Entry kali ni nak share buku panduan untuk menyusukan anak yang mungkin berguna utk org lain juga.
Nama buku ni Hebatnya Susu Ibu!
Ni cover buku tu yang diambil daripada website karangkraf.
Sinopsis dari website karangkraf:
Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu bekerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.
Komen saya:
Buku ni banyak info yang menarik utk ibu2 yang nak menyusukan anak. Berjaya atau tidak lain cerita. Yang penting banyakkan ilmu menyusu dulu. Dulu aku rase nak menyusu anak tu senang je. Sumbat masuk je dalam mulut beby tu. Dengar taklimat cara menyusu kat hospital tu pun dah rasa memadai. Tapi biasala, sekali dengar pastu dah ingat2 lupa. Ada buku senang sikit nak belek2 bila nak dapatkan kepastian. Bila dah ada anak ni, baru tau bukan senang oit nak menyusukan anak. Lagi2 bila dah start masuk kerja. Buku ni ada segala panduan utk susukan anak, cara menyimpan susu ebm. Berapa lama susu tu akan bertahan dsb.
Kepada sesiapa yg nak tambahkan ilmu tu bolehlah beli buku ni. Tak mahal pun RM23 kot.
Sy beli buku ni kat kedai Mom Little Ones. Di kedai buku pun ada jugak kot.
Yang kelakar tu sebab ambil mudah sgt bab nak menyusukan anak dulu. Lepas tu, terkial2 cara yang betul nak susukan anak. Last2 dalam pantang suh en. suami gi cari breast pump. Tak sempat nak survey pun breastpump mana yg ok etc. Beli breast pump electric. Tapi ntahlah tak berkesan sgt. Lagi sakit adalah. Last2 beli breastpump manual anakku je. Bolehlah. Tak sakit n susu pun banyak keluar dari guna yg letrik punya. Tapi ntahlah cara tak betul ke apa dapat menyusukan anak selama 3 bulan cam tu je.. Lepas 4 bulan tu dah selang2 dengan susu formula pastu langsung dah terstop menuyusukan anak, lagi2 lepas dah masuk kerja susu pun makin kurang(ke aku je yg rasa kurang).
Kali ni beli breastpump manual jenama avent pula. Ada sale kat alamanda hari tu dari RM429 jadi RM342 cam tu. Sekali dengan ice cooler bag n coolent dia. Ramai kata jenama ni ok gak. So tawakal je la beli. Nak guna yg jenama anakku dulu tu tak boleh dah sebab dia punya vavle cepat koyak. Dan takde pengganti. Kalau nak vavle dia kena beli satu set balik. Huh.. tu yg beli jenama avent ni je terus. Lagipun dia memang dah sediakan 2 set valve dalam tu sekali. Kalau rosak jugak dua2 tu dengar kata boleh beli vavle dia je kalau koyak. Boleh cari kat kedai supplier Avent sendiri.
Monday, 27 August 2012
Friday, 3 August 2012
Pregnancy
Salam Ramadhan buat semua,
Alhamdulillah puasa kali ini tak banyak ragamnya dalam pregnancy kali ni. Setakat ini baru tinggal puasa 2 hari sebab memang tak larat sgt dan kesihatan tak berapa ok. Batuk2, pening2 etc.. so tak mo amik risk terpaksala juga tinggal puasa 2 hari. Ok la dari pregnancy time anak first tu lagi byk kena tinggal.
Entry kali ni nak cerita pasal preparation setakat ni tuk bersalin nanti.
Time mengandung Aliff dulu byk fokus kepada keperluan anak sampai keperluan ibu cam byk terabai. Bukannya apa byk yg tak tau. So kali ni byk fokus pada diri sendiri yang sarat mengandungkan beby ni.
