Kali ni nak cerita pasal conference Japanese education saya pergi baru-baru ni.Jumpa ramai sensei di situ.Termasuklah sensei saya dulu!! huhu rindu sama mereka. Mereka pun dah mengajar di tempat lain.Bukan di tempat saya belajar dulu. derang tau yang saya dulu couple with my bf yang satu kelas semasa belajar bahasa jepun dulu...now saya pun dah kawen dengan bf saya tu yakni husband saya sekarang.Bila my hubby pick me up time nak balik tu..sempatlah sensei tu jumpa anak saya.Bila fikir balik cepatnya masa berlalu.Dulu saya belajar dengan sensei tu,tapi sekarang dah jadi rakan sekerja dah pun.But cikgu akan sentiasa jadi cikgu kita kan.
minggu ni busy marking n jaga exam. Syok juga jaga exam ni bab semuanya fakulti akademik yang uruskan.Ramai yang jaga kelas kita.So kita pergi sana sebab takut ada student nak tanya soalan ke..tu je..yang lain tu edarkan kertas ke , slip periksa ke kira kertas ke semua mereka yang uruskan.Siap ada makan petang lagi.Syok2.
Saya lihat banyak beza exam di jepun dan malaysia ni. Malaysia ni lagi strict. Masa saya belajar dulu , ramainya budak yang meniru.Yelah satu hall besar cikgu yang jaganya seorang dua je. manalah boleh nak cover semua orang.Dahlah tu lecturer di jepun ni pun jarang nak round2 keliling student.So ramailah yang meniru.Kita sebagai foreign student ni jugalah yang terkial-kial jawab soalan dengan jujurnya.Ye la kalau kene cekup mau fail subjek tu.Tup tup biasiswa kena tarik balik ke ...eiii nahas tu.
Saya rasa Jepun ni terlalu percaya pada orang.Budaya mereka tiada unsur seleweng sebab semuanya atas kepercayaan.Tinggal rumah tak berkunci pun tak apa. Tapi tu dululah.Sekarang ni zaman dah berubah.Remaja Jepun pun dah berubah.Mereka tak bolehlah nak percaya sangat pada student derang sampai exam pun jaga sambil lewa je.Memang ramai le yang meniru.
Bila saya bekerja di Jepun pun banyak unsur kepercayaan orang Jepun ni.Contohnya, punch in and out dalam com sendiri saja.Nak letak over time bape pun ikut time sendiri je..janji jujur bila isi tu.Kalau datang lambat, pandai-pandailah cover balik dengan balik lambat or ganti hari lain masa yang tak cukup tu.kalau orang yang tak jujur tu boleh je derang isi sesuka hati.Boss pun tak tekankan sangat benda ni.Yelah bagi derang dah dewasakan takkan tu pun nak monitor kot.
Tapi kalau kat mesia memang tak bleh arr buat gitu. Ramai yang amik kesempatan nanti. Di jepun pun MC tak ada.Kalau sakit tu , bgtau boss je sakit, MC tak perlu.Lain pula di Mesia ni.Semua nak bukti.Sebabnya orang mesia tak boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment