Cuti yang panjang hari tu saya dan keluarga kakak ipar saya pergi bermandi manda di kolam air panas dekat Perak. Di Perak dengar kata ada macam2 tempat hotspring ni. Tempat yang saya pergi ni tidak kurang hebatnya. Nak masuk bayar RM12 rasanya. Ada kolam terbuka mandi manda ramai2 dengan private room.
Kami bertolak seawal 6:45 pagi ke Perak nuh. Sampai kol 8 lebih cam tu then terus masuk ke kolam private tu. Harganya RM75 /jam. Kami masuk sejam je. Tempat dia sgt selesa. Ada tempat persalinan, tandas, kipas, shower, and off course Jakuzi. Mmg membuak2 airnya. Sangat best , dan selesa.Tapi kami ni tersilap plan. Sepatutnya kami masuk private kolam air panas tu lepas mandi manda di kolam public dulu. Ntah tak terfikir pulak time tu. Kakak ipar kata dulu masa tempat tu baru buka, bayaran dia tidak ikut per hour. sekarang ni dah lain. Dulu sekali masuk, ko nak rendam lama mana pun tak pe dalam private onsen (Hot springs) tu.Biasala bila dah terkenal dan ramai pengunjung, harga pun dia dah ubah.
Kolam air panas yang public punya tu kami tak pergi.Selepas sejam mandi manda dalam private onsen tu kami pergi ke kawasan kolam yang ada air pancut, gelongsor macam kwsn ala-ala Taman Desa Waterpark tu.Tapi air dia tak panas la. Dia ambil air dari sungai. Sejuk airnya. Cuma mandi kat situ saya tak berkenan. Sebab ianya air sungai, so it is not treated water. Memang airnya kotor, nampak jejentik ke ape ke yang berenang2 dalam air tu. Eiii geliii. kalau sungai tu tak pe lagi tau sebab air dia mengalir. Tapi kolam tu ,airnya dahla bertakung.Tak taula dia keluar balik ke sungai ke atau tak.. orang yang mandi pun ramai. Saya masuk sekejap je then terus keluar. Gelii2. Kakak ipar, husband n anak saya tu syok je main. Derang tak kisah.Tu je la kot yg tak best tentang tempat tu.Tapi kwsn tu ada byk lagi pilihan kalau tak nak masuk tempat mandi manda yang ada air pancut n gelongsor semua tu bolehla pergi ke public kolam air panas. Syok juga.
Tempat tu juga ada kolam utk rendam kaki. Ada byk la juga dia sediakan tempat utk rendam kaki di dalam kwsn tu. And ada tempat boleh masak telur lagi. Kakak ipar saya bwk roti n sedikit kari. Then dia bwk telur mentah2 tu. Sampai sana rebus telur, letak black pepper n buat la sandwich sendiri di situ. Itu jela makanan piknik kiteorg hihihi.
Cuti hari Raya Cina tu pun kiteorg gi mandi manda di Taman Desa Waterpark. Orang semua balik kg kan. So kiteorg yg kg nya sememangnya kat bandar ambil kesempatan la. Orang Cina memang sikit time tu. Jumlah pengunjung pun bolehla tahan. Kira boleh naik gelongsor air yang tinggi tu banyak kali la. Tak payah nak beratur panjang2. Best betul. Saya ni penakut kalau tempat tinggi2 ni. Roller coaster pun takut nak naik. Tapi kak ipar ajak jugak naik. Memang rasa geli betul kat perut bila gelongsor turun dari atas. Tinggi jugak n laju bila dah slide down tu.
Friday, 10 February 2012
Monday, 16 January 2012
Aktiviti
Pantai
Hari tu ada la kami pergi pantai. Anak saya la yang excited.Bila nampak je laut dia sebut air, air .. Bu air. Hihi sy tersenyum. sy terang pd dia tu laut syg. Lepas tu br la dia sebut laut. Kalau ada lori ke kereta ke yang halang pandangan dia nak tengok laut dari dlm kereta tu, dia akan sebut "Tepi,tepi". Comel. Tapi bila pergi ke pantai tu nak main air, penakut budaknya. Main sikit2 je. Pastu asyik nak berkepit, takut nak main sendiri2. Overall seronokla. Mandi manda di kolam hotel jugak. Kolam hotel tu anak saya seronok sebab pakai pelampung dan kiteorg bawak bola sekali tuk dia main. Happy sesgt dia main bola dalam air.Bila suruh keluar dari kolam tu nak balik bilik hotel balik, dia geleng2kan kepala dia."Tak mau, tak mau" katanya. Tapi bila dah puas main, dia naik jugak akhirnya.Gambar takda sebab mostly amik guna handphone hubby.
