Showing posts with label dilema. Show all posts
Showing posts with label dilema. Show all posts

Friday, 10 April 2015

Sambung belajar PhD

Assalamualaikum,

Sudah lama tidak menjenguk laman blog ni. Terlalu sibuk dengan belajar dan tanggungjawab yang dipikul. Almaklumlah belajar master part time jadi dunia pun sudah tunggang terbalik. Alhamdulillah, saya telah habis master (viva dan tesis semua dah setel) dan dah dapat gred dah pun. Rasa lega sangat!!!

Hari ni rasa terpanggil nak update blog ni sebabnya kan antara banyak2 pilihan yang saya pilih semasa dalam dilema utk sambung master dulu saya ambil kursus Linguistik dahla tu buat tesis dalam subjek fonologi (kajian bunyi) pulak tu. Kalau lihat entri saya tentang sambung belajar dulu saya ada menulis yang bidang linguistik? fonologi? eiewww...hahaha sekarang ni dengan bidang tulah saya dah dapat master..kehidupan2. Kita hanya merancangkan, Allah yang menentukan segala2 nya.

Sekarang ini dilema lagi sebab nak sambung PhD pulak.

Bidangnye x kompem nak amik apa lagi dan negara pun tak tau nak gi mana satu.
Nak ke Jepun ke atau tempat lain.

Untuk entri ni saya just nak advice pada sapa2 yg nak sambung ke Jepun terutama sekali bidang sains sosial ini silalah buat persiapan setahun awal kerana universiti di Jepun ni hanya ambil pelajar pada bulan 4 setiap tahun shj. Tetapi permohonan nak masuk universiti Jepun kena buat tahun sebelum tu dalam bulan 9/10...hurmm dan ada peperiksaan kemasukan. Harus ambil exam di Jepun baru boleh dapat surat tawaran masuk universiti. Jadi sebelum dapat biasiswa lagi harus ke Jepun dulu amik exam, balik mesia tungu result, dah dapat baru apply biasiswa..tetapi mestilah kelamkabut sebab result keluar bulan 3 nak daftar masuk uni bulan 4 hurmmm cammano tu mana sempat!!! dengan biokrasi permohonan nak cuti belajar di Malaysia bagai semua memang muri desu!!

Saya tanya senpai saya yg dalam bidang engineering sonang saja nak gi Jepun. Mungkin bidang kejuruteraan ramai pelajar asing, jadi sistem kemasukkannya pun memudahkan pelajar luar negara tak macam bidang sains sosial ni.

Nampaknya macam susah je nak gi Jepun ni... inilah mula nak melencong mengintai2 tempat lain pula.

Semoga dipermudahkaNya..



Monday, 25 April 2011

Sambung belajar

Sebelum ni saya da pernah sebut yang nak amik Japanese Language Teacher Training Course di Japan Foundation KL so ari tu da dapat phone call kate application saya LULUS. Yuran pun da bayo untuk setahun. Jadilah student balik kejap. Sensei dia Japanese. Yamashita sensei. Ada jugak Japanese amik kelas ni.Kebanyakan mereka nak mengajar private tuisyen.Ye la macam kita orang mesia jugak la kan.Kalau orang suh kita ajar bahasa Melayu, anda yakin ke bahasa Melayu diri sendiri ni betui.Bab tu la ada gak Japanese yang amik kursus ni.

I'm looking foward nak gi kelas dia.

Entry kali ni pasal nak sambung belajar.

Saya sebenarnya dalam dilema neh.Tak tau nak sambung belajar bidang mana satu.Ada tiga dah yang bermain-main di fikiran neh.

Education - Curiculum and pedagogy
Linguistic - Second language acquisition
Translation -

Linguistics

Dalam linguistics pun ade pecah 2.

Pure Linguistics
Bidang ni memang detail pasal linguistik.Tapi makin mendalami makin ragu2 aku boleh bawak ke tak subeject ni.Dalam linguistics ni kan ade phonetics and phonology ( cara nak menyebut bunyi ) , syntax , discourse analysis, morphologhy, semantics, pragmatics, language acquistion etc. Saya boleh bawa subjek2 ni sampai master bolehlah kot.Tapi kalau nak fikirkan sampai PHD, dia kena details and kena kupas satu2 macam fail je nanti.Saya minat nak mengajar and involve in bahasa Jepun tapi linguistics ni dia macam terlampau detail tau. Contohnya kalau kita nak mengajar orang tentang bahasa Jepun, rasanya tak perlulah orang tu kena tahu dia punya phonology bahasa Jepun secara detail yang memerlukan orang tu tahu satu per satu bunyi dia datang dari tekak di bahagian mana.

