Sebelum ni saya da pernah sebut yang nak amik Japanese Language Teacher Training Course di Japan Foundation KL so ari tu da dapat phone call kate application saya LULUS. Yuran pun da bayo untuk setahun. Jadilah student balik kejap. Sensei dia Japanese. Yamashita sensei. Ada jugak Japanese amik kelas ni.Kebanyakan mereka nak mengajar private tuisyen.Ye la macam kita orang mesia jugak la kan.Kalau orang suh kita ajar bahasa Melayu, anda yakin ke bahasa Melayu diri sendiri ni betui.Bab tu la ada gak Japanese yang amik kursus ni.
I'm looking foward nak gi kelas dia.
Entry kali ni pasal nak sambung belajar.
Saya sebenarnya dalam dilema neh.Tak tau nak sambung belajar bidang mana satu.Ada tiga dah yang bermain-main di fikiran neh.
Education - Curiculum and pedagogy
Linguistic - Second language acquisition
Translation -
Linguistics
Dalam linguistics pun ade pecah 2.
Pure Linguistics
Bidang ni memang detail pasal linguistik.Tapi makin mendalami makin ragu2 aku boleh bawak ke tak subeject ni.Dalam linguistics ni kan ade phonetics and phonology ( cara nak menyebut bunyi ) , syntax , discourse analysis, morphologhy, semantics, pragmatics, language acquistion etc. Saya boleh bawa subjek2 ni sampai master bolehlah kot.Tapi kalau nak fikirkan sampai PHD, dia kena details and kena kupas satu2 macam fail je nanti.Saya minat nak mengajar and involve in bahasa Jepun tapi linguistics ni dia macam terlampau detail tau. Contohnya kalau kita nak mengajar orang tentang bahasa Jepun, rasanya tak perlulah orang tu kena tahu dia punya phonology bahasa Jepun secara detail yang memerlukan orang tu tahu satu per satu bunyi dia datang dari tekak di bahagian mana.
Sebelum ni daya sudah bertanya pada Dr. di UM tentang pendapat dia mengenai nak melanjutkan pelajaran dlm linguistics di Jepun sebab dr. tu amik linguistics di Jepun sampai PHD.Memang pakarlah orangnya.Dia pun advise kalau takde basic linguistics jgnla amik kat Jepun terus nanti merana. Dia kata susah linguistics kat Jepun.Dia cam byk belajar teori.Boleh bayangkan kot. Sebab time belajar kat Jepun dulu dlm bidang Engineering dulu pun byk teori dan mendalam sangat subjeknya.Cthnya kalau kita kat mesia la kan belajar satu subjek calculus/Math. Tapi kat Jepun tu dia pecahkan, Vektor satu subjek, probability satu subjek, Matriks satu subjek, differential pun satu subjek bayangkan betapa detailnya subjek dia.Orang lain belajar subjek tu dalam beberapa bab saja kita belajar tuk satu semester pasal tu jek..Adehh.
Applied Linguistics
Yang ni menarik sket bab dia hanya menggunapakai bahasa itu.Cthnya, mengajar bahasa Jepun.Menggunakan bahasa Jepun dalam dialog, perantaraan, buku, dll.
Tapi kan kebanyakkan subjek applied linguistics ni more to English as a second language punya approach.Dekat malaysia tak ada Japanese punya case.
Dan untuk linguistics course di malaysia ni rata2 mmg Pure linguistics tu kena amik byk gak la then applied linguistics ni as elective courses.Hurm tak menarik.
Huwaa saya MINAT sgt nak amik course nie :
Master of Applied Japanese Linguistics di Monash University
Antara subjek yang ditawarkan
Teaching and Learning Asean Language
Issue in Japanese Language Education
Japanese sosiolinguistics
Asian language in contact
Teaching and learning Asian language
Subjek2 dia menarik.Dia byk isi tentang Japanese Language world tak tertumpu pada English language punya dunia.Isi subjek dia pun dari sudut kita, foreigner yang mengajar second language iaitu bahasa Jepun.Dan kita boleh melihat dunia luar yang sama-sama mengajar bahasa Jepun kepada non native speaker.Subjek yang ditawarkan straight to the point kepada apa yang saya minat.Tapi tu la money2. Mane ade duit nak pi belajar kat Aussie tu.memang tak tercapailah hasratku ini.Kalau tuk PHD maybe bolehlah kot.Tapi masalahnya sekarang nie.Aku nak sambung master amik ape ni.Ok disebabkan Linguistics yang ditawarkan di mesia ni tak cukup menarik saya jenguk2 gak fakulti pendidikan.