Benda first yg saya cari ialah bengkung moden utk memudahkan saya membenkung perut sy ni lepas bersalin. Dulu kat hospital tak pakai apa2 benkung pun lepas bersalin tu. Rasa tak selesa betul perut. Dahla kena stay kat hospital dekat seminggu sebab beby demam kuning. So sepanjang masa duk kat hospital tu perut tu memang x de support apa2 pun. Nak kata sakit, tak la sakit. Cuma sengal2 dan tak selesa. Mak tanya, ko tak pakai apa2 ke kat perut tu. Mana la kita tau kan. Ada beli bengkung traditional yg ikat2 tu tapi kat rumah la n leceh betul kena ikat2 sebab time tu kat hospital kan. Kalau kat rumah selesa sikit. Ni kat hospital dahla anak kita kena jaga sorang2. Memang tak selesa. So kali ni saya pun cari la bengkung moden yang boleh lekat2 je pakai strapss n senang nak buka n adjust. Time berpantang di rumah mak saya dulu mak saya pinjamkan dia punya. Tapi mak saya punya tu bukan tuk bersalin dia utk senaman punya tu yang straps kat perut tapi sebab itu tuk senaman punya kan dia tebal, n panas. Saya tak boleh nak pakai lama2, berpeluh2 n gatal2 jadinya sebab berkuap.
Seb baik saya jumpa bengkung moden ni dijual di kedai mumsdream. Harganya pun berpatutan. RM55
Benkung Moden Velcro
Bengkung ini dia cam support lebih sikit sebab dia ada 2 kali ikat. strap besar n strap belt panjang. so 2 kali ikat jadi kemas sikitlah perut tu. Ada yang Bengkung sekali straps je. Yang itu murah lagi around RM30. Cam gambar bwh ni. So its up to you nak pilih yang mana satu. Kalu tengok permukaan bengkung ni pun ada lubang2 n boleh bernafasla kulit kita ni. tak de la lemas n berpeluh2 nanti.
Benda kedua yang saya cari ialah bantal utk breastfeeding nanti. Bantal ni senang digunakan utk menyusukan anak. Dulu cam tau ada bantal tuk memudahkan breastfeeding ni, tapi tak ambil berat sgt sbb byk beli brg fokus pada brgan anak shj. So in the end nak breastfeeding tu lenguhnya. Kali ni saya nekad nak beli jugak bantal tuk jadikan breastfeeding ni mudah. So beli breastfeeding pillow ni mom's little ones brand.

Bantal ni harganya RM139. Tapi saya beli time parenting ekspo di midvalley hari tu dapat 20% off. So ok la. Mula2 ingat nak beli yg murah lagi, tapi sebab bantal ni ada 3 fungsi. boleh buka ikatan dia dan jadikan bantal ketika mengandung tuk support tummy.Bantal kecil kat atas gambar tu sebenarnya boleh disambungkan dengan tali tuk support belakang kita semasa breastfeeding supaya belakang kita tak lenguh dan selesa ketika menyusu.
During Pregnancy : Nurturing Pillow is so comfortable to be used during leisure or while sleeping where it is a great help to support pregnant mother's back while lying down. It can be placed under mommy's belly or even in between mommy's thighs & legs for maximum comfort.
After giving birth : Mothers can even use the Nurturing Pillow after labour to help reduce the pain & pressure after episiotomy procedure so that they can sit comfortably.
During Breastfeeding : Nurturing Pillow with Back Support is a great help to support mothers in positioning their babies better & comfortably during breastfeeding your precious baby. The Back Support is also a great help to reduce mommy's lower back pain giving mommy maximum comfort.
Tips : Nurturing Pillow with Back Support can be used creatively to support under mommy's thigh for maximum comfort!
Saya sangat SUKA bantal ini kerana perut dah besar ,nak tidur pun susah, mcm2 position kena ubah sebelum nak tido tu. Bantal ni memang bestla senang nak cari position tidur yg selesa.Hopefully nanti dah bersalin boleh guna tuk menyusukan anak dengan mudah juga. hihi.
Barang ketiga yang saya cari ialah tempat bathtub beby yang ada jaring tuk support beby ketika mandi. Sebelum ni saya pinjam dari kak ipar je. Best betul bathtub dia. Sebab beby tergantung atas jaring tu. so tak yah susah2 nak pegang beby n tak takut kalau beby licin ke tergelincir ke. Jadi anak kali ni saya ingat nak beli la terus senang. Tak yah pinjam2 lagi.
