Monday, 22 November 2010

Updates

Sepanjang minggu lepas dan sebelumnya amatlah busy. Marking paper students. Sekarang ni semuanya dah settle, busy nak buat soalan exam pulak. Kena fikirkan soalan yang mencabar dan menarik sikit.Payah gak ek nak buat soalan ni.Dulu time student tak terfikir plak yang lecturer ni sebenarnya memerah otak jugak nak buat soalan tuk kita..hihi. Now i know..

Last two weeks, ada Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk Fakulti Sains Sosial which means my department also has to take part this this big event. Even though I am a new staff in the university,I've been given the opportunity to attend this event. Sangat la seronok.Tapi setiap department kena buat persembahan.So the staff in Pusat Bahasa decided to perform a drama.Sangatlah kelakar ceritanya. Semua orang yang melihat persembahan kami ketawa.Which is good.Luckily ,saya hanya jadi backup role saja.Tak payah nak hafal dialong byk sgt.hihi....kecut perut jugak naik atas pentas. VC, dean semuanya ada. I enjoyed the atmosphere. It was so fun and lively.Semua persembahan memang menarik. That is when I felt that I am belong in here. Dulu my ex - company also ada buat dinner event but , eventhough the event has many persembahan siap ada artis jemputan datang menanyi tuh. But somehow, I felt that I dont belong there.I dont know how to describe,but that is the feeling that I felt back then.The feeling that you are trying hard to blend in with the working environment around you, but no matter how hard you tried it is a failure.

Now, I am thinking to further my studies in my working area.I really wanted to go Australia.There is a good Japanese Language Course in Monash University.Even lecturers in Japan going to the university to get PHD or masters.

Another Japanese sensei here also want to further her studies in Japanese Linguistics.She got scholarships for that.Bestnya!! Buat PHD,it is in Singapore.I dont remember the university name but it has Japanese Linguistics Courses and it is famous for the Japanese studies.

Both universities is a leading universities in Japanese Linguistics.You dont need to go to Japan for furthering your studies in Japanese Linguistics area.I think it is better to study outside Japan.Because we are teaching students that do not know Japanese language.So we must know linguistics terms in English first so that we can explained to them easily.I have been in Japan for 5 years.So i think that my knowledge about Japan is quite Ok.If I want to do research in Japan,I can do it by taking other research grants.

Sekarang ni tgh survey2 scholarships yang available dalam/luar negara.Sikit sgt scholarships untuk Social Science students.Rata-rata engineering students belambaklah.

Ini cerita hari raya haji hari tu,

banyak perkara kena di korbankan.Kita orang buat Aqiqah untuk anak kami di Camodia.Serahkan urusan itu pada pihak penganjur.So aqiqah untuk anak tu dah settle.
then pada hari raya haji plak, Aliff demam panas sangat. Tak tahulah kenapa.Nak tumbuh gigi kot.3 hari dia demam.Kiteorg tak beraya mana-mana pun asyik jaga dia saja.Risaunyalah, panasnya turun naik.Sekarang dah sihat.Makin aktif. Lega tengok mukanya dah senyum.

Alhamdulillah~~

Wednesday, 3 November 2010

Cara mengelak marah terhadap anak2

Cara mengelak marah terhadap anak2

Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama..

para ibu bapa sekalian..

Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.



Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.



Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.



2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.



3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.



4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.



5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak.



Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.



Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.


Tuesday, 2 November 2010

Conference

Kali ni nak cerita pasal conference Japanese education saya pergi baru-baru ni.Jumpa ramai sensei di situ.Termasuklah sensei saya dulu!! huhu rindu sama mereka. Mereka pun dah mengajar di tempat lain.Bukan di tempat saya belajar dulu. derang tau yang saya dulu couple with my bf yang satu kelas semasa belajar bahasa jepun dulu...now saya pun dah kawen dengan bf saya tu yakni husband saya sekarang.Bila my hubby pick me up time nak balik tu..sempatlah sensei tu jumpa anak saya.Bila fikir balik cepatnya masa berlalu.Dulu saya belajar dengan sensei tu,tapi sekarang dah jadi rakan sekerja dah pun.But cikgu akan sentiasa jadi cikgu kita kan.

minggu ni busy marking n jaga exam. Syok juga jaga exam ni bab semuanya fakulti akademik yang uruskan.Ramai yang jaga kelas kita.So kita pergi sana sebab takut ada student nak tanya soalan ke..tu je..yang lain tu edarkan kertas ke , slip periksa ke kira kertas ke semua mereka yang uruskan.Siap ada makan petang lagi.Syok2.

Saya lihat banyak beza exam di jepun dan malaysia ni. Malaysia ni lagi strict. Masa saya belajar dulu , ramainya budak yang meniru.Yelah satu hall besar cikgu yang jaganya seorang dua je. manalah boleh nak cover semua orang.Dahlah tu lecturer di jepun ni pun jarang nak round2 keliling student.So ramailah yang meniru.Kita sebagai foreign student ni jugalah yang terkial-kial jawab soalan dengan jujurnya.Ye la kalau kene cekup mau fail subjek tu.Tup tup biasiswa kena tarik balik ke ...eiii nahas tu.