Education
Yang ni ada satu saja course yang sesuai dgn saya Curiculum and pedagogy.Course ni bolehlah dia ttg macam mana nak mengajar.Kalau kita sebagai guru bahasa apa approach yang paling sesuai untuk students and so all.Lagipun subjek pendidikan ni dia meluas.Kita boleh pergi ke mana bidang kita nak.kalau nak buat engineering balik pun boleh huhu.What I mean here is, ada kesinambungan la. Degree engineering, master education in Japanese Linguistics, PHD buat Japanese Applied Linguistics ke.Nampak tak perjalanan di situ.Cam ok je.
Translation
Yang ni pun menarik jugak tapi malangnya subjek ni tak ditawarkan lagi di fakulti saya.Malasla nak pi jauh2 sambung wat master buat dekat2 udah.
So, nnt saya tanya lagi pendapat orang lain ttg bidang2 di atas ni.
Moga Allah dapat menemukan saya dengan jalan yang betul.
Saya dah serik terjebak dalam benda yang saya tak minat untuk dilakukan sebagai kerja.
Setelah byk pengalaman yang saya lalui, minat saja tak cukup untuk buat kita sukakan kerja kita.Kena ade passion.In my case dulu saya minat belajar engineering, tapi tak suka nak kerja jadi engineer.Kali ni saya minat belajar bahasa Jepun dan suka jugak kerja dalam bidang bahasa Jepun ni.See...minat saja tak cukup untuk buat kita suka kerja kita.byk lg faktor lain yg perlu utk kita suka kerja kita.
salam kak. sy duk search pasal mcm mana nk buat master kat jepun, then jumpa blog akak pasal ni. wow tak pernah tahu pon wujud master macam ni.
ReplyDeletenak tanya, master in japanese language ni kena ada degree in japanese language jugak ke? sy berminat gila nak amik course ni kalo ada sbb sangat2222 suka bahasa jepun ni. rasa nak belajar dgn lebih mendalam lagi. dah ada basic but.. just basic. tau hiragana and such je lah. kanji tu pandai2 belaja sendiri. so kalau nak amik master in nihongo ni, ape qualification kena ada? and dekat mana je yg offer course ni?
sorry, sy tau ni post lama. but sy harap akak perasan komen saya, and dpt bagi jawapan apa yang sy tanya tu ^^
wslm...seb baik teringat nak bukak blog yang dah berhabuk ni. Firstly, kalau nak belajar di Jepun tak semestinya belajar bahasa saja..apa2 bidang pun ok. Master selalunya tak perlukan pelajar fasih sgt bhs Jepun sbb lecturer semuanya tahap prof2 yang blh berbahasa Inggeris. Tapi kalau tahu lagi baguskan. Boleh try minta MARA selalunya yang support tuk master. Scholar Monbukagakusho pun boleh try. Kalau dalam Malaysia tu di UM ada Master in Japanese Linguostics.. Mmg pure Japanese Linguistics yang mmg kena tau cakap Jepun... blh tengok requirement kemasukan di website UM samada Kalau degree bukan Japanese language boleh ke. ataupun jadi macam saya ni tengah sambung master di UKM under Linguistics programme...tapi saya akan apply data bahasa Jepun. Bidang Linguistics ni banyak...ada sosiolinguistik, stilistik, semantik....kalau ada masa nnt sy terangkan dengan lebih lanjut pasal master in linguistics that related to Japanese Language. tinggal lagi satu semester je nak habiskan master ni... sedar2 antara byk2 pilihan yang tertulis dalam post tu saya amik Pure Linguistics hehehe.. bila dah masuk kelas baru tau best...amik bidang fonologi (bunyi) pula tu sbg final thesis... faktor lecturer pun ade..lecture yg ajar senang faham pun byk membantu walaupun subjek tu susah.post ni dah lama...teringat pula semasa masih terkapai2 mencari jalan utk masa depan..
DeleteBrowse blog pelaar ni pun boleh jugak http://farez-syinon.blogspot.com...tengah2 blog walking jumpe page dia..pelajar UM course Japanese Linguistics... boleh tahu pengalaman dia belajar di situ..rasanya dia baru balik dari Korea exchange student kat sana sekejap...pendek kata belajar bahasa ini tidak rugi sebab syiok kot...dan byk manafaatnya.
Deletewaaa. thanks akak sbb reply. ingatkan dah xde harapan dah akak nak reply. hihi. thank you so much!! :D
DeleteAssalam wbt.sy nak tanya kalau xde basic langsung dlm linguistik ni maksudnya degree sy lain boleh x nak cope dgn master linguistik.sy sgt berminat untuk ambil master linguistik.ape pndpt akk?ade tak org lain y akk pernah jumpa mcm ni?harap akk reply sbb berminat dgn kos ni.tqsomuch.=)
ReplyDeleteWalaikumsalam, di UKM boleh amik coursework.. amik coursework boleh je cope... yang penting kena banyak baca je la rasanya.. adala a few subject killer macam sintaksis dan fonologi tapi budak yg amik degree subject tu dulu pun x paham jgak...hahaha...pendek kata sama2 belajar balik je la. sy pun x de basic linguistics boleh survive...sebenarnya kalau degree kita lain lagi bagus kot buat linguistics sbb kta akan discover macam2 data untuk dikaji.
