Ada sesiapa berminat nak belajar bahasa Jepun tak?
Untuk kursus pengukuhan nak ambil JLPT pun boleh.
Boleh hubungi saya di alamat email ini. sakura_star84@gmail.com
RM50 satu sesi (1 jam setengah) kawasan Bandar Baru bangi. near stesen KTM UKM.
019-3382443 whatsapp first (selalu x angkat kalau no x kenal).
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, 24 August 2016
Wednesday, 4 January 2012
Welcome 2012
Bila orang sebut pasal tahun baru mesti orang akan sebut apakah azam tahun baru pula. Hmm bagi saya ntahla sebab tiap2 tahun macam tak ada azam yang tertentu je. Just go with the flow I guess. Ada rezeki grab , takde cari jalan lain cam tu la kot. Dan saya ni macam tak ambil sesuatu tu secara serius sangat. Macam entry pasal rumah saya sebelum ni pun. Rumah saya tu kan nak ajak orang datang umah pun segan benarnya sebab rumah tu macam kosong. Perabot kurang. hihi. Mula-mula masuk rumah tu lagi la sofa kat ruang tamu bawah pun takde. Ada meja makan kecil je, sebab dulu duduk umah apartment so, perabotnya pun comel2 je. So bila pindah rumah 2 tingkat ni semua nampak kecil dan rumah pun sampak kosong. Dinding pun berlubang2 sikit sebab kesan tuan rumah sebelum ni gantung gambar etc kat dinding. Saya tak gantung satu apa pun.
Mainan untuk anak saya pun saya tak beli pun sampailah umur dia setahun lebih kot barula beli satu mainan yg ada music2 sikit bila tekxan untuk Aliff.. Sebelum tu memang tak beli pun. Pakai orang bagi punya je. Saya dengan husband sama je senpoi je. Saya ada SLR punya kamera ( beli sebelum balik dr Jepun dulu), ada video cam ( free gift bila beli TV), ada ipod sampai 2.... tapi kan semuanya tak guna sgt pun. Perangai saya n husband sama je. Malas nak explore. Tak rajin nak download lagu ke movie ke. Nak guna kamera yg besar SLR tu pun leceh. Rugi je beli kan.
Tahun 2010 dulu baru bersalin anak first so semuanya macam kelam kabut n banyak focus pada anak saja,
So sepanjang 2011 ni setelah ada seorang anak, anak pun dah besar sikit, saya n hubby pun makin kenal each other. Keserasaian tu makin bertambah. Dan perangai masing2 pun dah faham sgt dah. Haha. Kenal sebagai suami dengan kenal sebagai kekasih semasa bercinta dulu lain tau.
So 2012 ni pula diharap hubungan kami sebagai suami isteri akan terus utuh. Semoga keluarga kami akan terus dirahmati-Nya. Banyak yang ingin saya ucapkan syukur kepada-Nya di atas rezeki dan anugerah yang Allah kurniakan kepada kami sepanjang 2011 ni:
1. Aliff membesar dengan sihat
2. Saya berjaya mengambil sijil untuk menjadi guru bahasa Jepun di Japan Foundation
3. Sudah genap setahun kerja sebagai guru bahasa Jepun dan suami pun dah genap setahun kerja di tempat baru.
4. Berjaya menghasilkan buku teks bahasa Jepun.
5. Beli rumah
6. Hidup mak saya pun makin happy dengan kehadiran cucu baru.
So, pelan seterusnya untuk 2012
1. Nak terbitkan lagi buku.
2. Buat penyelidikan mengenai bahasa Jepun lagi
3. Sambung belajar Master!!!
4. Anak second?????
So pelan di atas tu pun sebenarnya bukannya azam pun.haha kalau ada rezeki adalah tu. hihihi. Tak mahu take something so serious nnt tak enjoy.Cuma bab nak sambung belajar tu memang dah kompem. Dah daftar dah pun amik Master of Applied Linguistics ( bi)
Jadi 2012 memang akan BUSY!!!

Friday, 7 October 2011
Sudah siap!
Seperti yang dimaklumkan sebelum ni saya sudah menerbitkan buku bahasa Jepun yang akan digunakan oleh pelajar di universiti saya ni. So inilah hasilnya tara....