Saya rasa Jepun ni terlalu percaya pada orang.Budaya mereka tiada unsur seleweng sebab semuanya atas kepercayaan.Tinggal rumah tak berkunci pun tak apa. Tapi tu dululah.Sekarang ni zaman dah berubah.Remaja Jepun pun dah berubah.Mereka tak bolehlah nak percaya sangat pada student derang sampai exam pun jaga sambil lewa je.Memang ramai le yang meniru.

Bila saya bekerja di Jepun pun banyak unsur kepercayaan orang Jepun ni.Contohnya, punch in and out dalam com sendiri saja.Nak letak over time bape pun ikut time sendiri je..janji jujur bila isi tu.Kalau datang lambat, pandai-pandailah cover balik dengan balik lambat or ganti hari lain masa yang tak cukup tu.kalau orang yang tak jujur tu boleh je derang isi sesuka hati.Boss pun tak tekankan sangat benda ni.Yelah bagi derang dah dewasakan takkan tu pun nak monitor kot.
Tapi kalau kat mesia memang tak bleh arr buat gitu. Ramai yang amik kesempatan nanti. Di jepun pun MC tak ada.Kalau sakit tu , bgtau boss je sakit, MC tak perlu.Lain pula di Mesia ni.Semua nak bukti.Sebabnya orang mesia tak boleh dipercayai.

Saturday, 23 October 2010

Life

Salam semua,

Busy sungguh minggu ni tak sedar cepat betul masa berlalu.Im really enjoy my works here, kalau dulu rasa macam lamanya nak abis seminggu tu.For those who thinking that way,you should consider to find another jobs that suits you.Yes,I admit that every jobs has its good and bad day.Tapi kalau dah every weeks counting days bila nak sampai weekends tu,there must be something wrong.

Minggu ni saya pergi kursus kepimpianan selama 2 hari dianjurkan oleh universiti saya.It was sooooooo funn!!! Jumpa ramai orang.dari yang berpangkat tinggi sampailah rendah.Seronok sangat.Love the participants.Kalau dulu saya sertai kursus di company dulu rasanya macam tak adalah seseronok ni.Thanks to Allah,I've been given an opportunity to change my job.


Semasa kursus kepimpinan tu ramai yang bertanya, why I gave up my engineering world and jump to Japanese teacher.Ramai yang rasa,kalau kita tu pandai maksudnya you should take eng or medicine. If not,you must be some gifted person but your just waisting your talent.WHY!! why they have to judge people who takes arts stream like that?

For a moment termakan juga dengan kata-kata mereka.yelah gaji jadi eng lagi tinggi kan, kalau jadi lecturer dalam bidang eng pun gaji lagi tinggi dr sekarang.memanglah,tapi aku ni dah tak larat nak amik eng.Kalau nak ke bidang tu nanti kena sambung belajar dalam bidang eng.Tak mahu!!!

But diaorg kata eng has many fields, ada research management eng ( how to handle research) , eng education ( how to be a good eng kot ), and banyak lagilah yg depa kata.Tak semestinya kena belajar elektrik, mekanikal eng yang terlalu spesific tu.Hurmm new info neh.Tak tau pula ada bidang sebegitu.They said dengan pengalaman saya di Jepun as Engineer n Malaysia juga,I would be a good candidate for their faculty.

Tergoda sejenak.Saya ni bukannya benci sgt dengan eng ni.Cuma dah malaaas sgt nak masuk lab and so on.Masih terasa lagi tensionnya kerja sbg eng when you are pregnant.Stress2.Walaupun tak handle chemical selalu time pregnant but its the same building.I can still smell the chemicals when I pass through the corridor to go to my office when I was working in private sector not long ago.Kalau ada problem eng ni jugakla yang kena turun ke lab tengok walaupun tgh pregnant.yelah costumer nak cepat.Kalau operator buat silap ke kita eng ni jugaklah yang kena menjawabnya.Not a good environment for women.Dulu my boss perempuan tu,dia tu selamba je turun lab bila pregnant.But kalau dia tu, tak kisah,takkanlah orang lain pun kena ikut cara dia betul tak.lain org lain kisahnya bila mengandung ni.Ada yang tahan.Ada yang tak tahan.
Lagi pun saya ni jenis yang phobia sket time prengnant.Takut ade effect apa2 kat beby dalam perut.Time pregnant, I dont wear makeup at all.Lipstik,cream and so on.Why? Do some reading gurls.All those things has plumbum and chemicals.It can be pass through to our child.Maybe it is not so dangerous,but why not kalau kita as mommyy sacrifice sikit all those things for our beby.its only 9 months.SUSHI pun tak boleh makan!!! sebab ianya raw.Doc kata tak boleh makan .Dalam semua buku panduan ibu mengandung ada tertulis.Samalah dengan telur separuh masak,half cook steak and so on.So bila mengandung tu bacalah buku panduan byk2 ye.