Sebelum ni daya sudah bertanya pada Dr. di UM tentang pendapat dia mengenai nak melanjutkan pelajaran dlm linguistics di Jepun sebab dr. tu amik linguistics di Jepun sampai PHD.Memang pakarlah orangnya.Dia pun advise kalau takde basic linguistics jgnla amik kat Jepun terus nanti merana. Dia kata susah linguistics kat Jepun.Dia cam byk belajar teori.Boleh bayangkan kot. Sebab time belajar kat Jepun dulu dlm bidang Engineering dulu pun byk teori dan mendalam sangat subjeknya.Cthnya kalau kita kat mesia la kan belajar satu subjek calculus/Math. Tapi kat Jepun tu dia pecahkan, Vektor satu subjek, probability satu subjek, Matriks satu subjek, differential pun satu subjek bayangkan betapa detailnya subjek dia.Orang lain belajar subjek tu dalam beberapa bab saja kita belajar tuk satu semester pasal tu jek..Adehh.

Applied Linguistics

Yang ni menarik sket bab dia hanya menggunapakai bahasa itu.Cthnya, mengajar bahasa Jepun.Menggunakan bahasa Jepun dalam dialog, perantaraan, buku, dll.
Tapi kan kebanyakkan subjek applied linguistics ni more to English as a second language punya approach.Dekat malaysia tak ada Japanese punya case.

Dan untuk linguistics course di malaysia ni rata2 mmg Pure linguistics tu kena amik byk gak la then applied linguistics ni as elective courses.Hurm tak menarik.
Huwaa saya MINAT sgt nak amik course nie :

Master of Applied Japanese Linguistics di Monash University

Antara subjek yang ditawarkan

Teaching and Learning Asean Language
Issue in Japanese Language Education
Japanese sosiolinguistics
Asian language in contact
Teaching and learning Asian language

Subjek2 dia menarik.Dia byk isi tentang Japanese Language world tak tertumpu pada English language punya dunia.Isi subjek dia pun dari sudut kita, foreigner yang mengajar second language iaitu bahasa Jepun.Dan kita boleh melihat dunia luar yang sama-sama mengajar bahasa Jepun kepada non native speaker.Subjek yang ditawarkan straight to the point kepada apa yang saya minat.Tapi tu la money2. Mane ade duit nak pi belajar kat Aussie tu.memang tak tercapailah hasratku ini.Kalau tuk PHD maybe bolehlah kot.Tapi masalahnya sekarang nie.Aku nak sambung master amik ape ni.Ok disebabkan Linguistics yang ditawarkan di mesia ni tak cukup menarik saya jenguk2 gak fakulti pendidikan.


Education

Yang ni ada satu saja course yang sesuai dgn saya Curiculum and pedagogy.Course ni bolehlah dia ttg macam mana nak mengajar.Kalau kita sebagai guru bahasa apa approach yang paling sesuai untuk students and so all.Lagipun subjek pendidikan ni dia meluas.Kita boleh pergi ke mana bidang kita nak.kalau nak buat engineering balik pun boleh huhu.What I mean here is, ada kesinambungan la. Degree engineering, master education in Japanese Linguistics, PHD buat Japanese Applied Linguistics ke.Nampak tak perjalanan di situ.Cam ok je.

Translation

Yang ni pun menarik jugak tapi malangnya subjek ni tak ditawarkan lagi di fakulti saya.Malasla nak pi jauh2 sambung wat master buat dekat2 udah.

So, nnt saya tanya lagi pendapat orang lain ttg bidang2 di atas ni.
Moga Allah dapat menemukan saya dengan jalan yang betul.
Saya dah serik terjebak dalam benda yang saya tak minat untuk dilakukan sebagai kerja.

Setelah byk pengalaman yang saya lalui, minat saja tak cukup untuk buat kita sukakan kerja kita.Kena ade passion.In my case dulu saya minat belajar engineering, tapi tak suka nak kerja jadi engineer.Kali ni saya minat belajar bahasa Jepun dan suka jugak kerja dalam bidang bahasa Jepun ni.See...minat saja tak cukup untuk buat kita suka kerja kita.byk lg faktor lain yg perlu utk kita suka kerja kita.