Mandi kolam
2minggu lepas, kak ipar saya ada belikan kolam mandi ni dari Toys 'r' us. Nak pam kolam ni punya la lama sebab dia besar. Tapi bila dah siap cantik, kolamnya, boleh pancutkan air lagi dekat bahagian atasnya. Ada gelongsor semua and of course yang paling excited ialah budak2. Adik ipar dan anak-anak sedara la yang paling happy. seronok betul la mereka mandi mana tu. Ni kiteorg pasang dekat umah ayah mertua saya.
Tengok belakang tu ada taman permainan. Hihi. Sebenarnya playground tu kak ipar saya punya. Dia buka taska di Kajang. Tapi baru2 ni tuan rumah taska tu nak balik rumah dia. So dia pun terpaksalah keluarkan semua barang2 dari taska dia tu. Most of them dia jual. Cuma ada la a few things yang dia tak dapat nak jual seperti playground yang besar tu. Nasib baik la rumah ayah mertua saya ni luas jugakla halaman dia. Bolehla letak. Kira private playground la ni. Hihi. Anak saya memang suka kalu singgah rumah ayah mertua saya tu.

Warna kolam ni ceria betul
Ada bola dan aksesori sampingan yang disertakan bersama kolam tu. Syok lagila budak2 tu main.
Ni muka anak saya yang tersgt happy. Seronok main gelongsor2 ni. Apatah lagi dalam air. Lagila suka.
Pakai seluar biasa je. Ibu dia lupa nak bawak swimming trunks.
Ni anak kak ipar saya, Maryam namanya. Tapi sebab kakak dia pelat, jadi Mayam bunyinya.
Happening betul hari tu. Mak mertua saya pula kebetulan masak sup gear box. Fuhhh sedap betul. Masa nak setting kolam ni awal2 tun nak kena tunggu kolam habis dipam dulu so, saya melantak sup gear box tu dulu. Memang terbaikk! Sambil2 tengok budak2 ni main kiteorg ahli keluarga yang lain duduk kat tepi2 halaman sambil makan budah dengan colek rojak buah. Sedap betullah.
Masterchef
Hari ahad lepas, adik beradik husband saya datang lepak kat rumah kiteorg. Saya masak nasi ayam utk mereka. As for dessert saya masak sagu dengan air gula serta santan. Ini dessert kesukaan saya..Saya belajar dari mak mertua saya. Tak pernah makan dessert ni sebelum ni. Tengok mak mertua saya buat, sedapla pulak. Nak buat pun senang.
Kemudian yang jadi acara masterchef nye pulak sebabnya kak ipar saya teringin nak makan daging Wellington rendang ala masakan Chef Norman dalam TV tu. Bersemangat mereka bawa bahan2 yang diperlukan utk memasak tu. Daging batang pinang 500gm, RM100 lebih derang beli. Wow! Ni kalau tak sedap masak ni tak tau la.
So lepas dah relax2 sekejap selepas makan nasi ayam saya masak tu, so mula la acara masak memasak di dapur. 3, 4 chef semuanya dalam dapur tu. Masing2 tolong potong la, goreng la dll. Husband saya tolong jaga bebudak kat depan. Husband kak ipar pun masuk dapur tolong. Kira ni acara memasak berkumpulan masterchef hahaha.
Leceh jugak nak buat resepi tu ya. Kena ikat la daging tu, perap, buat sos, bakar, buat pastri dll. Fuhh kiteorg kata ni memang fail la nak masuk masterchef ni. Masak lebih dari satu jam... hihi. So hasilnya inila dia tara!!...
Ini hasil selepas keluarkan dari Oven.
Daging ni dibaluti dengan pastri
Bolehla kan.. ni rupa selepas dah potong. Bila nak potong tu dia memang rapuh. Tapi gambar yg Chef Norman buat tu lagi lawa la. Memang kena ada skill yg tinggi la nak buat cantik2.
