Tuesday, 30 November 2010

---yasumimasu--

Last week ada meeting tentang nak buat international festival di fakulti saya ni.Semua guru bahasa asing ni akan memberikan kerjasama dan idea nak buat festival ni.Menarik juga dapat belajar budaya negara lain kan.Bila tengok guru bahasa yang lain cakap french la, spain la rasa cam kagum plak derang boleh berbahasa lain.Sendiri boleh cakap Jepun tak de la rasa hebat sgt.Biasala kita ni, bila tengok orang, rasa kagum saja , tapi bakat yang ada pada diri sendiri tak sedar pun keistimewaannya.

Setelah berfikir dengan teliti saya akan melanjutkan pelajaran saya dalam bidang linguistics. Saya akan ambil Master of Applied Linguistics di universiti dalam negara saja.Ada saja scholarship dari Jepun yang menawarkan scholarship tuk buat master ni.Tapi tak boleh bawa family.So saya terpaksalah menolak scholarship tu bulat2.

Sambil saya buat master nanti saya juga akan ambil Sijil untuk mengajar Bahasa Jepun di Japan Foundation KL.Saya akan belajar tentang cara-cara nak mengajar dalam bahasa Jepun, budaya dan Introduction to Japanese linguistics juga.Kelasnya setiap hari sabtu selama setahun. Kalau saya ambil sijil ni di Jepun, lagi cepat habis.6 bulan saja pergi belajar di Jepun dah dapat sijil tu.Tapi, again, sbb tak boleh bawa family harus ku simpan hasrat tu jauh2. So ambil di Malaysia sajalah.Cuma nak habiskannya tu lamalah sikit.

Bila nak buat PHD baru nak fikir buat oversea kot.Sbb Phd baru boleh dapat scholarship yang boleh support family sekali.

Semoga segalanya berjalan lancar,study,work and family.

tajuk entry kali ni ialah berehat~~ so saya ingin berehat dari menulis blog ini sebab jadual study dan kerja yang ketat .sgt busy. Nak uruskan anak lagi.Oleh itu sehingga ada big event baru update lagi.Cthnya dah dapat master ke hihi....ok la sekian saja. Doakan kejayaan saya, dan terima kasih kerana membaca blogku ini~~~

2 comments:

  1. kak aisyah!!!
    boleh x saye baru bace comment akk kat blog saye tu...heheh
    jom jom...akk gi tak wedding kaklina nanti? iAllah kite leh jumpe kat sane...
    anyway kak aisyah dok mane/keje mane skang?

    ReplyDelete
  2. Akak gi wedding kak lina tu.Sungguh meriah.Ramai sgt org.Akak jumpe onchri dan aji and kak syara.Yang lain tu tak jumpa pun.Mehla calling2.Akak dah jadi nihongono sensei kat dai.Leh kite jumpe bile2 free. ^ ^v

    ReplyDelete