Friday, 10 April 2015

Sambung belajar PhD

Assalamualaikum,

Sudah lama tidak menjenguk laman blog ni. Terlalu sibuk dengan belajar dan tanggungjawab yang dipikul. Almaklumlah belajar master part time jadi dunia pun sudah tunggang terbalik. Alhamdulillah, saya telah habis master (viva dan tesis semua dah setel) dan dah dapat gred dah pun. Rasa lega sangat!!!

Hari ni rasa terpanggil nak update blog ni sebabnya kan antara banyak2 pilihan yang saya pilih semasa dalam dilema utk sambung master dulu saya ambil kursus Linguistik dahla tu buat tesis dalam subjek fonologi (kajian bunyi) pulak tu. Kalau lihat entri saya tentang sambung belajar dulu saya ada menulis yang bidang linguistik? fonologi? eiewww...hahaha sekarang ni dengan bidang tulah saya dah dapat master..kehidupan2. Kita hanya merancangkan, Allah yang menentukan segala2 nya.

Sekarang ini dilema lagi sebab nak sambung PhD pulak.

Bidangnye x kompem nak amik apa lagi dan negara pun tak tau nak gi mana satu.
Nak ke Jepun ke atau tempat lain.

Untuk entri ni saya just nak advice pada sapa2 yg nak sambung ke Jepun terutama sekali bidang sains sosial ini silalah buat persiapan setahun awal kerana universiti di Jepun ni hanya ambil pelajar pada bulan 4 setiap tahun shj. Tetapi permohonan nak masuk universiti Jepun kena buat tahun sebelum tu dalam bulan 9/10...hurmm dan ada peperiksaan kemasukan. Harus ambil exam di Jepun baru boleh dapat surat tawaran masuk universiti. Jadi sebelum dapat biasiswa lagi harus ke Jepun dulu amik exam, balik mesia tungu result, dah dapat baru apply biasiswa..tetapi mestilah kelamkabut sebab result keluar bulan 3 nak daftar masuk uni bulan 4 hurmmm cammano tu mana sempat!!! dengan biokrasi permohonan nak cuti belajar di Malaysia bagai semua memang muri desu!!

Saya tanya senpai saya yg dalam bidang engineering sonang saja nak gi Jepun. Mungkin bidang kejuruteraan ramai pelajar asing, jadi sistem kemasukkannya pun memudahkan pelajar luar negara tak macam bidang sains sosial ni.

Nampaknya macam susah je nak gi Jepun ni... inilah mula nak melencong mengintai2 tempat lain pula.

Semoga dipermudahkaNya..



No comments:

Post a Comment