Friday, 7 October 2011

Sudah siap!

Seperti yang dimaklumkan sebelum ni saya sudah menerbitkan buku bahasa Jepun yang akan digunakan oleh pelajar di universiti saya ni. So inilah hasilnya tara....


Buku teks tentang penulisan Hiragana. Kalau sensei2 yang mengajar bhs jepun ni mmg derang selalu kekurangan bahan bila bab nak mengajar hiragana dalam bhs jepun ni.sbb tak byk buku teks yg ada kat luar tu pasal hiragana ni.kalau bab grammar tu semua dah byk dah kat pasaran.Selalunya sensei tachi akan buat table hiragana sendiri n practice sheet sendiri tuk students buat latihan. Tetapi font dalam comp dengan font tulisan tangan lain. Cth huruf ki ,sa etc.Kalau tulis guna comp garisan dia bersambung atas dan bawah.Cth さ。Tapi sebenarnya kalau kita menulis dengan tangan, garisan atas dan bawahnya tak bersambung.
Kalau yg belajar bhs Jepun tu pahamla kot.So dalam buku teks ni juga ada memaparkan font yang sesuai tuk students ikut dan praktis. Sebahagian contoh bhg praktis menulis dalam buku ini.

Dalam buku ini juga ada menerangkan serba sedikit tentang asal usul tulisan Jepun, budaya Jepun dan perkara-perkara asas tentang cara menulis Hiragana ini. Lengkap la kiranya. Cthnya kalau student tanya kenapa huruf konsonan [k] ada ka,ki,ku,ke,ko tetapi kenapa huruf konsonan [y] dia hanya ya,yu,yo sahaja, yi dan ye tiada ke? Haaa...macam mana nak jawab tu.
Jgn risau dalam buku ini juga ada penerangannya.Kami menggunakan karakter yang menarik juga dalam buku ni. Ambil inspirasi dari makanan Jepun.Norimaki sensei, sandoitchi san, onigiri san dan hambaagaa kun. Yang sandoitchi ( sandwich ) san dan hambaagaa( hamburgera) kun tu sebagai foreign student la. Yang norimaki sensei dan onigiri san tu sebagai nihonjin.
Menarikkan :) Harap2 student2 ku tak laparlah bila baca buku ni.Hehe.
Bangga jugak la nama ditulis di hadapan buku sebagai pengarang



sorry blurr, hp saya ni pixel dia tak cantik sgt.

Sebahagian dari bahagian membaca di dalam buku ini.Comel kan lukisan dia credits to the illustrator
http://mewgoesthewolf.blogspot.com/
Thanks so much sherry di atas pertolongan dan usaha gigih ko siapkan gambar2 dalam buku akhirnya berjaya gak buku ni disiapkan.Sapa nak hire dia bolehlah gi kat blog dia.Currently dia ada di Bristol,UK.Boleh contact through email shj. Sgt proffesional.
Layout, page design semua dia yg buatkan.Sangatlah berpuas hati dengan hasil kerja dia.
My Best Friend Ever!!!! Rindu la kat ko cepatlah balik sherry.


Bahagian penerangan dia yg diolah dengan menarik supaya students syok nak baca.

So inilah dia hasil kerja gigih kiteorg sepanjang beberapa bulan yg lepas. Tapi kerja kami tak habis sampai di sini sahaja.Hasil buku ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan yang kami sedang jalankan.Kena ambil maklum balas students dan kena publish journal lagi nak kena present paper ni lagi..Huaaa banyak lagi kerja sebenarnya.Tapi apa-apa pun lega rasanya sebab buku ini siap on time. Fuhhh ... Alhamdulillah.Yang lain2 tu boleh buat slow2.

Terima kasih Hubby yang memahami selalu teman dan hantar gi kelas mengajar bahasa Jepun tu setiap minggu tu.Ganti ibu jaga Aliff yang semakin nakal tu. Thank you jugak sebab terpaksa mendengar keluhan isterimu ini tentang masalah dan kesulitan dalam menjalankan penyelidikan ini.Terima kasih sayang atas sokonganmu selama ini.Love you!!