Saya beli brand first year.Harganya RM 162. Agak mahal tetapi memang senang tuk digunakan. beby baring di atas jaring tu n air basuhan dia pun jatuh ke bawah. So bersihla beby tak kena air dan sabun2 kotor yg kita dah cuci beby tu. Beby bila dah besar sikit dia tend to lonjak2 n lompat2, jadi dengan baringkan dia dalam bath tub berjaring ni senang la nak control beby ketika mandi.
Mungkin ada pendapat yang mengatakan bhw kebanyakan barang kat atas ni tak perlu pun. Bak kata org tua2 derang ok je tak de bantal2 nursing pillow ke ape ke elok je nak susukan anak or tak payah nak beli bathtub mahal2, yang murah tu pun ok je nak mandikan anak. Tapi bagi saya kalau ianya memudahkan kerja kita dan yang penting buat kita rasa selesa apa salahnya kalau beli. Kalau ibu selesa, anak pun akan selesa.
Jadi, kali ini sy byk fokus pada brgan yang akan memudahkan saya nanti.
Wah2 lagi 2 bulan lagi nak bersalin.Grrr...
Sunday, 3 June 2012
Happy aniversary
Esok merupakan hari ulang tahun perkahwinan saya dan husband yang ke-3. Seperti biasa, kami tidak meraikan sgt hari2 ulang tahun nie. My husband bukannya jenis yang sentimental sangat. Kehidupan kami berjalan lancar saja sejak berkahwin. No complains. Just grateful to Allah for all the blessing. Sekarang ni tengah pregnant anak second. Dah nak 6 bulan dah. Pergerakan beby pun dah terasa. Beby gerak2 dalam perut. Sometimes rasa geli. hihi. Bila beby gerak2 rasa lega, beby sihat n aktif dalam perutku yang makin membesar. Tapi pregnancy kali ni tak terasa sangat. Apart form loya2 n muntah2 teruk jugak first few month, selain dari tu macam biasa je. Dulu kalau bergerak or aktif sikit dah penat dan lenguh2 badan. Kandungan kali ni Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.Perut pun tak delah besar sgt. Kalau saya tak cakap pun org tak perasan yg saya dah mengandung 6 bulan. Berbeza betul dengan anak first tu. 6 bulan tu perut dah besar betul.Bila dah nak dekat2 bersalin nak jalan pun semput sebab berat bdn dah 70 Kg lebih. huwaaa...
Mungkin dah ada Aliff so, sibuk duk layan kerenah dan keperluan anakku yang kecil tu sampai dah pregnant 6 bulan pun macam tak terasa masa berjalan begitu pantas. Sedar2 lg beberapa bulan dah nak bersalin. Grrr..takut. hihi. Nanti saya akan berpantang di rumah sendiri saja. My mother pun kerja dan dia pun tak berapa sihat sangat, so malas nak susahkan dia. My mother in law pun kerja lagi. Begitulah nenek2 zaman sekrg makin busy. Jadi saya dah upah confinement lady tuk jaga lepas bersalin nanti.
Bersalin nanti dah set nak bersalin kat Hospital Pantai. Lagipun dah biasa dengan doc O&G kat situ.
N my husband pun ada panel di situ juga so boleh la. Plus Hospital Pantai sekrg ni ada promotion tuk bersalin di situ. Dragon years la katakan. Charge bilik free tuk sesiapa yg bersalin di situ tahun ni.
But what can I say, ini semua hanyalah perancangan. Nanti dah nak bersalin nanti tak taulah pulak jadi macam mana kan. Sempat ke tak gi hospital kat bangsar tu. hihi. Tapi memang x mo bersalin kat gov hosp. Serik. My husband kata sakit bersalin sama je, hospital tu mahal ke murah ke sakitnya sama je.Senangla org laki cakap, dia tak rasa.Bersalin kali ni saya nak paksa jugak2 husband saya ikut masuk ke labour room. Dulu x bleh masuk sebab hospital tempat sy bersalin tu tak bg husband masuk.
