Friday, 30 March 2012

Buku bahasa Jepun

Alhamdulillah syukur kepada-Mu, buku yang saya telah usahakan selama ini telah berjaya diterbitkan dengan jayanya dan telah berada di kedai buku.

Taraaa inilah dia

Sesiapa yang berminat boleh hubungi Kedai buku Penerbit UKM 03-89213138 untuk tempahan. Buku ini disertakan sekali dengan CD audio untuk latihan pendengaran. Tidak perlu lagi guru-guru hendak mencari latihan dan buku kerja yang sesuai untuk anak murid mereka yang baru hendak belajar bahasa Jepun ini. Harga buku ini adalah RM.30. Kalau beli byk2 boleh dapat diskaun. Kepada sesiapa yang berminat nak belajar sendiri pun dialu-alukan membeli buku ini kerana penerangan di dalam buku ini diolah melalui kartun dan perbualan. Tidak bosan untuk dibaca.

Buku untuk Katakana pula sedang dalam proses pembikinan. Tunggu kemunculannya nanti!!