Deletesalam kak aisyah, utk mohon sijil japanese language for teacher training di japan foundation, ad mase tertentu ke utk apply and akk tau bln bila dibuka? sy tgk.di websiteny xde link utk course tu.
ReplyDeletesy dh tny, and diorang dh x offer course tu. hmm..and they gave me diff alternative, which is kna blajar kat jepun. mahalla x mampuT_T.
ReplyDeleteSorry lambat balas. Tahun lepas diaorg x offer. Tapi tahun ni dah offer rasanya balik. Cuba tanya balik.
DeleteAssalam..kak say a Nk tnya klu lpas f.6 Nk smbung Blja do jpun bole X? X pon lpas ijazah... kos animasi ad ke?
ReplyDeleteBergantung pada laluan nak ke Jepun tu. Kalau nak buat secara private boleh saja. Tapi kena belajar bhs Jepun dan amik exam dulu la pastu baru leh gi Jepun. Banyak private institusi yg offer utk gi Jepun. Macam akak dulu belajar kat Institut Bahasa Teikyo, dkt2 dengan MidValley tuh. Kalau scholarship animation selalunya kerajaan x offer.
DeleteSalam kak, Kalau nk jd Japanese Language Teacher Kena amik Education Foundation la kan?
ReplyDeleteAnd they need spm or stpm utk apply course in?
Akak Kali translation pulak mcmana?
DeleteSyarat-syarat utk amik course ni ada dalam Japan Foundation punya website. Utk melayakkan ambil course ni kena ada Japanese Language Proficiency Test sekurang-kurangnya N2. Kalau tiada kemahiran berbahasa Jepun x leh ambil course ni.
DeleteTranslation courses japan Foundation x offer... tapi Institut terjemahan Negara ada offer utk dapatkan sijil penterjemahan. tapi ini tiada kaitan dengan bahasa Jepun selalunya lebih kepada teknik n cara utk translate. Berminat nak blaja bahasa Jepun ke?
salam nak tanya.
ReplyDeletekalau nak sambung master, kne ambik proficiency test tu jgak ke?
tak perlu. tengok course kalau di ukm x perlu.
DeleteSalam. Kalau nak sambung degree in civil engineering di jepun apa syarat untuk dapatkan scholarship tu?
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya amik degree bdg pengajian islam. saya berminat nak zmik jepun linguistik. boleh bagi cadangan. muet band 3 and masih basic dalam jepun and perlu utk study. boleh recommend mana uni yang sesuai
ReplyDeleteUniv Malaya ada program degree utk bahasa Jepun tapi utk master kena ada basic japanese yg kuat.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletealam nak tanya, kalau ambil course pengajian bahasa jepun di um, lepas grad nnti boleh kerja apa je?
ReplyDeleteselalu sebelum grad ada internship dan practical training. Masa tu bolehlah kot tahu prospek kerja.
DeletePeluang kerja luas tapi ikutlah rezeki masing2. tak boleh nak cakap.
How about to become a translator kak? Course ape yg ada ditawarkan kat MY utk become translator?
ReplyDeletetranslator kena ada at least JLPT N2 and above. selalunya mereka akan tgk pengalaman kerja macam mana dlu sbb kerja translator ni mostly through pengalaman je. Kalau nak ambil kursus degree terjemahan sekrg ni USM sahaja yg offer.
DeleteTetapi haruslah ambil kursus bahasa Jepun sebagai subjek elektif sampai level atas2..kalau tidak memang sijil tu hanyalah dapat degree dalam bidang terjemahan BI-BM shj bukan utk bhs asing melainkanlah kalau ambil kursus Linguistik Bahasa Jepun macam di UNIv Malaya tu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak...saya lepasan spm,mcm mana saya nak sambung dalam bidang bahasa asing terus? Akak ada cadangan x? Saya dah try cari kat google, tanya cikgu kaunseling etc, tapi saya still x dpt jawapan... akak boleh tolong x bagi idea mcm mana saya nak sambung dalam bidang bahasa asing?
ReplyDeleteAssalamualaikum akak.. Saya nak tanya.. Selalunya kalau kos bahasa dan linguistik jepun ni.. Belajar tentang ape yerr?? Mohon dibalas.. 😊
ReplyDelete