Hari tu ada la kami pergi pantai. Anak saya la yang excited.Bila nampak je laut dia sebut air, air .. Bu air. Hihi sy tersenyum. sy terang pd dia tu laut syg. Lepas tu br la dia sebut laut. Kalau ada lori ke kereta ke yang halang pandangan dia nak tengok laut dari dlm kereta tu, dia akan sebut "Tepi,tepi". Comel. Tapi bila pergi ke pantai tu nak main air, penakut budaknya. Main sikit2 je. Pastu asyik nak berkepit, takut nak main sendiri2. Overall seronokla. Mandi manda di kolam hotel jugak. Kolam hotel tu anak saya seronok sebab pakai pelampung dan kiteorg bawak bola sekali tuk dia main. Happy sesgt dia main bola dalam air.Bila suruh keluar dari kolam tu nak balik bilik hotel balik, dia geleng2kan kepala dia."Tak mau, tak mau" katanya. Tapi bila dah puas main, dia naik jugak akhirnya.Gambar takda sebab mostly amik guna handphone hubby.
Mandi kolam
2minggu lepas, kak ipar saya ada belikan kolam mandi ni dari Toys 'r' us. Nak pam kolam ni punya la lama sebab dia besar. Tapi bila dah siap cantik, kolamnya, boleh pancutkan air lagi dekat bahagian atasnya. Ada gelongsor semua and of course yang paling excited ialah budak2. Adik ipar dan anak-anak sedara la yang paling happy. seronok betul la mereka mandi mana tu. Ni kiteorg pasang dekat umah ayah mertua saya.
Tengok belakang tu ada taman permainan. Hihi. Sebenarnya playground tu kak ipar saya punya. Dia buka taska di Kajang. Tapi baru2 ni tuan rumah taska tu nak balik rumah dia. So dia pun terpaksalah keluarkan semua barang2 dari taska dia tu. Most of them dia jual. Cuma ada la a few things yang dia tak dapat nak jual seperti playground yang besar tu. Nasib baik la rumah ayah mertua saya ni luas jugakla halaman dia. Bolehla letak. Kira private playground la ni. Hihi. Anak saya memang suka kalu singgah rumah ayah mertua saya tu.
Warna kolam ni ceria betul
Ada bola dan aksesori sampingan yang disertakan bersama kolam tu. Syok lagila budak2 tu main.
Ni muka anak saya yang tersgt happy. Seronok main gelongsor2 ni. Apatah lagi dalam air. Lagila suka.
Pakai seluar biasa je. Ibu dia lupa nak bawak swimming trunks.
Ni anak kak ipar saya, Maryam namanya. Tapi sebab kakak dia pelat, jadi Mayam bunyinya.
Happening betul hari tu. Mak mertua saya pula kebetulan masak sup gear box. Fuhhh sedap betul. Masa nak setting kolam ni awal2 tun nak kena tunggu kolam habis dipam dulu so, saya melantak sup gear box tu dulu. Memang terbaikk! Sambil2 tengok budak2 ni main kiteorg ahli keluarga yang lain duduk kat tepi2 halaman sambil makan budah dengan colek rojak buah. Sedap betullah.
Masterchef
Hari ahad lepas, adik beradik husband saya datang lepak kat rumah kiteorg. Saya masak nasi ayam utk mereka. As for dessert saya masak sagu dengan air gula serta santan. Ini dessert kesukaan saya..Saya belajar dari mak mertua saya. Tak pernah makan dessert ni sebelum ni. Tengok mak mertua saya buat, sedapla pulak. Nak buat pun senang.
Kemudian yang jadi acara masterchef nye pulak sebabnya kak ipar saya teringin nak makan daging Wellington rendang ala masakan Chef Norman dalam TV tu. Bersemangat mereka bawa bahan2 yang diperlukan utk memasak tu. Daging batang pinang 500gm, RM100 lebih derang beli. Wow! Ni kalau tak sedap masak ni tak tau la.
So lepas dah relax2 sekejap selepas makan nasi ayam saya masak tu, so mula la acara masak memasak di dapur. 3, 4 chef semuanya dalam dapur tu. Masing2 tolong potong la, goreng la dll. Husband saya tolong jaga bebudak kat depan. Husband kak ipar pun masuk dapur tolong. Kira ni acara memasak berkumpulan masterchef hahaha.
Leceh jugak nak buat resepi tu ya. Kena ikat la daging tu, perap, buat sos, bakar, buat pastri dll. Fuhh kiteorg kata ni memang fail la nak masuk masterchef ni. Masak lebih dari satu jam... hihi. So hasilnya inila dia tara!!...
Ini hasil selepas keluarkan dari Oven.
Daging ni dibaluti dengan pastri
Bolehla kan.. ni rupa selepas dah potong. Bila nak potong tu dia memang rapuh. Tapi gambar yg Chef Norman buat tu lagi lawa la. Memang kena ada skill yg tinggi la nak buat cantik2.
Sambil2 masak daging tu kiteorg buat Tiramisu. Tak ambil la pulak gambarnya tapi okla rasanya.
Sebelum ni pernah buat acara masak memasak ni jugak. Kiteorg masak ayam turkey. Seekor gedebuk dalam Oven tu. Tapi sedap la. Berbaloi jugak la saya beli Oven yang mahal tu. Masak ayam turkey tu pun tak payah nak terbalik2 kan. Just set menu dan tekan start
Lepas ni nak buat resepi apa pula ya..
No comments:
Post a Comment