Thursday, 30 June 2011

Bahasa Ibunda

Lama dah tak update blog nie.Banyak yang nak diceritakan x tau nak start mana dulu hehe.Ok la hari ni nak cerita ttg bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Malaysia. Skrg nie kan sy tgh ngajar prof. Jepun tu BM. Bila tgk prof tu belajar BM bersungguh2 terasa macam kecik pulak diri nie. Orang kita sendiri pun tak mahu memperbaiki BM sendiri. Prof tu pun sendiri cakap yg org Malaysia ni tak guna BM sgt. Jadi walaupun perkataan yg ingin disampaikan itu ada dalam BM, tapi kita lebih selesa gunakan dalam BI sebabnya semua org jarang guna perkataan BM tu. Contohnya, telefon selular( handphone ), kedai serbaneka ( convienience store )ke. Prof tu cakap tak pernah dengar orang Malaysia cakap pun. hurm.....

Untuk menjadi maju perlukah semua benda harus menerusi medium bahasa Inggeris? Entahlah sesetengahnya perlu, sesetengahnya tak perlu. Tapi kan kalau kita tengok blok dunia yang maju kan.Contohnya China, Jepun, Jerman, Perancis  byk gunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Rasanya mereka lagi hebat sebab tahu bahasa ibunda mereka sendiri + BI, bagi yang boleh berbahasa Inggeris la.Ianya kredit utk kita yg mempunyai dwibahasa. Kita tak perlu nak pandang rendah orang yang tidak boleh berbahasa Inggeris ni.Bahasa Inggeris ialah keperluan bukanlah kemestian.Kalau kerjanya tidak memerlukan seseorang itu berbahasa Inggeris tak pandai pun tak apa.

Lagi satu saya nak kongsi tentang perpaduan di negera Malaysia ni. Kisah ini saya petik dari salah satu persidangan linguistics yang saya pergi. Salah seorang professor tu ade menyebut ade orang Malaysia ni sedang beri syarahan di oversea. Tak pasti apakah topiknya tapi macam-macamlah dia kondem tentang Malaysia ni. Isu itu isu ini... kemudian ada audience tanya 'What makes Malaysia stay piece and harmony regardless their different cultural and languages after the Independance Day until today?'. Orang Malaysia tu jawab ' Hurmm I think its because the various of food.' Tengok tu orang Malaysia sendiri tak boleh nak terangkan kenapa negara kita ini aman sejak merdeka lagi.Byk2 jawapan itu je yang dia boleh fikir.Tidak dinafikan yang memang Malaysia ni byk konflik dalaman tapi ade tak kita dengar bunyi bom meletup sana sini. Tak de kan... bersyukurlah dengan keamanan yg dikecapi selama ini.

Pernah tau saya di Jepun dulu tengah makan, kemudian ade pasangan suami isteri ni duduk sebelah meja kami.Kemudian dia tanya saya orang Malaysia ke.Pastu dia terus belanja saya dan kawan saya makan sebabnya dia kata dia suka Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Hahh...tercengangla jugak kan. Sampai begitu sekali mereka kagum dengan negara Malaysia dan penerajunya. Insaf sikit. Syukurlah..

Sebab itulah kita harus mempertahankan juga bahasa ibunda kita ni sebabnya itulah jatidiri kita. Kalau kita hilang itu, hilanglah identiti diri kita.Orang Malaysia? Bahasa Malaysianya hancur....rupa je la org Malaysia.Sayang,sayang.

No comments:

Post a Comment