![]() |
| sorry blurr, hp saya ni pixel dia tak cantik sgt. |
![]() |
| Sebahagian dari bahagian membaca di dalam buku ini.Comel kan lukisan dia credits to the illustrator http://mewgoesthewolf.blogspot.com/ Thanks so much sherry di atas pertolongan dan usaha gigih ko siapkan gambar2 dalam buku akhirnya berjaya gak buku ni disiapkan.Sapa nak hire dia bolehlah gi kat blog dia.Currently dia ada di Bristol,UK.Boleh contact through email shj. Sgt proffesional. Layout, page design semua dia yg buatkan.Sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja dia. My Best Friend Ever!!!! Rindu la kat ko cepatlah balik sherry. |
Sunday, 25 September 2011
Convocation day
Ni first time merasa pakai jubah utk convo. Tara..
So nilah gambar2 dr convo day at my university. Hehe.. tenaga pengajar semua kena pakai jubah dan berarak masuk dewan jugak tengok student ambil sijil. Tengok students ucap terima kasih pada tenaga pengajar dan lecturer pun ucap tahniah pada students macam terharu pulak..hihi. Bukannya apa terasa yang kerja saya di sini sebagai pendidik besar tanggungjawabnya.
Di Jepun takde majlis2 cam ni.Majlis dia simple saja. Wakil kelas seorang je yang naik pentas ambil sijil tuk setiap kursus. Pastu habislah. Sekejap je majlisnye.
![]() |
This is me with my ex-boss Sekarang ni dia dah naik pangkat.Dia banyak membantu dalam memberi nasihat dalam penyelidikan. |
![]() |
| Ambil berkat dari org yg dah grad master neh. Cikgu Bahasa Thai. Dia ambil bidang Linguistik.Tengah mengandung anak ke-6. Naik pentas ambil sijil dengan beby dlm perut..hihi cute. |
![]() |
| Cikgu bahasa Jerman. Sama background. Belajar lain kerjanya bidang lain..hihi. But we are happy here teaching foreign language. Suka tengok dia bercakap dgn anak dia dlm bahasa German. |
![]() |
| Saya bersama cikgu bahasa Perancis ( tengah ) dan Lecturer English Literature |
So nilah gambar2 dr convo day at my university. Hehe.. tenaga pengajar semua kena pakai jubah dan berarak masuk dewan jugak tengok student ambil sijil. Tengok students ucap terima kasih pada tenaga pengajar dan lecturer pun ucap tahniah pada students macam terharu pulak..hihi. Bukannya apa terasa yang kerja saya di sini sebagai pendidik besar tanggungjawabnya.
Di Jepun takde majlis2 cam ni.Majlis dia simple saja. Wakil kelas seorang je yang naik pentas ambil sijil tuk setiap kursus. Pastu habislah. Sekejap je majlisnye.
![]() |
| Baju semasa graduation day di Japan Finally dah habes study dah!! Hurm lepas ni bila pula yek nak sambung belajar.. ( x _ x ")??? |
Tuesday, 6 September 2011
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya dan ampun maaf dipohon kepada anda semua sekiranya ada tersalah kata atau ada kesalahan yang telah dilakukan.
Saya dah start kerja balik Isnin hari tu.Then terus busy buat preparation tuk next sem punya kuliah. Disamping tu saya busy menyiapkan buku yang bakal digunakan dalam kelas nanti.Buku tu dah siap dah tinggal nak gi printing je.Alhamdulillah buku tu siap juga akhirnya.Sibuk betul lately menyiapkan buku tu.Tapi bila dah tengok hasilnya semalam seronoknyaaaa tak terkata..Yela buat buku yg nama kita ada sebagai pengarang tu.Selalunya tengok kat kedai buku je, n belek buku org lain je.Yang ni buku yg dihasilkan oleh diri sendiri.HIhii syok2.Semalam derang print satu salinan dulu tuk saya check kalau2 ada kualiti printing tak bagus.Yang mana yg tak ok tu saya dah check n inform derang.So far so good.
At last otakku boleh fokus pada pengajaran pula lepas ni..zaman dulu dan sekarang dah lain.Sekarang ni tenaga pengajar sudah banyak kerjanya bukan setakat mengajar je.penyelidikan pun kena buat.Bagi saya, ok la tu kot.At least tak la bosan sgt.Ye la kalau dah mengajar benda yg sama sampai 10 thn la cthnya.Tak ke bosan.At least ada penyelidikan ni bolehla menambah ilmu lagi.Mak saya pun sibuk buat research jugak.Dia kata mula2 mmgla tak reti nak buat research ni.Nak publish journal ke apa, tapi lama-kelamaan dah biasa kerja tu jadi laju la.
Sikit2 lama2 reti la.
