Entry kali ni nak share buku panduan untuk menyusukan anak yang mungkin berguna utk org lain juga.
Nama buku ni Hebatnya Susu Ibu!
Ni cover buku tu yang diambil daripada website karangkraf.
Sinopsis dari website karangkraf:
Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu bekerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.
Komen saya:
Buku ni banyak info yang menarik utk ibu2 yang nak menyusukan anak. Berjaya atau tidak lain cerita. Yang penting banyakkan ilmu menyusu dulu. Dulu aku rase nak menyusu anak tu senang je. Sumbat masuk je dalam mulut beby tu. Dengar taklimat cara menyusu kat hospital tu pun dah rasa memadai. Tapi biasala, sekali dengar pastu dah ingat2 lupa. Ada buku senang sikit nak belek2 bila nak dapatkan kepastian. Bila dah ada anak ni, baru tau bukan senang oit nak menyusukan anak. Lagi2 bila dah start masuk kerja. Buku ni ada segala panduan utk susukan anak, cara menyimpan susu ebm. Berapa lama susu tu akan bertahan dsb.
Kepada sesiapa yg nak tambahkan ilmu tu bolehlah beli buku ni. Tak mahal pun RM23 kot.
Sy beli buku ni kat kedai Mom Little Ones. Di kedai buku pun ada jugak kot.
Yang kelakar tu sebab ambil mudah sgt bab nak menyusukan anak dulu. Lepas tu, terkial2 cara yang betul nak susukan anak. Last2 dalam pantang suh en. suami gi cari breast pump. Tak sempat nak survey pun breastpump mana yg ok etc. Beli breast pump electric. Tapi ntahlah tak berkesan sgt. Lagi sakit adalah. Last2 beli breastpump manual anakku je. Bolehlah. Tak sakit n susu pun banyak keluar dari guna yg letrik punya. Tapi ntahlah cara tak betul ke apa dapat menyusukan anak selama 3 bulan cam tu je.. Lepas 4 bulan tu dah selang2 dengan susu formula pastu langsung dah terstop menuyusukan anak, lagi2 lepas dah masuk kerja susu pun makin kurang(ke aku je yg rasa kurang).
Kali ni beli breastpump manual jenama avent pula. Ada sale kat alamanda hari tu dari RM429 jadi RM342 cam tu. Sekali dengan ice cooler bag n coolent dia. Ramai kata jenama ni ok gak. So tawakal je la beli. Nak guna yg jenama anakku dulu tu tak boleh dah sebab dia punya vavle cepat koyak. Dan takde pengganti. Kalau nak vavle dia kena beli satu set balik. Huh.. tu yg beli jenama avent ni je terus. Lagipun dia memang dah sediakan 2 set valve dalam tu sekali. Kalau rosak jugak dua2 tu dengar kata boleh beli vavle dia je kalau koyak. Boleh cari kat kedai supplier Avent sendiri.
Ada lg x promosi breast pump jenama avent tu siap ngan cooler bag n coolent?nk beli jenama avent isis iq uno tp survey kt internet ni RM 550 ke atas tanpa cooler bag n coolent la..ada idea x nk bli yg set tu kat mana?
ReplyDeleteCuba tgk kat Kedai manjaku kat bandar baru bangi. 360 somethin harga dia. Lagi murah dr sy beli kt alamanda tu. Sorry lmbt balas.
DeleteEh 320 somethin. Yg jenis avent lain2 pun murah jugak kt kedai tu. Tak tau la time promo je ke or mmg harge dia cam tu
Delete