Sambil2 masak daging tu kiteorg buat Tiramisu. Tak ambil la pulak gambarnya tapi okla rasanya.
Sebelum ni pernah buat acara masak memasak ni jugak. Kiteorg masak ayam turkey. Seekor gedebuk dalam Oven tu. Tapi sedap la. Berbaloi jugak la saya beli Oven yang mahal tu. Masak ayam turkey tu pun tak payah nak terbalik2 kan. Just set menu dan tekan start
Lepas ni nak buat resepi apa pula ya..
Wednesday, 4 January 2012
Welcome 2012
Bila orang sebut pasal tahun baru mesti orang akan sebut apakah azam tahun baru pula. Hmm bagi saya ntahla sebab tiap2 tahun macam tak ada azam yang tertentu je. Just go with the flow I guess. Ada rezeki grab , takde cari jalan lain cam tu la kot. Dan saya ni macam tak ambil sesuatu tu secara serius sangat. Macam entry pasal rumah saya sebelum ni pun. Rumah saya tu kan nak ajak orang datang umah pun segan benarnya sebab rumah tu macam kosong. Perabot kurang. hihi. Mula-mula masuk rumah tu lagi la sofa kat ruang tamu bawah pun takde. Ada meja makan kecil je, sebab dulu duduk umah apartment so, perabotnya pun comel2 je. So bila pindah rumah 2 tingkat ni semua nampak kecil dan rumah pun sampak kosong. Dinding pun berlubang2 sikit sebab kesan tuan rumah sebelum ni gantung gambar etc kat dinding. Saya tak gantung satu apa pun.
Mainan untuk anak saya pun saya tak beli pun sampailah umur dia setahun lebih kot barula beli satu mainan yg ada music2 sikit bila tekxan untuk Aliff.. Sebelum tu memang tak beli pun. Pakai orang bagi punya je. Saya dengan husband sama je senpoi je. Saya ada SLR punya kamera ( beli sebelum balik dr Jepun dulu), ada video cam ( free gift bila beli TV), ada ipod sampai 2.... tapi kan semuanya tak guna sgt pun. Perangai saya n husband sama je. Malas nak explore. Tak rajin nak download lagu ke movie ke. Nak guna kamera yg besar SLR tu pun leceh. Rugi je beli kan.
Tahun 2010 dulu baru bersalin anak first so semuanya macam kelam kabut n banyak focus pada anak saja,
So sepanjang 2011 ni setelah ada seorang anak, anak pun dah besar sikit, saya n hubby pun makin kenal each other. Keserasaian tu makin bertambah. Dan perangai masing2 pun dah faham sgt dah. Haha. Kenal sebagai suami dengan kenal sebagai kekasih semasa bercinta dulu lain tau.
So 2012 ni pula diharap hubungan kami sebagai suami isteri akan terus utuh. Semoga keluarga kami akan terus dirahmati-Nya. Banyak yang ingin saya ucapkan syukur kepada-Nya di atas rezeki dan anugerah yang Allah kurniakan kepada kami sepanjang 2011 ni:
1. Aliff membesar dengan sihat
2. Saya berjaya mengambil sijil untuk menjadi guru bahasa Jepun di Japan Foundation
3. Sudah genap setahun kerja sebagai guru bahasa Jepun dan suami pun dah genap setahun kerja di tempat baru.
4. Berjaya menghasilkan buku teks bahasa Jepun.
5. Beli rumah
6. Hidup mak saya pun makin happy dengan kehadiran cucu baru.
So, pelan seterusnya untuk 2012
1. Nak terbitkan lagi buku.
2. Buat penyelidikan mengenai bahasa Jepun lagi
3. Sambung belajar Master!!!
4. Anak second?????
So pelan di atas tu pun sebenarnya bukannya azam pun.haha kalau ada rezeki adalah tu. hihihi. Tak mahu take something so serious nnt tak enjoy.Cuma bab nak sambung belajar tu memang dah kompem. Dah daftar dah pun amik Master of Applied Linguistics ( bi)
Jadi 2012 memang akan BUSY!!!