So cerita hari raya tak banyak sgt.Saya beraya di bandar saja tahun ni.Sejak nenek saya sakit kencing manis dan kakinya kena potong, nenek tinggal di sini saja.Di sini ada pakcik,maknjang, dan adikberadik mak yang lain semuanya ada di kwsn sekitar ni je.Boleh tengok-tengokkan nenek.So nenek dah tak duduk kat kg dah.Rumah kat kg tu terbiar saja.Rindu suasana raya di kg.Kg saya tu kat Perlis, padang besar.Mmg dekat sgt dengan sempadan siam.10 minit je kot.Mmg kalau balik kg habis duit.Sebab duk bershopping kat arked kat kg tu.Byk brg dr Siam.Toto, kuali, baju, kain batik, mcm2 lagi la ade semuanya kat situ.Selalu kalau org nak kawen byk beli brg doorgift kat situ jugak.Murahla katakan.Tapi sekrg ni tak tentu jugak kdg2 beli kat bandar lagi murah or sama je harganya sebab saingan sudah byk kat bandar ni.
Perasaan beraya kat bandar...hurmm...
Sejak saya balik dr Jepun, mmg dah kena beraya kat bandar.First year tu mmg terasa betul meriahnya dah hilang.Then raya seterusnya beraya kat kg husband di Kedah.Kg husband tu pun semua berkumpul sebab nenek husband saya di situ.Dia tinggal dengan pak long husband saya.Rumah parents husband saya satu kawasan je dengan tempat tinggal saya sekrg,so tiap2 minggu boleh gi jumpa mak mertua.No problem.
So raya tahun ni saya beraya dengan mak saya di Shah Alam je.Mula2 rasa memang bosan dan takde feeling sgt,tapi kan kalau bukan kita yg start tradisi kemeriahan beraya tu siapa lagi kan. Nanti kang anak2 pun turut bosan je nak sambut raya pulak.So kita as parents la yg kena bg meriah raya ni.Hihi. So first raya melawat maknjang saya di Kelang.Jumpa nenek saya. Then raya kedua pergi ziarah kawan2 yg duduk di kwsn bandar juga.Ok la not so bad.
Jalan raya tu jgn cakapla mmg lengang sgt.Federal tu fuhh lancar sungguh.
Walau dimana pun kita beraya, niatnya sama je nak ziarah dan menziarahi serta bermaaf-maafan.
Ok la tu.Tahun depan raya di Kedah pula.
Owh time puasa hari tu saya ada pergi ke Kedah sebab ikut mak saya ada buat research di UiTM kedah.
Kami tinggal di Hotel Swiss Inn di Sg.Petani. Saya tak pernah lagi sampai ke Sg.Petani tu.Tu baru first time.Happening jugak Sg.Petani ni.Siap ada mall besar lagi tu. Hotel yg kami duduk pun best. Walaupun time puasa, buffet sahur pun disediakan. Breakfast buffet pun ada jugak tuk anak saya.Time sahur2 tu manalah anak saya tu bangun lagi kan.So naseb baik boleh bagi anak saya makan time breakfast buffet tu.
Layanan dia pun ok.
Ajak si kecik tu mandi kolam.Penakut betul budak tu.Last2 mandi dalam bathtub je.Dalam bathtub dia suka. Menjerit2 dia keseronokkan.Anak happy ibu dia pun happy jugak la kan.Hihi. Husband saya tak ikut time tu kena kerja.So saya dan mak je yg duk kat hotel tu. Syok jugak dapat berjalan2 dengan mak ni.Dah lama tak spend time dengan mak sgt.
Overall ,Sg.Petani ni not bad nnt tahun depan kalau beraya kat kg husband bolehla ajak gi Sg.Petani. Kawan mak saya kata di situ ada The Carnival yg macam Sunway Lagoon tu punya tempat main air2.Menarik tu..Boleh bawak anak kecil saya tu.Time tu dah besar sikit bolehla kot nak bawak dia.
Dah alang2 pergi Kedah kan, singgah kat Perlis jap ari tu.Tidur umah Pak Long saya yang hanya beberapa meter je dari rumah nenek saya dulu. Sempat gak la gi shopping kat arked tu n tengok2 rumah nenek .Tengok dr luar je rumah nenek tu.Sayang sgt sebab tak dijaga dengan elok.Rumah tu baru je rennovate dulu..tapi sekrg dah terbiar cam tu je.Hurmm memang tak dijangka. Itulah ketentuan Tuhan, bila-bila saja Dia boleh menukar rancangan kita.
Tapi nenek ada dekat dengan kiteorg lagi senang untuk dia dan kami jugak nak tengok2 kan dia.
Okla dah panjang bebelan kali ni semua topik saya campur..agak lari dr tajuk pun ade jugak rasa.Apa2 je la..hihi Selamat Hari Raya sekali lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)