Wednesday, 2 November 2011

Kesihatan

2 tiga menjak ni kesihatan asyik terganggu. Saya mempunyai cyst di bhg bahu. It is just a small cyst yang tak sakit dan hanya ketulan sahaja. Cyst ni sebenarnya ketulan darah sahaja. Its not cancer or something yg merbahaya. Tapi ianya kena buang kalau kena infection. So al-kisahnya cyst saya tu kena infection dan membengkak sikit macam bisul tu. Sakit betul, bedenyut2. So kena bedah. Tapi sebelum nak bedah doc bagi ubat antibiotik yg kuat dulu bg ketulan dia kecut sikit dan kwsn yg kena infection tu tak besar sgt.Kalau tidak kawasan yg kena bedah tu pun besar jugak nanti.

So after makan antibiotik selama 4 hari ,pergila cuma doc balik. Then doc decide bedah je sebab size tempat yg kena infection dah kecik sikit. So buatla minor operation. Saya buat ni kat klinik je. Klinik tu bagus. Lagipun its a minor operation. Bila bedah tu doc guna bius so tak terasa sgt. Just rasa sakit time nak cucuk jarum tu je la.Bila ubat bius tu dah jalan tak rasa pun. So doc pun buangla cyst dan kawasan yg kena infection tu. Kiranya berlubanglah bahu ku sekejap. Doc tunjuk bhg tempat bedah tu kat saya melalui cermin..hihi kalau boleh sy tak mo tengok.takut.. so doc dah nak tunjuk so tengok je la.. ingatkan operation just buang surface cam tu je. mmg berlubang la jugak bahu ku ni. ala besar lubang dia macam besar duit 20 sen cam tu la dan jauh ke dalam. ngeri gak la..haha

balik dr buat operate tu siap drive kereta balik umah lagi. so lepas tu makanla pain killer doc bagi. sebab luka operate tu dia tak jahit balik.Memang dia biarkan bahu tu berlubang dan nnt akan ada daging baru yg akan tumbuh balik dan akan jadi seperti biasala kulit tu. Tak ada parut semua.Doc tu bg saya pain killer yg kuat. Saya dah cakap dah yg saya ni ada sakit gastrik. Tapi doc tu bg jugak pain killer kuat tu sbb saya ni kan baru lepas operation dan bahu tu pun berlubang so kalau makan pain killer biasa takut tak boleh cover sakit tu nnt.

second day after operation tu kena pergi balik klinik tu sebab luka tu kena cuci tiap2 hari supaya daging yang tumbuh pun akan jadi elokla. Time operation tak sakit sgt sbb pakai bius bila time nak cuci ni ha mak aihhh pedihnya bila dia cuci.Lagi2 bila letak iodin tu fuhhh meresap jauhh ke dalam rasa pedihnya. Tapi time ni ok lagi sebab tengah makan pain killer kan sakitnya pun bolehla tahan. Selepas 2 hari cam tu makan pain killer yg doc tu bagi, saya kena sakit gastrik yg agak teruk sampai tak boleh tido malam. Saya memang ada gastrik tapi tak pernahlah pulak sakit perut cam tu sampai nangis2 la. Malam tu mmg tak boleh tido langsung memulas2 dan pedih sesangat perut ni. So saya stop makan pain killer tu n doc bagi ubat gastrik bertimbun2.Tapi biasala kalau once dah kena gastrik ni apatah lagi yg teruk punya memang lambat nak baik.Aduhh... memang rasa macam sakit contraction nak beranak pun ada sebab perut tu dia menyucuk2 je sepanjang masa.Kejap datang ,pastu kejap hilang sakitnya. Memang macam nak beranak da..

So sebab saya dah stop  makan pain killer, bila gi klinik nak cuci luka operate tu pun kena tahanlah sakit pedihnya.Tapi kan sebab perut saya pun time tu pun sama naik sakitnya.. macam dah imun pulak dengan rasa sakit. Bahu dan perut sakit serentak.. hurmm selawat je la banyak2.Banyak kot dosa aku ni. Time2 sakit ni la baru nak banyakkan selawat.. insaf2.

Semalam adalah hari terakhir saya pergi klinik tu tuk cuci luka. Luka dia dah kecik dan boleh cuci sendiri kat rumah.Lama jugak la saya berulang alik ke klinik tu sebelum tu. dekat 3 minggu gak lah setiap hari gi sana.Naseb baik company husband ku tu boleh cover semua perbelanjaan.Kalau dulu keja kilang mak aii sekali pergi klinik dah berapa kena charge. Ubat2 yg doc bagi pun semuanya yang mahal2 belaka.
Alhamdulillah ...walaupun Allah memberikan dugaan sakit ni pada saya ,at least bebanan pembayarannya saya tak tanggung. Ok la tu. Kalau nak fikir2 balik macam mana la dengan orang lain yang dahlah sakit duit habis pulak tu kan. Insaf2...

Saya sempat bertanya pada doc tentang masalah saya ni. Doc kata cyst terjadi mungkin salah satu sebabnya ialah darah kita kotor. Saya pun tanyalah doc dengan lebih lanjut kan,ye lah kalau darah kotor macam mana nak cuci. Takkan setiap kali kalau ada cyst dan kena infection kena buang. Aduiii sakitnya.
Doc kata kalau darah kita terganggu dan terkumpul ia bermakna sistem pengangkutan nutrien dalam badan kita tak ok. Bukankah darah membawa nutrien dan zat2 ke seluruh badan kita.
So doc tu advise supaya ubah cara pemakanan.

  1.  Jadi doc kata kalau org macam saya ni memang tak boleh makan berminyak, kalau makan makanan yang bergoreng tu tak boleh guna minyak yang banyak kali dah digunakan. Sekali goreng ayam, minyak tu dah kena buang.Tak leh recycle. So elakkan makan luar banyak sangat. ye la kita kan tak tau macam mana cara derang masak.
  2. Makan banyak sayur-sayuran. Contohnya salad yang boleh membuang toksin dalam badan. Makanan yang banyak mengurangkan toksin dalam badan ialah buah-buahan seperti belimbing.Green tea juga merupakan satu minuman yang bagus untuk membuang toksik2 dalam badan.
  3. So doc pesan makan makanan yang berkhasiat sahaja. Doc kata umur saya yang masih muda lagi ni tak elok ambik supplement macam kapsul ke jamu ke lagi. Amik makanan yang semulajadi dan salah satu yang doc syorkan ialah makan kiwi warna kuning tu.Kandungan vitamin c dia lebih tinggi dr buah oren.Cuba buat smoothies ke. Blend sayur-sayur dengan buah2.Kalau rasa tak sedap boleh tambah yogurt. Jadikan amalan harian.Harganya mahallah sikit nak beli bahan-bahan cam tu tapi, doc kata basically benda yang berkhasiat ni mahal harganya.Cth salad tu kan sayur biasa je kalau gi makan kat kedai tu harga dia 5,6 ringgit. Tapi tu la kita kena bijak melabur untuk masa depan.Kalau dah sakit ni ha tak ke lagi byk kena keluarkan duit.

Saya rasa bersyukur jugak la dapat sakit sekarang supaya boleh beringat2 sebelum tua nanti. Lagi satu yang penting kena bersenam.Hihi ni la part yang malas sekali. Kena mula sikit demi sedikit dari sekarang.

No comments:

Post a Comment