Monday, 23 May 2011

Cosmetics

Salam semua,

Today I just wanna share with you all about my skin care products bermula dari zaman remaja sehinggalah sekarang.


Start seriously pakai skin care product ni sejak sekolah menengah.

Neutrogena

Saya pakai product ni selepas pergi bercuti di Aussie bersama family time form one dulu. Ade free sample kat shopping mall di Aussie. Byk juga dia bg free. Mostly facial wash, dr bentuk sabun buku tu sampailah foam type.Inilah product yg sy first pakai kot.Tapi tak sesuai sgt untuk saya sebab muka saya jd kering n rasa tak syok je lepas pakai. Tapi it suits my eldest sister. Dia sesuai pakai products ni. Muka dia berminyak jugaklah... tapi pakai products ni boleh control her acne problem jugak.Good for her not for me.


AVON

Then tukar pulak pakai jenama AVON since my mom is one of the AVON dealer.I dont remember which products in AVON that I used back then but I dont think AVON is suitable for me too.I used it for couples of month macam tu je.Lipstick dia pun saya tak sesuai even its just a lip balm. It makes my lip dry and entahlah, I dont like it at all.But there are one products from the AVON, yg saya pakai agak lama. Cucumber peel off facial mask.Gel ni sejuk je rasanya. Selalu pakai sebelum tido. Bila bangun muka jadi tegang cam refreshing. Zaman sekolah menengah dulu selalu pakai terutama sekali lepas penat study malam then tak leh tido.Selalu letak kat around mata. Sebab bila kering dia melekat kat mata ni then terus tido. It was not a good habit. Dulu kalau pakai sesuatu product tu main pakai je. Tak baca pun instruction die. Rupa-rupanya product ni lepas pakai 10 min cam tu terus kena peel off n cuci muka.haha...tak tau la pulak time tu.siap pakai sampai tido lagi.Dulu saya ade some kind of birth mark around my eyes.Cam hitam sikit gitu around eye's area.Tapi kalau nak compare dengan gambar form one dengan form form 3 tu memang jauh beza.The dark circle around my eyes tak nampak sangat.Sebab product neh ke? entah lah. Tapi bile dah besar baru tahu yg kita tak leh nak sesuka hati bubuh lotion ke ape ke kat around mata ni. Sebab itu part yg paling sensitif di muka. Sekarang sy tak pakai dah lagi product ni. Nape ek...entahlah saya pun tak tau. dah jarang gi AVON kot.untuk muka it was a good product though.

Then saya ade cuba beberapa products biore la, try a few products from AVON jugak lagi tapi tak sesuai. Biasala zaman remaja muka cam blemish n ade jerawat sana sini sikit. None of it solve my problem.

Hazeline

Selepas itu saya berjumpa dengan product ni.Hazeline snow.Selalu nampak kat farmasi kan product neh.Saya pakai product ni agak lama la. Sesuai gak dengan kulit saya.Saya pakai facial wash n cream dia.sampai saya habis form 5 saya pakai product neh.Di samping itu saya pakai juga Tea tree oil T5 tu bila ade jerawat. berkesan gak. Then malam2 pakai bedak sejuk. Saya pakai bedak sejuk mawar. Jenama org kampung kot. tak ingatlah tapi warna dia merah jambu cam warna bunga ros. dia bedak sejuk cecair. wangi je baunya. suka pakai. Malam2 mesti menepek kat muka bedak sejuk ni. Memang bagus bedak sejuk ni.



NIVEA

Then bila abes form 5 umur 18thn cam tu rasa cam dah tak sesuai pakai hazeline ni. Agaknya hormon berubah penerimaan kulit kita dengan product tertentu pun berubah kot. Saya pakai NIVEA pula lepas tu. Saya tukar kepada product yang saya boleh pakai di Jepun juga nanti .Di Jepun rasa macam ade je jual NIVEA punya product gak.Ok la saya sesuai gak la pakai NIVEA ni. Suka facial wash gel dia yang warna biru neh.Rasa segar je lepas basuh muka. Since then saya pakai dia punya cream , toner , dll. Tapi muka saya sikit berminyak so saya tak sesuai dengan cream dia. Agak berminyak untuk kulit saya. Selepas baca sana sini rupa-rupanya kalau muka berminyak ni tak sesuai pakai cream lagi sesuai pakai lotion.Cream tuk kulit kering. Naruhodo..

Ingatkan kat Jepun byk product NIVEA tapi,i body lotion, cream, lip balm tu ade la, facial wash, toner cam tu takde. So mmg kena bwk dr mesia.






De bella

Di Jepun semasa musim sejuk kulit jadi extra kering, so memang selalulah pakai NIVEA punya lotion kat tgn kaki semuanyalah.Bila musim sejuk kan keringnya sampai gatal2 kulit. Tapi yg tak syoknya bile terkena air, cth nak amik air sembahyang ke basuh tgn ke yg letak NIVEA lotion tu dia jadi cam berminyak dan tak selesa.Utk body lotion saya berubah kepada De Bella Aloe Vera product. Tak taula korang pernah dengar ke tak product ni tapi memang bagus la Aloe Vera gel dia. Sejuk je dan bila kering terus meresap dalam kulit dan melembapkannya tapi tak de rase berminyak. Start guna time tahun 3 di Jepun. Memang bagus. Time musim sejuk tu kalau kulit gatal sebab kering sapu je ni. Sebelum tido pun mesti sapu dulu.Kalau ade kesan melecur, luka ke letak je gel ni memang cepat sembuh, kalau melecur tu kan rasa panas je kulit tapi bila letak je gel ni terus dia cool dan sembuhkan cepat juga.Satu family suka product ni pakcik makcik sepupu semuala guna.Bau pun wangi je. Anak saya pun pakai gak gel ni kalau kulit dia gatal2 ke.