Ok enough about being an engineer while you are pregnant.Back to the chance that I should grab at Eng faculty.After, long thinking and discussion with my friends,I say NO to that.I dont care weather its offer you higher salary or not,my concern is the family value that I could earn by being as Japanese teacher. I could spend more time with my family.Jaga anak.Balik on time.Tak payah nak pening2 pala duduk lab, fikir formula or invent new things.I dont want to do that all my life.Lagi pun I already have my own room.Senang nak buat kerja.Ajar pun bhs jepun shj.Settle. Ala gajinya pun boleh tahanlah jugak.Cukuplah untuk family aku ni.Kalau nak lebih tu suruh my hubby sajalah cari.Yang penting pompuan ni kena byk fikir family.Kalau family tak terurus kita pun serabut.Cam ne nak buat kerja cam tu.Lg pun jadi guru bahasa ni pun seronok apa.Boleh buat research gak.Tapi bukan masuk lab lah.Menkaji pasal org jepunlah.Menarik2.

Di kursus tu jumpa org dalam banyak bidang.Ada juga yang jadi guru bahasa.Tapi guru bahasa computer.Hihihi C gengo.Tak sangka kat mesia dipanggil guru bahasa juga.Ada yang bidang computer Eng.Kawal pusat pencerapan bumi di universiti tu.menarik2.Dulu saya fikir kalau nak masuk universiti ni kena jadi lecturer saja.Sebenarnya ada banyak lagi jawatan di universiti yang menggunakan kepakaran kita.Kalau yng amik eng tu pun boleh jadi pegawai sanis/pegawai penyelidik.Tapi tu la kan nak masuk gomen ni bukannya senang.Tapi apa salahnya untuk mencuba.At least senang sikit drp kerja di private sector.

Sekrg ni my hubby tgh ada kursus.Uhuks rindu sama dialah.... huaaa..Jaga diri elok2 ye sayang.

oklah sampai di sini saja dah ngantoks .Bye!!

20.10.2010 - Happy 8 months years old Aliff. ( ^ ^ )v

Thursday, 7 October 2010

Si comel


~ Hensem tak rambut cam ini~

My little prince sudah makin membesar...so cute looking him growing day by day.Ini gambar dia time umur 5bulan kot.. rambut dia tak sekata! sana tebal sini nipis... kelakar sgt.






Align Left






~Hmm rasa ringan je kepala~

Pas tu kiteorg licinkan kepalanya di kedai mamak.
Bila nak potong bhg belakang telinga tu dia cam geli2 sket.
hihi...kelakar.




Sekarang ni muka dia dah lain sikit sebab demam dulu.Cam jadi kurus sket.Gambar raya entry lepas tu kira gambar terbaru dia jugak la.Kurus sikit kan.Bawah ni gambar dia seronok dapat pegang stereng kereta.Selalu dia tengok ayah dia je bawak.la ni dah pandai nak capai2 n pegang2.Sekali bagi die pegang stereng kereta tu terus excited.


Muka maintain macho dulu mula2.


Pas tu terus terkam stereng tu.Excitednye.

Posing sket amik gambar
~Comel~

Ini gambar ambik kat shopping mall.Sukanye dia dapat gi jln2.
Ecece...pandai berposing anak ibu ni.

Mata berair.Sebenarnya dah mengantuk dah time ni.Tapi Aliff menahan matanya.
~Bulat~
Ini pun one of his cutest pics
Tengah menyembur2 main air liur
~eee tempiaslah aliff~





Wednesday, 6 October 2010

Guru bahasa jerman

Siapa mahu jadi guru bahasa Jerman di universiti aku ni..sila contact aku ye...sedang mencari2 orang nak jadi guru bahasa jerman tetap.

Saturday, 25 September 2010

Hari raya 2010

Selamat hari raya semua.

Hihi walaupun dah terlambat tapi tak pe kan nak ucapkan ampun maaf sekrang.Raya tahun ni kami beraya di Kedah.Seronoknya.Bab mak aku pun balik ke kg di perlis.So kami dapat beraya bersama-sama.Melawat sedara pun boleh pergi dua-dua belah.Mula-mula melawat belah family aku.Then umah husband aku pulak.Syoknya...so takdelah rindu kat family time raya tu..walaupun tidur di rumah keluarga husband tapi still dapat jumpa dengan family sendiri di perlis.

Best2 best2...inilah perjalanan jauh yang pertama buat anakku Aliff tu....excited nampaknya dia.ye la seronok org duk dukung die...tidur pun dalam keta sejukk je....cuma bila dah lama sgt dlm kereta dia cam tak duk diam...bosan kot.

Sejak aku balik jepun memang aku tak pernah balik kg.Duk di jepun pun mana raya kat mesia..so lama jugak la aku tak balik kg ke arah utara ni.Aku nampak byk perbezaan di kwsn R&R .Semakin selesa.Ada tempat mandikan beby semua.Senang aku nak uruskan Aliff...siap boleh mandi makan semua...

Inilah kali pertama org kg husband aku n family belah mak aku kat kg tu tgk anak aku.Hihi..


Aliff pandang cameralah...
Senyummm semuaa..aliff pelik pandang kamera

Kepenatan menziarah saudara mara

Comelnya anak ibu ni....Zzzz