Sunday, 1 January 2012
Setahun berlalu ,2011
Sudah genap setahun saya masuk ke rumah yang saya duduki sekarang. Mula2 masuk rumah tu sgtla happy sbb mcm dpt rumah idaman. Boleh dikatakan ia mempunyai ciri-ciri yg saya suka.luas, dapurnya pun luas dan kitchen cabinetnya pun cantik.harganya pun bolehla yg kami mampu miliki. Klu nk yg cantek n lebih canggih lagi byk tp harganya mahal. Rata2 rumah sekrg ni dah mencecah 400ribu sbg min price.terutama sekali kwsn tumpuan lagi la 5,6 ratus ribu.
.rumah sekrg harga melambung.alhamdulillah dpt beli rumah ni dgn proses yg x byk ragam jugakla. Bank loan, lawyer, owner sblm ni pun semua baik n berjln lancar. Kalau dah rezeki tu senang je nk jadi milik kita kan.
Tiba2 rasa emo pasal rumah ni sbb kami buat kerja baikpulih sikit kt living room tingkat atas rumah tu. Tiles dia tercabut n tercongket. Dah lama dah jadi cam tu. 2,3 bln lepas lg. tp sbb kekurangan fulus kena tangguh japs. So alang dah hujung tahun n dpt duit lebih sikit kn, so kiteorg pun decide nk betulkn jubin di living room kat tongkat atas tu. Mula2 panggil sorang contractor ni dia buat quotation 6 ribu. Mak aiii mahalnya kn. Seb baik la call org lain pulak dia charge 2 ribu. Mahal gak tu benarnya tapi dah malas nk fikir buat je la. Tiles lama kena kopak n simen bwh tu kena bersihkn n licinkn then barula lekatkn simen baru n tiles baru.byk kerja la. So 2 ribu ok kot.
Sementara kerja2 dijlnkn sy tidur kt umah keluarga mertua. Dekat je satu bandar je. Seb baik. Ada gak tempat tuk menumpang bab kerja2 tukar tiles tu mmg la sgt berhabukkk. Ada anak kecik so tak elok duduk dlm umah ni time kerja dijlnkn. Lama gak la duk kt umah mertua tu. Sbb lepas ketja tukar tiles tu siap, kena kemas rumah tu sebab satu rumah berhabukkkkk. im talking about The Whole House berhabukk. Sampai ke dapur tauu habuknya. Masuk rumah rasa pasir je kt kaki ni. Dahsyat tul la. So disebabkn berhabuk sgt kipas , langsir, sofa n semua benda kena lap n cuci balik.kipas kt dapur, ruang tamu bwh , atas, dlm master bedroom, guest room, n bilik mainan Aliff.semua kena lap. Almari , lampu, cermin tingkap, grill. Mmg cuci habesla satu rumah tu. Penat yg amat. 4 hari amik masa nk settle kn semuanya tu. Toys aliff pun kena basuh n cuci sbb berhabuk. Sgt tak sangka berhabuk sampai camtu sekali. Kalau tau kiteorg coverla dulu apa yg patut sblm tukar tiles tu kan. Ni la dia tiada pengalaman dlm hal ubahsuai umah ni.
Naseb baikla perabot dlm umah tu x byk sgt. Kiteorg mmg X make up umah tu apa2 pun sejak pindah masuk umah tu.tunggula lg 5 thn lg kot. Huhu. Langsir dlm rumah tu pun pinjam mak mertua punya. Malas nk fikir. Bukannya apa mahal tu nk buat langsir. Mau nak sribu lebih. Rumah cam tu terutama sekali langsir tuk sliding dook ruang tamu tu kena tempah. Saiz dia besar n tinggi.macam2 hajat di hati ni nak cantikkn rumah. Nak cat baru. Nak pasang almari baju yg besar n cantik sikit dlm master bedroom tu. Tp tula tunggu dulu la. Semua tu tak penting lg sbb belanja anak ni pun dah mahal. Kena jimat2 . Yg penting dah ada umah sendiri.beli sofa cantik2 sekrg pun x ok jugak bab ada anak kecil. Mmg rosakla sofa mahal2 nnt. Tumpahkn susu ke, kena conteng ke. Insyaallah ada rezeki lebih nnt bolehla nk cantikkn rumah tu lg.
Home sweet home. I love my house.