Esok ada Japanese Education Conference di AAJ.Group kami akan membuat pembentangan tentang penyelidikan yang kami sedang jalankan sekarang.Siapa yg berminat dtg la kat AAJ nnt. :) Semua sensei tachi dr pelbagai intsitusi akan hadir.じゃね!

Sunday, 25 September 2011

Convocation day

Ni first time merasa pakai jubah utk convo. Tara..




This is me with my ex-boss
Sekarang ni dia dah naik pangkat.Dia banyak membantu dalam memberi nasihat dalam penyelidikan.


Ambil berkat dari org yg dah grad master neh. Cikgu Bahasa Thai. Dia ambil bidang Linguistik.Tengah mengandung anak ke-6. Naik pentas ambil sijil dengan beby dlm perut..hihi cute.


Cikgu bahasa Jerman. Sama background. Belajar lain kerjanya bidang lain..hihi. But we are happy here teaching foreign language.
Suka tengok dia bercakap dgn anak dia dlm bahasa German.


Saya bersama cikgu bahasa Perancis ( tengah ) dan Lecturer English Literature

So nilah gambar2 dr convo day at my university. Hehe.. tenaga pengajar semua kena pakai jubah dan berarak masuk dewan jugak tengok student ambil sijil. Tengok students ucap terima kasih pada tenaga pengajar dan lecturer pun ucap tahniah pada students macam terharu pulak..hihi. Bukannya apa terasa yang kerja saya di sini sebagai pendidik besar tanggungjawabnya.

Di Jepun takde majlis2 cam ni.Majlis dia simple saja. Wakil  kelas seorang je yang naik pentas ambil sijil tuk setiap kursus. Pastu habislah. Sekejap je majlisnye.


Baju semasa graduation day di Japan
Finally dah habes study dah!!
Hurm  lepas ni bila pula yek nak sambung belajar.. ( x _ x ")???



Wednesday, 14 September 2011

Anak

Anak saya sudah pun berumur 1 tahun 8 bulan dah sekrg. Makin nakal! Tapi chomel, selalu buat ibu dia rindu kat opis mengenangkan Aliff yang berada di taska tu. Sekarang ni kan dia sudah reti turun naik tangga! Rumah saya tu 2 tingkat so tangga kat atas tu dah pasang dah safety grill tuk beby supaya dia tak dapat nak turun.Tapi anak saya ni makin lama makin bijak budaknya.Ntah macam mana dia boleh selit between grill tu turun tangga.Sebab bhg penyambung antara grill dengan dinding tu ruang dia agak besar sikit.x boleh nak adjust dah.

Kali pertama saya tahu dia dah pandai menyelitkan diri dia membolosi grill tu masa kami tengah tengok tv kat living room di tingkat atas.Tengah syok2 tengok tv tiba2 dengar suara budak kecil tu gelak kat tangga.Aik saya punyalah terkejut. Macam mana dia boleh pergi kat bahagian tangga tu sedangkan pintu grill tu tertutup.

Cepat2 pergi grab dia...aduiiii!! Lemah jantung ibu ni Aliff.

So sekarang memang kena tengok dia 24 hours lagi2 kalau kat living room tu.Sekarang ni kiteorg ajar dia naik dan turun tangga sendiri.Bila naik/turun kena pegang kat railing tangga tu betul2. Kalau anak saya tu lepaskan tangan dia,saya tegur dia. Kena ajar jugak sebab takut dia turun /naik sendiri tanpa disedari.At least dia dah reti nak naik/turun tangga dengan selamat.

Sejak hari itu dah a few times, tengok2 si Aliff tu dah ada kat atas time saya tengah busy2 basuh pinggan and uruskan dapur.Fuhh!

Sekrang ni dia jugak dah pandai panjat katil.
Geramnya. Sebab dia bila dah ada atas katil tu , ganas budaknya.lompat2, guling2 aishh takut jatuh je kang. Sejak dia dah reti panjat atas katil mula la bila nak tidur pun sibukk je nak tidur sekali dengan mak and ayah dia kat atas katil. Bukan tak bagi tapi Aliff tu tidurnye lasak, dia suka guling2. Pusing badan sana sini. Jatuh katil kang baru tau. Mak ayah dia kalau dah tidur tu memang tak sedar dah la kan.

