Wednesday, 4 January 2012

Welcome 2012

Bila orang sebut pasal tahun baru mesti orang akan sebut apakah azam tahun baru pula. Hmm bagi saya ntahla sebab tiap2 tahun macam tak ada azam yang tertentu je. Just go with the flow I guess. Ada rezeki grab , takde cari jalan lain cam tu la kot. Dan saya ni macam tak ambil sesuatu tu secara serius sangat. Macam entry pasal rumah saya sebelum ni pun. Rumah saya tu kan nak ajak orang datang umah pun segan benarnya sebab rumah tu macam kosong. Perabot kurang. hihi. Mula-mula masuk rumah tu lagi la sofa kat ruang tamu bawah pun takde. Ada meja makan kecil je, sebab dulu duduk umah apartment so, perabotnya pun comel2 je. So bila pindah rumah 2 tingkat ni semua nampak kecil dan rumah pun sampak kosong. Dinding pun berlubang2 sikit sebab kesan tuan rumah sebelum ni gantung gambar etc kat dinding. Saya  tak gantung satu apa pun.

Mainan untuk anak saya pun saya tak beli pun sampailah umur dia setahun lebih kot barula beli satu mainan yg ada music2 sikit bila tekxan untuk Aliff.. Sebelum tu memang tak beli pun. Pakai orang bagi punya je. Saya dengan husband sama je senpoi je. Saya ada SLR punya kamera ( beli sebelum balik dr Jepun dulu), ada video cam ( free gift bila beli TV), ada ipod sampai 2.... tapi kan semuanya tak guna sgt pun. Perangai saya n husband sama je. Malas nak explore. Tak rajin nak download lagu ke movie ke. Nak guna kamera yg besar SLR tu pun leceh. Rugi je beli kan.


Tahun 2010 dulu baru bersalin anak first so semuanya macam kelam kabut n banyak focus pada anak saja,

So sepanjang 2011 ni setelah ada seorang anak, anak pun dah besar sikit, saya n hubby pun makin kenal each other. Keserasaian tu makin bertambah. Dan perangai masing2 pun dah faham sgt dah. Haha. Kenal sebagai suami dengan kenal sebagai kekasih semasa bercinta dulu lain tau.

So 2012 ni pula diharap hubungan kami sebagai suami isteri akan terus utuh. Semoga keluarga kami akan terus dirahmati-Nya. Banyak yang ingin saya ucapkan syukur kepada-Nya di atas rezeki dan anugerah yang Allah kurniakan kepada kami sepanjang 2011 ni:

1. Aliff membesar dengan sihat
2. Saya berjaya mengambil sijil untuk menjadi guru bahasa Jepun di Japan Foundation
3. Sudah genap setahun kerja sebagai guru bahasa Jepun dan suami pun dah genap setahun kerja di tempat baru.
4. Berjaya menghasilkan buku teks bahasa Jepun.
5. Beli rumah
6. Hidup mak saya pun makin happy dengan kehadiran cucu baru.

So, pelan seterusnya untuk 2012

1. Nak terbitkan lagi buku.
2. Buat penyelidikan mengenai bahasa Jepun lagi
3. Sambung belajar Master!!!
4. Anak second?????

So pelan di atas tu pun sebenarnya bukannya azam pun.haha kalau ada rezeki adalah tu. hihihi. Tak mahu take something so serious nnt tak enjoy.Cuma bab nak sambung belajar tu memang dah kompem. Dah daftar dah pun amik Master of Applied Linguistics ( bi)

Jadi 2012 memang akan BUSY!!!

No comments:

Post a Comment