Tapi kali ni my husband ikut je saya nak bersalin kat mana.Oh btw ari tu dah scan beby. Doc kata beby girl. Im so happy. Dapatlah sepasang anak. Syukur. Saya tak kisah je mana2 jantina pun tapi kalau dah rezeki dapat anak perempuan tu suka lah jugak. Orang kata bila dah tua2 nanti senang kalau ada anak perempuan.Boleh jaga kita, tak sama dengan menantu jaga.
So right now tengah menyiapkan mental dan fizikal utk proses bersalin dan bulan puasa yang akan datang ni. Harap2 bulan puasa kali ni tak macam pregnancy dulu. Memang tak tahan betul byk kena ganti. maybe sebab anak laki ke makan byk sgt ntahlah.So harap2 puasa kali ini dipermudahkan-Nya.

Friday, 30 March 2012
Buku bahasa Jepun
Alhamdulillah syukur kepada-Mu, buku yang saya telah usahakan selama ini telah berjaya diterbitkan dengan jayanya dan telah berada di kedai buku.
Taraaa inilah dia
Sesiapa yang berminat boleh hubungi Kedai buku Penerbit UKM 03-89213138 untuk tempahan. Buku ini disertakan sekali dengan CD audio untuk latihan pendengaran. Tidak perlu lagi guru-guru hendak mencari latihan dan buku kerja yang sesuai untuk anak murid mereka yang baru hendak belajar bahasa Jepun ini. Harga buku ini adalah RM.30. Kalau beli byk2 boleh dapat diskaun. Kepada sesiapa yang berminat nak belajar sendiri pun dialu-alukan membeli buku ini kerana penerangan di dalam buku ini diolah melalui kartun dan perbualan. Tidak bosan untuk dibaca.
Buku untuk Katakana pula sedang dalam proses pembikinan. Tunggu kemunculannya nanti!!
Sunday, 19 February 2012
Syukur
Syukur kepada-Nya sebab byk perkara yang seronok berlaku lately. Esok anak saya sudah berumur 2 tahun. Makin byk akal budak tu. Semakin cute setiap hari. Lagi satu perkara yang ingin diucapkan syukur ialah aliff bakal dpt adik! Sy tengah pregnant 2 bulan. Harap semuanya berjln lancar. InsyaAllah bulan 10 nnt sy akan lahirkn beby ni. Lately x bermaya sgt sbb morning sickness. Pening2 lalat. Perkara ketiga yang ingin ucap syukur kepada-Mu ialah saya dah dpt sijil drp japan foundation tu. Akhirnya kelas yg sy amik selama setahun tu dah habis! Dan perkara terakhir yg ingin sy ucapkan syukur ialah alhamdullilah saya telah disahkn jwtn. Dengan ini sy telah bergelar kakitgn kerajaan.
Alhamdulillah..
Friday, 10 February 2012
Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak
Cuti yang panjang hari tu saya dan keluarga kakak ipar saya pergi bermandi manda di kolam air panas dekat Perak. Di Perak dengar kata ada macam2 tempat hotspring ni. Tempat yang saya pergi ni tidak kurang hebatnya. Nak masuk bayar RM12 rasanya. Ada kolam terbuka mandi manda ramai2 dengan private room.
Kami bertolak seawal 6:45 pagi ke Perak nuh. Sampai kol 8 lebih cam tu then terus masuk ke kolam private tu. Harganya RM75 /jam. Kami masuk sejam je. Tempat dia sgt selesa. Ada tempat persalinan, tandas, kipas, shower, and off course Jakuzi. Mmg membuak2 airnya. Sangat best , dan selesa.Tapi kami ni tersilap plan. Sepatutnya kami masuk private kolam air panas tu lepas mandi manda di kolam public dulu. Ntah tak terfikir pulak time tu. Kakak ipar kata dulu masa tempat tu baru buka, bayaran dia tidak ikut per hour. sekarang ni dah lain. Dulu sekali masuk, ko nak rendam lama mana pun tak pe dalam private onsen (Hot springs) tu.Biasala bila dah terkenal dan ramai pengunjung, harga pun dia dah ubah.