Selama ni Aliff tidur kat bawah je. Ada toto khas tuk Aliff tido. Dia selalu bangun tengah malam nak susu. Dulu dia selalu menangis bila nak susu. Tapi sekarang ni dah makin besar dah kot anak saya ni, dia dah tak nangis bila nak susu.Dia akan jalan pergi ke tepi katil saya dan dia tepuk2 tangan saya suh saya bangun. Hihi....ntah2 dulu Aliff pernah melalak menangis pun ibu tak bangun2 tidur nyenyak sgt kot.Tapi comel sangat rasa tangan dia yang kecik tu kuis2 tangan kita.

Anak saya ni dia sangat suka main bola sepak. Ikut ayah dia kot suka tengok channel bola.Kalau dah tgk bola tu mmg tak leh kacau dah anak beranak ni. Anak saya tu tendang bola je jerit Goall!! Tapi kan dia tak reti sebut huruf g so bunyiknya jadi 'dolll'!!Haha comel sgt.Mana2 pergi la memang pantang nampak bola dia sepaknya dengan penuh gaya. Betul! Dia akan undur sikit badan dia then baru dia sepak macam nak sepak penalti kick daaa... kalau gi taman tu memang kena kawal dia sebab kalau dia nampak ada orang tengah main bola sepak tengah padang tu dia pun nak join.Haish budak2 tu dah besar panjang n bolanya pun besar ada hati anak saya yg kecik tu nak pergi rebut bola.

Tak apa Aliff, nanti bila Aliff besar boleh masukkan dalam kelab bola sepak junior Bangi hihi.Aktif gak tau kelab ni. Siap ada match lagi.

Alamak dah rindu dah kat Aliff ni. Tak sabar nak gi amik dia dr taska petang ni. Muahhh love u honey!!

Tuesday, 6 September 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya dan ampun maaf dipohon kepada anda semua sekiranya ada tersalah kata atau ada kesalahan yang telah dilakukan.

Saya dah start kerja balik Isnin hari tu.Then terus busy buat preparation tuk next sem punya kuliah. Disamping tu saya busy menyiapkan buku yang bakal digunakan dalam kelas nanti.Buku tu dah siap dah tinggal nak gi printing je.Alhamdulillah buku tu siap juga akhirnya.Sibuk betul lately menyiapkan buku tu.Tapi bila dah tengok hasilnya semalam seronoknyaaaa tak terkata..Yela buat buku yg nama kita ada sebagai pengarang tu.Selalunya tengok kat kedai buku je, n belek buku org lain je.Yang ni buku yg dihasilkan oleh diri sendiri.HIhii syok2.Semalam derang print satu salinan dulu tuk saya check kalau2 ada kualiti printing tak bagus.Yang mana yg tak ok tu saya dah check n inform derang.So far so good.
At last otakku boleh fokus pada pengajaran pula lepas ni..zaman dulu dan sekarang dah lain.Sekarang ni tenaga pengajar sudah banyak kerjanya bukan setakat mengajar je.penyelidikan pun kena buat.Bagi saya, ok la tu kot.At least tak la bosan sgt.Ye la kalau dah mengajar benda yg sama sampai 10 thn la cthnya.Tak ke bosan.At least ada penyelidikan ni bolehla menambah ilmu lagi.Mak saya pun sibuk buat research jugak.Dia kata mula2 mmgla tak reti nak buat research ni.Nak publish journal ke apa, tapi lama-kelamaan dah biasa kerja tu jadi laju la.

Sikit2 lama2 reti la.

