nya sememangnya kat bandar ambil kesempatan la. Orang Cina memang sikit time tu. Jumlah pengunjung pun bolehla tahan. Kira boleh naik gelongsor air yang tinggi tu banyak kali la. Tak payah nak beratur panjang2. Best betul. Saya ni penakut kalau tempat tinggi2 ni. Roller coaster pun takut nak naik. Tapi kak ipar ajak jugak naik. Memang rasa geli betul kat perut bila gelongsor turun dari atas. Tinggi jugak n laju bila dah slide down tu.
No comments:
Post a Comment