Kolam air panas yang public punya tu kami tak pergi.Selepas sejam mandi manda dalam private onsen tu kami pergi ke kawasan kolam yang ada air pancut, gelongsor macam kwsn ala-ala Taman Desa Waterpark tu.Tapi air dia tak panas la. Dia ambil air dari sungai. Sejuk airnya. Cuma mandi kat situ saya tak berkenan. Sebab ianya air sungai, so it is not treated water. Memang airnya kotor, nampak jejentik ke ape ke yang berenang2 dalam air tu. Eiii geliii. kalau sungai tu tak pe lagi tau sebab air dia mengalir. Tapi kolam tu ,airnya dahla bertakung.Tak taula dia keluar balik ke sungai ke atau tak.. orang yang mandi pun ramai. Saya masuk sekejap je then terus keluar. Gelii2. Kakak ipar, husband n anak saya tu syok je main. Derang tak kisah.Tu je la kot yg tak best tentang tempat tu.Tapi kwsn tu ada byk lagi pilihan kalau tak nak masuk tempat mandi manda yang ada air pancut n gelongsor semua tu bolehla pergi ke public kolam air panas. Syok juga.
Tempat tu juga ada kolam utk rendam kaki. Ada byk la juga dia sediakan tempat utk rendam kaki di dalam kwsn tu. And ada tempat boleh masak telur lagi. Kakak ipar saya bwk roti n sedikit kari. Then dia bwk telur mentah2 tu. Sampai sana rebus telur, letak black pepper n buat la sandwich sendiri di situ. Itu jela makanan piknik kiteorg hihihi.
Cuti hari Raya Cina tu pun kiteorg gi mandi manda di Taman Desa Waterpark. Orang semua balik kg kan. So kiteorg yg kg nya sememangnya kat bandar ambil kesempatan la. Orang Cina memang sikit time tu. Jumlah pengunjung pun bolehla tahan. Kira boleh naik gelongsor air yang tinggi tu banyak kali la. Tak payah nak beratur panjang2. Best betul. Saya ni penakut kalau tempat tinggi2 ni. Roller coaster pun takut nak naik. Tapi kak ipar ajak jugak naik. Memang rasa geli betul kat perut bila gelongsor turun dari atas. Tinggi jugak n laju bila dah slide down tu.

Monday, 16 January 2012
Aktiviti
Pantai
Hari tu ada la kami pergi pantai. Anak saya la yang excited.Bila nampak je laut dia sebut air, air .. Bu air. Hihi sy tersenyum. sy terang pd dia tu laut syg. Lepas tu br la dia sebut laut. Kalau ada lori ke kereta ke yang halang pandangan dia nak tengok laut dari dlm kereta tu, dia akan sebut "Tepi,tepi". Comel. Tapi bila pergi ke pantai tu nak main air, penakut budaknya. Main sikit2 je. Pastu asyik nak berkepit, takut nak main sendiri2. Overall seronokla. Mandi manda di kolam hotel jugak. Kolam hotel tu anak saya seronok sebab pakai pelampung dan kiteorg bawak bola sekali tuk dia main. Happy sesgt dia main bola dalam air.Bila suruh keluar dari kolam tu nak balik bilik hotel balik, dia geleng2kan kepala dia."Tak mau, tak mau" katanya. Tapi bila dah puas main, dia naik jugak akhirnya.Gambar takda sebab mostly amik guna handphone hubby.
Mandi kolam
2minggu lepas, kak ipar saya ada belikan kolam mandi ni dari Toys 'r' us. Nak pam kolam ni punya la lama sebab dia besar. Tapi bila dah siap cantik, kolamnya, boleh pancutkan air lagi dekat bahagian atasnya. Ada gelongsor semua and of course yang paling excited ialah budak2. Adik ipar dan anak-anak sedara la yang paling happy. seronok betul la mereka mandi mana tu. Ni kiteorg pasang dekat umah ayah mertua saya.