So cerita hari raya tak banyak sgt.Saya beraya di bandar saja tahun ni.Sejak nenek saya sakit kencing manis dan kakinya kena potong, nenek tinggal di sini saja.Di sini ada pakcik,maknjang, dan adikberadik mak yang lain semuanya ada di kwsn sekitar ni je.Boleh tengok-tengokkan nenek.So nenek dah tak duduk kat kg dah.Rumah kat kg tu terbiar saja.Rindu suasana raya di kg.Kg saya tu kat Perlis, padang besar.Mmg dekat sgt dengan sempadan siam.10 minit je kot.Mmg kalau balik kg habis duit.Sebab duk bershopping kat arked kat kg tu.Byk brg dr Siam.Toto, kuali, baju, kain batik, mcm2 lagi la ade semuanya kat situ.Selalu kalau org nak kawen byk beli brg doorgift kat situ jugak.Murahla katakan.Tapi sekrg ni tak tentu jugak kdg2 beli kat bandar lagi murah or sama je harganya sebab saingan sudah byk kat bandar ni.

Perasaan beraya kat bandar...hurmm...

Sejak saya balik dr Jepun, mmg dah kena beraya kat bandar.First year tu mmg terasa betul meriahnya dah hilang.Then raya seterusnya beraya kat kg husband di Kedah.Kg husband tu pun semua berkumpul sebab nenek husband saya di situ.Dia tinggal dengan pak long husband saya.Rumah parents husband saya satu kawasan je dengan tempat tinggal saya sekrg,so tiap2 minggu boleh gi jumpa mak mertua.No problem.

So raya tahun ni saya beraya dengan mak saya di Shah Alam je.Mula2 rasa memang bosan dan takde feeling sgt,tapi kan kalau bukan kita yg start tradisi kemeriahan beraya tu siapa lagi kan. Nanti kang anak2 pun turut bosan je nak sambut raya pulak.So kita as parents la yg kena bg meriah raya ni.Hihi. So first raya melawat maknjang saya di Kelang.Jumpa nenek saya. Then raya kedua pergi ziarah kawan2 yg duduk di kwsn bandar juga.Ok la not so bad.

Jalan raya tu jgn cakapla mmg lengang sgt.Federal tu fuhh lancar sungguh.

Walau dimana pun kita beraya, niatnya sama je nak ziarah dan menziarahi serta bermaaf-maafan.
Ok la tu.Tahun depan raya di Kedah pula.

Owh time puasa hari tu saya ada pergi ke Kedah sebab ikut mak saya ada buat research di UiTM kedah.
Kami tinggal di Hotel Swiss Inn di Sg.Petani. Saya tak pernah lagi sampai ke Sg.Petani tu.Tu baru first time.Happening jugak Sg.Petani ni.Siap ada mall besar lagi tu. Hotel yg kami duduk pun best. Walaupun time puasa, buffet sahur pun disediakan. Breakfast buffet pun ada jugak tuk anak saya.Time sahur2 tu manalah anak saya tu bangun lagi kan.So naseb baik boleh bagi anak saya makan time breakfast buffet tu.
Layanan dia pun ok.

Ajak si kecik tu mandi kolam.Penakut betul budak tu.Last2 mandi dalam bathtub je.Dalam bathtub dia suka. Menjerit2 dia keseronokkan.Anak happy ibu dia pun happy jugak la kan.Hihi. Husband saya tak ikut time tu kena kerja.So saya dan mak je yg duk kat hotel tu. Syok jugak dapat berjalan2 dengan mak ni.Dah lama tak spend time dengan mak sgt.

Overall ,Sg.Petani ni not bad nnt tahun depan kalau beraya kat kg husband bolehla ajak gi Sg.Petani. Kawan mak saya kata di situ ada The Carnival yg macam Sunway Lagoon tu punya tempat main air2.Menarik tu..Boleh bawak anak kecil saya tu.Time tu dah besar sikit bolehla kot nak bawak dia.

Dah alang2 pergi Kedah kan, singgah kat Perlis jap ari tu.Tidur umah Pak Long saya yang hanya beberapa meter je dari rumah nenek  saya dulu. Sempat gak la gi shopping kat arked tu n tengok2 rumah nenek .Tengok dr luar je rumah nenek tu.Sayang sgt sebab tak dijaga dengan elok.Rumah tu baru je rennovate dulu..tapi sekrg dah terbiar cam tu je.Hurmm memang tak dijangka. Itulah ketentuan Tuhan, bila-bila saja Dia boleh menukar rancangan kita.

Tapi nenek ada dekat dengan kiteorg lagi senang untuk dia dan kami jugak nak tengok2 kan dia.

Okla dah panjang bebelan kali ni semua topik saya campur..agak lari dr tajuk pun ade jugak rasa.Apa2 je la..hihi Selamat Hari Raya sekali lagi.





Monday, 1 August 2011

Salam ramadhan

Salam ramadhan buat semua umat muslimin.Alhamdulillah, kerana bulan puasa kali ini student tengah cuti!! lepas raya baru sibuk. Sekarang tengah busy buat buku. Telefon Dewan bahasa ari tu, nampak ada positif respon ,maybe buku ni boleh dipasarkan nnt.Tapi lambattttt lagi kot.Banyak lagi yang nak kena buat ni.haishh!! Tapi kan,kalau kita sedar, masa cepat je berlalu.Kita busy ke tak busy ke, masa tetap berlalu.Jadi apa salahnya kalau kita buat sesuatu yang dapat membuahkan hasilnya.sikit demi sedikit pun tak apa.

Ini saya masih setia menghadiri kelas setiap sabtu tu di Japan Foundation tu.Itu la kan, saya buat ke tak buat ke, masa still berjalan. Lebih baik buat je kan.In the end dapatla jugak sijil tuk mengajar bahasa Jepun tu nnt.
Dulu saya risau nak amik Master nnt ada masa ke tuk family n all. Tapi bila fikir2 balik aku buat ke tak buat ke masa tetap berjalan.Lebih baik buat.Tumpang anak masih seorang dan boleh handle lagi.sementara masih muda dan otak masih fresh ni kan. So ingat nak sambung master lepas habis ambil sijil di Japan Foundation tu.

Bila kita busy we will spend our time more wisely and effectively.Saya suka gak la kerja saya ni.Bila busy memang busy, tapi still masih ada masa untuk relaxkan diri sekejap. Masa lagi teratur, ada masa utk family.Tak payah pening pala menghadap kerja je.

Hari tu ada family day dianjurkan oleh opis suami terchenta saya tu dekat Desa waterpark.Seronok gak la sebab anak saya tu pun boleh main air.Tapi mula-mula nak main air tu mengamukkkkk takut nak masuk air.Tak biasala katakan.Hihihi...sorila ibu n ayah tak rajin nak bawak pegi mandi kolam.Siap beli pelampung lagi.Tapi anak saya tu penakut sangat nak masuk dalam pelampung pun tak mau.Dia pegang baju saya sekuat-kuatnya. Hihi comel. Tapi lama-kelamaan dia ok sikitla.Dah bolehla main2 air tu.Main gelongsor air sama-sama dengan dia happy dia.baru la kurang sikit rasa takut dia pada air.Cerita kat ayah mertua, dia gelak je..Dia kata bapak borek anak rintik. Rupanya my hubby pun sama gak penakutnya masa kecik dulu.

Tak taula korang perasan ke tak tapi barang2 semakin Mahal!!!! Ari tu beli susu untuk Aliff, 1.8Kg dulu RM89.00 cam tu sekarang dah naik RM103.00 gerunnya.Mahall!!Sekarang ni memang kiteorg beli borong je kalau ada sale. Kalau pamers tu mmg beli byk2 time sale je. Beza kadang2 RM5. Ari tu beza sampai RM10!! Kalau beli 2 dah jimat RM20 ringgit. Dengan kadar ekonomi sekarang ni masih terpikir2 lagi bilalah Aliff nak dapat adik nih...hihi.. masuk taska sorang RM250 kalau 2 org dah RM500 ...hmmhmm....  nampaknya lambat lagi la nak dapat second one ni.Tapi tu la umur kena jaga gak makin tua kang dah tak larat nak pregnant lak kang.

Tuesday, 12 July 2011

27 Tahun!!!

Ok. 2 Julai yang lepas adalah harijadiku yang ke 27. Pada umur 27 tahun ni, dah kawen, ade anak, dah beli rumah, kereta pun dah ada,segala-gala yang berlaku adalah rezeki darinya.Syukur ke atas-Mu kerana telah memberikanku segala kebahagian ini.Sambutan harijadi kali ni agak hambar sebab suami ku sakit kena food poisoning and Aliff anakku tu pun x sihat sgt. So plannya nak makan malam buffet di restoran bersama-sama emakku tapi last2 aku dan mak aku je pergi.Aliff tido awal so suami ku perutnya pun tak ok sgt pun x ikut sama duk kat umah je.

