Monday, 6 September 2010

Bulan puasa

Assalamualaikum semua~~

Puasa
Puasa kali ini terasa cepat saja masa berlalu.10 malam terakhir ramadhan dah masuk pun x perasan tengok2 dah tinggal 3 hari saja lagi untuk berpuasa.Pantas2.
Aku merasa syukur sesgt dikurniakan Allah peluang untuk melalui bulan ramadhan kali ini lagi.Ditemani suami dan anak.Hari hari yang berlalu pun dipenuhi dengan aktiviti melayan keluarga.Semoga mendapat keberkatannya.

Lately kite org selalu tiada di rumah bab pergi tidur kat umah suami di Bangi and my mom`s house in Shah Alam. Tak lepaskan peluang berbuka puasa bersama kedua2 family kami.Seronoknya rumah mak mertua dan family sendiri dekat.Senang je nak ulang alik.Terisi segala kerinduan.
Memang syok habislah.Emak aku n family husband pun sama2 dapat menjenguk cucu kesayangannya.Kesian jugak kat orang yang family dia duk jauh kan.Sometimes sebab kesibukan setahun sekali je dapat jumpa family.

Makan
Minggu lepas my mom tidur umah kami.Seronok betul, berbuka dan bersahur bersama2 di rumah sendiri.Seronok mak layan anak kecil aku tu.And minggu lepas jugak kitaorg berbuka puasa di kelab golf UKM bersama-sama keluarga hubby.Kakak ipar belanja satu family.Sedap gile makan..Makan banyak seh.Aliff pun tak meragam sangat...Senang hati nak makan.

Baju raya
Baju aku sudah lama ditempah dan dah siap pun.Tapi jahitan dia cam tak best sgt. Tak selesa pakai.Hurm baik beli baju ready made je.My hubby lak baru nak gi beli baju raya.Suvey punya survey dapatlah juga baju yang berpatutan harganya.....sekrg ni baju melayu/baju kurung la kan MAHALNYAAAA!!!! Baju sampai 200 lebih...pergi kat kedai rata-rata harga 100 over...nak dapat yang bawah seratus amat payah.Kalau ada pun kualatinya amat rendah.tak berpatutan dengan harga yang dia offer.Mencekik darah betullah...kesianla pada orang yg tak mampu nak beli mahal2 ni...kadang2 fikir jugak kos kain n menjahit ni dah naik kos ke? Kalau pasal makanan tu harga naik sebab harga gula naik tu logik gak.Kalau baju...harga benang, kain naik ke?Musykil2

Duit
Persediaan untuk balik kg sudah ready.Kereta pun sudah diservis...baju dah beli...nanti nak top up touch n go.Nak fikir duit minyak kereta lagi...kesimpulannya aku sangatlah broke.Kami hanya beli benda basic saja raya ni.baju raya pun seorang sehelai saja...kuih raya tak dak...kasut ke apa ke memang tak beli la....teringin jugak nak beli tudung baru...tapi pikirkan MONEY next time ajalah.

No comments:

Post a Comment