Shiseido

Bila tahun terakhir saya di Jepun, kulit saya ni macam tak sesuai plak dgn NIVEA ni.bukannya apa dia macam kering semacam bila musim sejuk tu. De bella gel tu saya letak kat badan je kat muka letak sebelum tido je. So bila siang saya pakai Nivea lotion tapi entahlah cam tak berkesan je. Then saya pun tgh usha2 product lain tuk kulit saya ni.Macam dulu jugak la rasanya bila hormon berubah kulit pun berubah kot.So saya fikir this is the last year of my studies then nak kerja dah, apa salahnya pakai product mahal sikitkan tuk kulit kita. Saya masuk satu kedai cosmetic di Jepun ni. Org kedai tu baik sgt , dia dealer shiseido, so dia bagi saya macam2 sample, time saya pergi tu saya tak beli terus saya try dulu sample dia, facial wash, toner dia lotion dia , memang best.Bila sapu di muka ni memang terus masuk ke kulit ni rasa fresh sgt. Dan sesuai tuk muka saya yg ketika tu kering dek musim sejuk. Tapi masalahnya saya bila musim panas muka blemish sikit. Tapi shiseido ni dia ade beza produk musim sejuk n panas. Musim sejuk pakai kaler merah, then musim panas pakai kaler putih botol dia.Memang sesuai tuk saya. Saya pakai shiseido benifique NT lines product.Ni gambar dia..


Benifique NT

Clear synergy water/Lift synergy water

Clear synergy milk/Lift synergy milk lotion

Facial wash

Harga dia mahal gakla tapi rase berbaloi sebab sesuai dengan muka saya n it solve all my face problem.Suka sgt. Rase fresh je muka ni. Beza antara LIFT dan Clear tu saya pun tak ingatla.Tapi yang pasti satu tu tuk kulit berminyak satu lagi tuk kulit kering.Dalam bhs Jepun tu dia kata satu tu sappari suru/lagi satu tu shittori suru dah tak ingat yg mane satu sy beli.Kalau nak murah sikit bila kali kedua beli refill saja. Cth yg macam kat bawah ni just beli botol shj, cap dia boleh reuse balik.


Seronok gak beli kat shiseido punya kedai bab dapat baucer setiap 10,000 yen dapat 1000 baucer. Okla bila dapat baucer tu saya selalu beli eye shadow dia Intergrate hargenya 1500 yen saja.Warna pun lawa. Dan sesuai dengan kulit saya.Kalau kita pakai eye shadow yang tak bagus dia macam berbedak dan berdebu sikit cam tak blend dengan kulit mata kita, tapi INTEGRATE ni bila kita pakai lama2 lagi cantik sebab dia blend dgn kulit kita.


Di kedai yang Shiseido yang saya selalu beli tu, dia ade servis massage muka, n check muka kita ni ok ke tak..bagus sgt. Free je kalau jadi ahli.Then, kalau nak pergi outstation dia akan pack kan travel kit tuk kita. Free je.Dia pack kan barang2 yg saya guna kat atas tu dalam botol yg kecik2. Untuk selama mana saya pergi out station. Kalau gi out station 3 hari ke seminggu ke dia, akan pack ikut keperluan kita lah. Kalau sebulan tu tak tau la kan hahaha… bankrupt la kot.

Semasa nak balik dari Jepun tu memang borong gak la sikit eye shadow dia dgn skin care products dia Benifique tu.Tuk buat hantaran kawen jugak.Memang borong habislah. Lagipun time tu berduit kerja kat sanalah katakan. Bujang lak tu. So no problem…sekarang ni je yg bermasalah.Haaa Shiseido di Malaysia mahal!! Dengan gaji ciput di sini tak mampu weh.

Disebabkan saya byk borong di Jepun dulu boleh bertahanla sampai 2 tahun lepas saya balik mesia brg2 shiseido tu.Sekarang dah habes dah…usha2 di Malaysia, Benifique NT lines product tiada. Dia ada shiseido benefiance. Ni tak sama dgn saya guna dulu.Yang ini untuk kulit lebih tua. More to anti-aging, lifting macam tu la. Nama lebih kurang je kan.So saya pakai Shiseido white lucent.So far ok,mula2 ingat nak berhenti pakai Shiseido ni , saya try product lain yg murah tapi tak sesuai dgn kulit, sebab tu beli shiseido gak. Saya beli set punya ade semuala benda dalam gambar bawah ni Cuma sebab dia set so ade yg dpt botol kecik, ade yg besar.But it worth la sebab set dia combined2 lagi murah dari beli satu2.Time tu anak tak besar lagi, rumah pun tak beli lagi bolehlah nak beli set tu… tapi sekarang…. Sudah habes dan kena beli lagi…ni pun siap gunting facial wash tu korek2 dalamnya,memang guna sampai ke titisan terakhirla katakan.





Dengan ini, saya pun kumpulkan duit sikit2 lama2 jadi bukit tuk beli shiseido ni.Sekrg ni shiseido tgh buat promotion dalam set jugak macam dulu.Tgh semangat nak kumpul duit neh.ade la rezeki sikit duk mengajo prof. tu BM. Dapatla side income sikit.Ade jugak terpikir nak beli yg lagi murah tapi kan, saya ni bukannya pakai sangat make-up, mascara ke eye liner ke semua tu saya tak beli.Eye shadow yg integrate borong dulu pun tak habes2 lagi.So apa salahnyakan kalau skin care product ni mahal sikit** hehe nak sedapkan hati** bolehlakan….


No comments:

Post a Comment