Thursday, 8 December 2011
Guru sambilan bahasa Jepun diperlukan
Seperti yang diwar-warkan di atas, saya memerlukan guru bahasa Jepun untuk tahun depan. Mulai bulan januari. Gaji 50/jam. Bayaran mungkin selalu lambat dapat. Jika anda tidak kisah untuk berkerja dengan pelajar yg riang ria dengan bayaran tersebut sila hubungi saya. Kelas mungkin akan dijalankan pada setiap hari Rabu 3:30 selama 2 jam. Tempatnya di universiti saya dalam bangi.
Monday, 5 December 2011
Chicken pox
Busy betul lately. Anak kena chicken pox . Tak leh hantar taska. seminggu lebih kerja terbengkalai. Minggu ni byk betul benda nk buat. Asyik tido lewat mlm jer. Dugaan betul.
Wednesday, 2 November 2011
Kesihatan
2 tiga menjak ni kesihatan asyik terganggu. Saya mempunyai cyst di bhg bahu. It is just a small cyst yang tak sakit dan hanya ketulan sahaja. Cyst ni sebenarnya ketulan darah sahaja. Its not cancer or something yg merbahaya. Tapi ianya kena buang kalau kena infection. So al-kisahnya cyst saya tu kena infection dan membengkak sikit macam bisul tu. Sakit betul, bedenyut2. So kena bedah. Tapi sebelum nak bedah doc bagi ubat antibiotik yg kuat dulu bg ketulan dia kecut sikit dan kwsn yg kena infection tu tak besar sgt.Kalau tidak kawasan yg kena bedah tu pun besar jugak nanti.
So after makan antibiotik selama 4 hari ,pergila cuma doc balik. Then doc decide bedah je sebab size tempat yg kena infection dah kecik sikit. So buatla minor operation. Saya buat ni kat klinik je. Klinik tu bagus. Lagipun its a minor operation. Bila bedah tu doc guna bius so tak terasa sgt. Just rasa sakit time nak cucuk jarum tu je la.Bila ubat bius tu dah jalan tak rasa pun. So doc pun buangla cyst dan kawasan yg kena infection tu. Kiranya berlubanglah bahu ku sekejap. Doc tunjuk bhg tempat bedah tu kat saya melalui cermin..hihi kalau boleh sy tak mo tengok.takut.. so doc dah nak tunjuk so tengok je la.. ingatkan operation just buang surface cam tu je. mmg berlubang la jugak bahu ku ni. ala besar lubang dia macam besar duit 20 sen cam tu la dan jauh ke dalam. ngeri gak la..haha
balik dr buat operate tu siap drive kereta balik umah lagi. so lepas tu makanla pain killer doc bagi. sebab luka operate tu dia tak jahit balik.Memang dia biarkan bahu tu berlubang dan nnt akan ada daging baru yg akan tumbuh balik dan akan jadi seperti biasala kulit tu. Tak ada parut semua.Doc tu bg saya pain killer yg kuat. Saya dah cakap dah yg saya ni ada sakit gastrik. Tapi doc tu bg jugak pain killer kuat tu sbb saya ni kan baru lepas operation dan bahu tu pun berlubang so kalau makan pain killer biasa takut tak boleh cover sakit tu nnt.
second day after operation tu kena pergi balik klinik tu sebab luka tu kena cuci tiap2 hari supaya daging yang tumbuh pun akan jadi elokla. Time operation tak sakit sgt sbb pakai bius bila time nak cuci ni ha mak aihhh pedihnya bila dia cuci.Lagi2 bila letak iodin tu fuhhh meresap jauhh ke dalam rasa pedihnya. Tapi time ni ok lagi sebab tengah makan pain killer kan sakitnya pun bolehla tahan. Selepas 2 hari cam tu makan pain killer yg doc tu bagi, saya kena sakit gastrik yg agak teruk sampai tak boleh tido malam. Saya memang ada gastrik tapi tak pernahlah pulak sakit perut cam tu sampai nangis2 la. Malam tu mmg tak boleh tido langsung memulas2 dan pedih sesangat perut ni. So saya stop makan pain killer tu n doc bagi ubat gastrik bertimbun2.Tapi biasala kalau once dah kena gastrik ni apatah lagi yg teruk punya memang lambat nak baik.Aduhh... memang rasa macam sakit contraction nak beranak pun ada sebab perut tu dia menyucuk2 je sepanjang masa.Kejap datang ,pastu kejap hilang sakitnya. Memang macam nak beranak da..