Tapi overall okla. Dah lama jugak tak makan berdua-duan special2 dgn mak aku tu sejak kawen ni.So berborak2 macam2 dengan mak.seronok gak.Makan buffet sepuas2nya. Semoga hidupku sepanjang 27 tahun dan seterusnya akan di-Rahmati oleh-Mu.Terima Kasih Mak melahirkan aku dan membesarkan aku jadi orang yang berguna!

Thursday, 30 June 2011

Bahasa Ibunda

Lama dah tak update blog nie.Banyak yang nak diceritakan x tau nak start mana dulu hehe.Ok la hari ni nak cerita ttg bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Malaysia. Skrg nie kan sy tgh ngajar prof. Jepun tu BM. Bila tgk prof tu belajar BM bersungguh2 terasa macam kecik pulak diri nie. Orang kita sendiri pun tak mahu memperbaiki BM sendiri. Prof tu pun sendiri cakap yg org Malaysia ni tak guna BM sgt. Jadi walaupun perkataan yg ingin disampaikan itu ada dalam BM, tapi kita lebih selesa gunakan dalam BI sebabnya semua org jarang guna perkataan BM tu. Contohnya, telefon selular( handphone ), kedai serbaneka ( convienience store )ke. Prof tu cakap tak pernah dengar orang Malaysia cakap pun. hurm.....

Untuk menjadi maju perlukah semua benda harus menerusi medium bahasa Inggeris? Entahlah sesetengahnya perlu, sesetengahnya tak perlu. Tapi kan kalau kita tengok blok dunia yang maju kan.Contohnya China, Jepun, Jerman, Perancis  byk gunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Rasanya mereka lagi hebat sebab tahu bahasa ibunda mereka sendiri + BI, bagi yang boleh berbahasa Inggeris la.Ianya kredit utk kita yg mempunyai dwibahasa. Kita tak perlu nak pandang rendah orang yang tidak boleh berbahasa Inggeris ni.Bahasa Inggeris ialah keperluan bukanlah kemestian.Kalau kerjanya tidak memerlukan seseorang itu berbahasa Inggeris tak pandai pun tak apa.

Lagi satu saya nak kongsi tentang perpaduan di negera Malaysia ni. Kisah ini saya petik dari salah satu persidangan linguistics yang saya pergi. Salah seorang professor tu ade menyebut ade orang Malaysia ni sedang beri syarahan di oversea. Tak pasti apakah topiknya tapi macam-macamlah dia kondem tentang Malaysia ni. Isu itu isu ini... kemudian ada audience tanya 'What makes Malaysia stay piece and harmony regardless their different cultural and languages after the Independance Day until today?'. Orang Malaysia tu jawab ' Hurmm I think its because the various of food.' Tengok tu orang Malaysia sendiri tak boleh nak terangkan kenapa negara kita ini aman sejak merdeka lagi.Byk2 jawapan itu je yang dia boleh fikir.Tidak dinafikan yang memang Malaysia ni byk konflik dalaman tapi ade tak kita dengar bunyi bom meletup sana sini. Tak de kan... bersyukurlah dengan keamanan yg dikecapi selama ini.

Pernah tau saya di Jepun dulu tengah makan, kemudian ade pasangan suami isteri ni duduk sebelah meja kami.Kemudian dia tanya saya orang Malaysia ke.Pastu dia terus belanja saya dan kawan saya makan sebabnya dia kata dia suka Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Hahh...tercengangla jugak kan. Sampai begitu sekali mereka kagum dengan negara Malaysia dan penerajunya. Insaf sikit. Syukurlah..

Sebab itulah kita harus mempertahankan juga bahasa ibunda kita ni sebabnya itulah jatidiri kita. Kalau kita hilang itu, hilanglah identiti diri kita.Orang Malaysia? Bahasa Malaysianya hancur....rupa je la org Malaysia.Sayang,sayang.