Salam semua,
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana saya dah selamat melahirkan anak yang kini sudah pun berumur 6 bulan. Nak start makan bubur pun. Cepatnya masa berlalu, tapi ngilu rasa sakit nak bersalin tu masih terasa.hihi trauma2. Bukannya apa kali ni proses nak bersalin cepat. tak sempat ubat pain killer tu nak berjalan sudah mau bersalin. Tips kalau nak bersalin kat Hosp pantai kena terus bagitau nurse yg you ni jenis bersalin cepat so suh depa panggil doc2 mai awal2.
Bukaan saya 5cm ke 9 cm tu dalam 20 mins je. bayangkan dah 9 cm baru nak panggil doc yg baru nak bertolak dari rumah..haiyaaa...silap saya jugak yg tak bertegas sikit cakap yg SAYA SUDAH MAU BERSALIN!!.. hihi. bayangkan dah bukak 9cm suruh hold jgn teran.sebab doc x sampai lg...alahaiii memang sakitnya tak terkata. Saya rasa kalau doc dtg cepat sikit mungkin proses nak bersalin tu x sakit sgt. Push sikit je dah keluar beby. So saya masih lagi trauma nak bersalin buat masa ni.
Cuma alhamdullilah sebab luka lepas bersalin tu x teruk sgt. So nak recover pun cepat sikit. Nasib baik dipermudahkan-Nya sebab saya berpantang sorang2. Mak mertua dan mak saya dua2 masih busy kerja. Inilah nenek zaman millenium. Nak jaga cucu pun x de masa. Dah la tu sekrg ni pun kalau nak pencen sampai 60 thn. memang kejamm!!! Agaknya masa zaman saya pun macam tu. Nak jaga cucu sendiri x de masa.
So far semuanya ok. Anak2 yg penting semuanya sihat.Ini ada perkara yg nak share pasal
Breastfeeding:
Anak kali ini saya berjaya fully breastfeed. Yaaay! Tapi memang harus tabah dalam nak susu badan ni.Anak saya kena demam kuning pula tu. So duk kat hosp lama. almost seminggu. Tapi hosp private kan, so memang bahagia.hihihi. anak depa mandikan semua. ada menu makanan tuk org berpantang pula tu. mandi pun air panas. ada water heaterla katakan. cuma tak larat duk hospital sebab beby duk bwh lampu UV tu. kena monitor selalu. kalau dia tidur lama sgt kena bangunkan sebab takut dehidrated duk bwh lampu tu panas.
Kalau anak demam kuning kalau boleh time anak tidur kita pam susu. Nak tahu caranya: pam guna tangan aja...hahaha. sebab susu masih x byk waktu tu. try guna breast pump tu tapi sikit je yg keluar dan byk bertakung kat corong2 dan lekuk2. Rugi2. so pam tgn je. bayi hanya perlukan 30ml shj!!
Jadi pam guna tgn. memang lenguh. tapi dalam sejam boleh dpt 20-30 ml. Kita kena breastfeed direct juga pada bayi, tapi kalau dah sejam lebih dok nyot-nyot tak habis2, macam mana nak elok sebab x duduk bawah UV punya lampu tu. So kita susukan dia dulu, kalau rasa x kenyang, bagilah dia susu yg kita pam tu. dpt 10 ml pun x pe yg penting kita tau dia dah minum.
Hosp private nila bagus. Depa rajin melayan. dapat pam 10ml pun derang simpankan susu tu tuk kita dalam peti ais dan bila nak bagi pada bayi depa berikan guna cawan khas.Dengan cara ni beby tak selalu bergayut dengan kita, dan kita pun boleh berehat. Bila menyusukan anak buat minggu pertama ni banyak dugaan. Nipple crack la apa la. memang cam tu. Tapi jgn risau sebab lepas tu beby akan biasa dengan kita dan kita pun dah tau cara nak breastfeed dengan betul.
Kalau nipple crack saya syorkan sapu Bepathen. Bayi boleh telan losyen tu. Jadi selamat utk ibu dan bayi. So far inilah losyen yg saya rasa cepat heal. Bila beby hisap pun tak rasa sgt. Dulu try juga vaselin dan jenama apa ntah tapi x berkesan sgt. Beepathen tu berkesan cuma takdelah ko letak hari ni esok dah baik. 2,3 hari pas tu ok la. Bila dah terror breast feeding tu sakit pun dah berkurang.
Anak yg first tu ada pakai nipple protecter. Bila susukan anak, dia ada silikon tuk lindungi kulit kita daripada gusi bayi yg tajam tu. Tapi kalau nak bergantung pada ni nanti anak kita pun dah terbiasa dgn rasa plastik tu dan tak nak hisap direct tanpa shield. So leceh nak gi mana2 nak kena pakai sebelum bagi susu pada bayi. Jadi kali ni saya tak pakai, just sapu Bepathen dan tahan jela rasa sakit sikit. Tapi tak lama 2,3 minggu dah ok dah. dah tak sakit n beby pun dah pandai hisap.
sampai sekarang beby saya masih bergantung pada susu ibu. saya nak puji diri sendiri sikitlah sebab berjaya.hahaha. bukan senang tau. kena ada motivasi yg tinggi. Pam susu malam2, bangun pagi pukul 4,5 semataa-mata nak buat stok susu. Sekrg ni dah busy so x sempat sgt.
tips nak stok susu:
Mulakan awal. Sebulan lepas bersalin dah start stok susu. Pam awal2 pagi subuh2 cam tu dan bila2 rasa breast penuh. Saya ni memang tak rajin pam, tapi saya akan wajibkan diri saya pam pukul 5,6 pagi. sambil tu tgk tv la kan so tak bosan sgt. jadi satu hari akan dapat satu botol ,sebulan buat ada 30 botol. jadi sebelum saya start kerja ada 30 lebih botol stok dalam fridge. Bila dah masuk kerja pam waktu kerja jugak tgh hari dan ptg. Pam waktu pagi pun diteruskan akalu beby tak meragam malam tu. Kalau beby menyusu sepanjang malam, pagi tu susu kita pun kurang. Dependla nnt korang dah cuba baru tau time bila korang rasa susu korang penuh, pamla time tu.
Saya guna cara cam tu alhamdulillah dah 6 bulan saya berjaya menyusukan secara ekslusif anak saya. Sekarang dia dah makan so x de la pressure sgt stok susu x de.
Namun saya faham anak lelaki dan perempuan berbeza. Anak saya kali ni perempuan so x byk sgt minum susu. Saya simpan stok satu botol 60ml shj. Org kata kalau kita pam susu kita kalau ada 60 ml shj mmg byk tula yg beby minum. Payudara kita akan keluarkan jumlah susu yg beby minum. so jangan putus asa kalau kita pam susu tak dpt 120ml ke.
tips dia nak tau beby kenyang tak, tgk tahi dia. kalau lepas 3,4 minggu tahi dia kuning dan air kencing dia byk so cukup la tu dia minum. Jangan tengok dia kerap menangis ke tak. Yang tu tak leh dijadikan ukuran sbb beby menangis atas macam2 sebab. Perut kembung ke apa ke. Jadi kalau pampers dia berat(30ml punya ammount) dan berak pun ok....cukupla tu susu kita.
No comments:
Post a Comment