So sebab saya dah stop makan pain killer, bila gi klinik nak cuci luka operate tu pun kena tahanlah sakit pedihnya.Tapi kan sebab perut saya pun time tu pun sama naik sakitnya.. macam dah imun pulak dengan rasa sakit. Bahu dan perut sakit serentak.. hurmm selawat je la banyak2.Banyak kot dosa aku ni. Time2 sakit ni la baru nak banyakkan selawat.. insaf2.
Semalam adalah hari terakhir saya pergi klinik tu tuk cuci luka. Luka dia dah kecik dan boleh cuci sendiri kat rumah.Lama jugak la saya berulang alik ke klinik tu sebelum tu. dekat 3 minggu gak lah setiap hari gi sana.Naseb baik company husband ku tu boleh cover semua perbelanjaan.Kalau dulu keja kilang mak aii sekali pergi klinik dah berapa kena charge. Ubat2 yg doc bagi pun semuanya yang mahal2 belaka.
Alhamdulillah ...walaupun Allah memberikan dugaan sakit ni pada saya ,at least bebanan pembayarannya saya tak tanggung. Ok la tu. Kalau nak fikir2 balik macam mana la dengan orang lain yang dahlah sakit duit habis pulak tu kan. Insaf2...
Saya sempat bertanya pada doc tentang masalah saya ni. Doc kata cyst terjadi mungkin salah satu sebabnya ialah darah kita kotor. Saya pun tanyalah doc dengan lebih lanjut kan,ye lah kalau darah kotor macam mana nak cuci. Takkan setiap kali kalau ada cyst dan kena infection kena buang. Aduiii sakitnya.
Doc kata kalau darah kita terganggu dan terkumpul ia bermakna sistem pengangkutan nutrien dalam badan kita tak ok. Bukankah darah membawa nutrien dan zat2 ke seluruh badan kita.
So doc tu advise supaya ubah cara pemakanan.
Saya rasa bersyukur jugak la dapat sakit sekarang supaya boleh beringat2 sebelum tua nanti. Lagi satu yang penting kena bersenam.Hihi ni la part yang malas sekali. Kena mula sikit demi sedikit dari sekarang.

- Jadi doc kata kalau org macam saya ni memang tak boleh makan berminyak, kalau makan makanan yang bergoreng tu tak boleh guna minyak yang banyak kali dah digunakan. Sekali goreng ayam, minyak tu dah kena buang.Tak leh recycle. So elakkan makan luar banyak sangat. ye la kita kan tak tau macam mana cara derang masak.
- Makan banyak sayur-sayuran. Contohnya salad yang boleh membuang toksin dalam badan. Makanan yang banyak mengurangkan toksin dalam badan ialah buah-buahan seperti belimbing.Green tea juga merupakan satu minuman yang bagus untuk membuang toksik2 dalam badan.
- So doc pesan makan makanan yang berkhasiat sahaja. Doc kata umur saya yang masih muda lagi ni tak elok ambik supplement macam kapsul ke jamu ke lagi. Amik makanan yang semulajadi dan salah satu yang doc syorkan ialah makan kiwi warna kuning tu.Kandungan vitamin c dia lebih tinggi dr buah oren.Cuba buat smoothies ke. Blend sayur-sayur dengan buah2.Kalau rasa tak sedap boleh tambah yogurt. Jadikan amalan harian.Harganya mahallah sikit nak beli bahan-bahan cam tu tapi, doc kata basically benda yang berkhasiat ni mahal harganya.Cth salad tu kan sayur biasa je kalau gi makan kat kedai tu harga dia 5,6 ringgit. Tapi tu la kita kena bijak melabur untuk masa depan.Kalau dah sakit ni ha tak ke lagi byk kena keluarkan duit.
Saya rasa bersyukur jugak la dapat sakit sekarang supaya boleh beringat2 sebelum tua nanti. Lagi satu yang penting kena bersenam.Hihi ni la part yang malas sekali. Kena mula sikit demi sedikit dari sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)