Tengok belakang tu ada taman permainan. Hihi. Sebenarnya playground tu kak ipar saya punya. Dia buka taska di Kajang. Tapi baru2 ni tuan rumah taska tu nak balik rumah dia. So dia pun terpaksalah keluarkan semua barang2 dari taska dia tu. Most of them dia jual. Cuma ada la a few things yang dia tak dapat nak jual seperti playground yang besar tu. Nasib baik la rumah ayah mertua saya ni luas jugakla halaman dia. Bolehla letak. Kira private playground la ni. Hihi. Anak saya memang suka kalu singgah rumah ayah mertua saya tu.

Warna kolam ni ceria betul
Ada bola dan aksesori sampingan yang disertakan bersama kolam tu. Syok lagila budak2 tu main.
Ni muka anak saya yang tersgt happy. Seronok main gelongsor2 ni. Apatah lagi dalam air. Lagila suka.
Pakai seluar biasa je. Ibu dia lupa nak bawak swimming trunks.
Ni anak kak ipar saya, Maryam namanya. Tapi sebab kakak dia pelat, jadi Mayam bunyinya.
Happening betul hari tu. Mak mertua saya pula kebetulan masak sup gear box. Fuhhh sedap betul. Masa nak setting kolam ni awal2 tun nak kena tunggu kolam habis dipam dulu so, saya melantak sup gear box tu dulu. Memang terbaikk! Sambil2 tengok budak2 ni main kiteorg ahli keluarga yang lain duduk kat tepi2 halaman sambil makan budah dengan colek rojak buah. Sedap betullah.
Masterchef
Hari ahad lepas, adik beradik husband saya datang lepak kat rumah kiteorg. Saya masak nasi ayam utk mereka. As for dessert saya masak sagu dengan air gula serta santan. Ini dessert kesukaan saya..Saya belajar dari mak mertua saya. Tak pernah makan dessert ni sebelum ni. Tengok mak mertua saya buat, sedapla pulak. Nak buat pun senang.
Kemudian yang jadi acara masterchef nye pulak sebabnya kak ipar saya teringin nak makan daging Wellington rendang ala masakan Chef Norman dalam TV tu. Bersemangat mereka bawa bahan2 yang diperlukan utk memasak tu. Daging batang pinang 500gm, RM100 lebih derang beli. Wow! Ni kalau tak sedap masak ni tak tau la.
So lepas dah relax2 sekejap selepas makan nasi ayam saya masak tu, so mula la acara masak memasak di dapur. 3, 4 chef semuanya dalam dapur tu. Masing2 tolong potong la, goreng la dll. Husband saya tolong jaga bebudak kat depan. Husband kak ipar pun masuk dapur tolong. Kira ni acara memasak berkumpulan masterchef hahaha.
Leceh jugak nak buat resepi tu ya. Kena ikat la daging tu, perap, buat sos, bakar, buat pastri dll. Fuhh kiteorg kata ni memang fail la nak masuk masterchef ni. Masak lebih dari satu jam... hihi. So hasilnya inila dia tara!!...
Ini hasil selepas keluarkan dari Oven.
Daging ni dibaluti dengan pastri
Bolehla kan.. ni rupa selepas dah potong. Bila nak potong tu dia memang rapuh. Tapi gambar yg Chef Norman buat tu lagi lawa la. Memang kena ada skill yg tinggi la nak buat cantik2.
Sambil2 masak daging tu kiteorg buat Tiramisu. Tak ambil la pulak gambarnya tapi okla rasanya.
Sebelum ni pernah buat acara masak memasak ni jugak. Kiteorg masak ayam turkey. Seekor gedebuk dalam Oven tu. Tapi sedap la. Berbaloi jugak la saya beli Oven yang mahal tu. Masak ayam turkey tu pun tak payah nak terbalik2 kan. Just set menu dan tekan start
Lepas ni nak buat resepi apa pula ya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)